Zaman ini entah berapa ramai pernah terdengar nama Calvin Coolidge. Ketika itu Coolidge sedang berusaha di White House sebagai Presiden Amerika Syarikat yang tidak banyak bercakap. Pada 21 April 1926, beliau menerima perkhabaran daripada London.

Raja George V mendapat cucu baru, yang diberi nama Elizabeth Alexandra Mary Windsor.

Tiada siapa menjangka yang Elizabeth akan dimasyhurkan sebagai Permaisuri United Kingdom. Baginda mempunyai kewibawaan sebagai seorang permaisuri yang berjaya.

Elizabeth II dan Harry S. Truman.

Amerika Syarikat sudah mempunyai 16 pemimpin – tetapi Elizabeth masih berada di takhta tanpa sebarang masalah moral, begitu juga suaminya Putera Phillip.

Gandingan dua individu diraja ini sememangnya membuahkan hasil kepimpinan yang baik.

Walau bagaimanapun, ada saja ahli keluarga diraja tidak mengikuti jejak mereka.

  • Putera Andrew

Andrew merupakan anak Elizabeth II yang ketiga. Sebagai putera, baginda pernah berkhidmat sebagai juruterbang helikopter dan kapten sebuah kapal.

Malah semasa United Kingdom berper.ang dengan Argentina pada tahun 1982, Andrew menjalankan beberapa misi keten.teraan.

Jasa baginda memang tidak boleh dinafikan. Malah baginda turut melibatkan diri dalam majlis ilmu bersama Universiti Bandar London dan Universiti Huddersfield.

Andrew di kanan.

Namun baginda telah menconteng arang terhadap imej ibu bapanya. Najis dibawanya telah memalukan institusi diraja British. Pada Mac 2011, baginda mendapat kritikan media yang menghidu hubungan baiknya dengan Jeffrey Epstein di Amerika Syarikat.

Dalam majlis yang sama…

Epstein di tengah yang sedang memegang Ghislaine Maxwell.

Bagi yang tidak tahu, Epstein adalah seorang penje.nayah sek.sual. Istana Buckingham berdepan dengan tek.anan orang ramai yang meminta penjelasan – apa hubungan Andrew dengan Epstein?

Seorang wanita bernama Virginia Roberts mendakwa dirinya dibayar £10,000 untuk mengadakan hubungan intim dengan Andrew (Withnall, 2015).

Epstein di tengah yang sedang memegang Ghislaine Maxwell.

Ketika itu, Roberts masih berusia 17 tahun. Andrew membuat satu sesi temu bual bersama Newsnight untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Temu bual tersebut bagaikan menyapu garam pada lu.ka, sampai Istana Buckingham membuat keputusan.

Andrew tidak lagi boleh terlibat dalam urusan istana. Kumpulan keselamatan baginda dikurangkan.

Apabila Ghislaine Maxwell dita.han, Andrew membatalkan penerbangannya ke Sepanyol… kerana takut ditangkap dan diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat. Andrew hari ini sudah terasing daripada keluarga diraja, tidak dijemput pun semasa sambutan hari lahir ke-100 ayahandanya.

  • Sarah Ferguson

Andrew berkahwin dengan seorang wanita London bernama Sarah Ferguson pada tahun 1986. Sarah mempunyai dar.ah kebangsawanan… walaupun tidak pekat seperti Andrew.

Mereka sudah kenal sejak kecil lagi, ketika bermain polo misalnya. Semasa berkahwin, Sarah diterima baik kerana mempunyai perwatakan ceria. Tetapi wajah ini jauh sekali satu sinaran dalam kegelapan.

Epstein di tengah yang sedang memegang Ghislaine Maxwell.

Malah Sarah merupakan punca Keluarga Diraja British menjadi kelam. Ketika berkahwin, Sarah menjadi mang.sa media yang melemparkan kata-kata nista dengan selamba.

Baginda mempunyai masalah berat badan (lebih kurang 100 kilogram). Pihak media selamba menamakan Sarah “Puteri Babi” dan “Fergie Gemuk”.

Perkahwinan mereka mula berantakan, kerana Andrew selalu berkhidmat di luar negara. Dalam masa setahun, mereka hanya berjumpa selama 40 hari sahaja.

Ketika berpisah, Sarah berkenalan dengan seorang pengurus kewangan bernama John Bryan.

Daily Mirror pula mengambil gambar mereka berdua sedang bersuka ria. Ketika itu Bryan sedang menghisap jari kaki Sarah yang tidak berbaju di tepi pantai.

Ada gambar lain… tetapi “tidak sesuai”.

Apabila diudarakan, United Kingdom bergegar. Dan adik Elizabeth II iaitu Puteri Margaret menulis surat kepada Sarah, “tidak terbayang bagaimana jauh adinda telah malukan keluarga.” (Alderson, 2010).

  • Marie Christine

Marie Christine von Reibnitz berkahwin dengan Putera Michael, seorang sepupu Ratu Elizabeth II. Ketika lahir, Michael merupakan putera ketujuh yang boleh mewarisi takhta. Namun kelahiran satu demi satu putera telah menolak gilirannya jauh ke tangga ke-49.

Jadi tiada siapa peduli jika Michael ingin berkahwin dengan seorang janda. Dalam sebuah majlis Christmas di Istana Buckingham, Marie mencetuskan kontro.versi besar kerana memakai barang kemas blackamoor (Lui, 2017).

Ada gambar lain… tetapi “tidak sesuai”.

Bagi yang tidak tahu, barang kemas ini diketahui mengagung-agungkan budaya perham.baan warga Afrika. Cuma masalahnya, Meghan Markle (campuran Afrika) menghadiri majlis tersebut.

Setelah ditegur, Marie meminta maaf dan berjanji takkan memakainya lagi.

  • Puteri Margaret

Ratu Elizabeth II mempunyai seorang adik bernama Margaret yang mengundang pelbagai jenis masalah. Dulu Margaret mempunyai hubungan dengan Kapten Peter Townsend (suami orang).

Apabila Elizabeth II dimasyhurkan sebagai ratu, Townsend berc.erai dengan isterinya untuk masuk minang untuk Margaret.

Gereja England enggan meluluskan perkahwinan ini, kerana Townsend sebenarnya mempunyai darjat seorang “janda”. Jadi yang dikejar tidak mendapat, yang ada di tangan pula berciciran.

Margaret berkahwin dengan seorang jurugambar bernama Antony Armstrong-Jones pada tahun 1960. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, iaitu David dan Sarah. Tetapi perkahwinan mereka tidak sama seperti Elizabeth II dan Phillip.

Agama Kristian mempunyai konsep “godparent” yang berada ketika proses baptisme dengan janji kepada gereja akan bertanggungjawab tentang hal ehwal keagamaan.Sarah mempunyai seorang “godfather” bernama Antony Barton. Bermula tahun 1966, Margaret menjalinkan hubungan su.lit dengan Barton (Nicholson, 2020).

Surat antara Margaret dengan anak saudara Perdana Menteri turut mendedahkan hubungan intim.

Margaret didakwa mempunyai hubungan dengan Keith Miller, Mick Jagger dan Peter Sellers (tetapi tidak terbukti). Perkahwinan Margaret run.tuh pada tahun 1978, dengan pelbagai spekulasi daripada media.

  • Raja Edward VIII

Krisis antara Meghan Markle dan Keluarga Diraja British tidak besar mana, kalau dibandingkan dengan Raja Edward VIII yang bercinta dengan Wallis Simpson.

Cinta inilah yang menjatuhkan baginda, kerana Wallis merupakan seorang janda dua kali.

Gambar mereka yang diwarnakan

Semua pemimpin menentang perkahwinan ini, dengan pendapat bahawa Wallis tidak sesuai menjadi ratu kerana “bekas orang”.

Malah Gereja England pula tidak menggalakkan perkahwinan semula pada ketika bekas pasangan masih hidup (satu tradisi yang dihentikan sekarang). Edward masih nekad untuk berkahwin, sampailah Perdana Menteri Stanley Baldwin membuat µgµtan politik.

Baldwin rela meletakkan jawatan (sekali gus membubarkan Dewan Parlimen), jika perkahwinan dianjurkan. Peletakan jawatan ini akan menjejaskan imej Edward sebagai seorang raja yang neutral secara politik.

Tetapi Edward sebenarnya memang tidak neutral, kerana pernah meminta kerajaan berbuat sesuatu pada beberapa isu. Edward cuba membuat rundingan: “aku kekal raja, Wallis jadi permaisuri… tetapi anak-anak kami takkan mewarisi takhta.” Segelintir sejarawan berpendapat cadangan ini dibuat Winston Churchill.

Tetapi Dewan Parlimen tidak berganjak. Edward menerima tentangan hebat di Australia, Kanada, United Kingdom dan sebagainya. Hanya ada dua pilihan sahaja: kahwin orang lain atau undur daripada takhta.

Edward membuat pilihan, dan adiknya Albert Frederick menjadi Raja George VII. Kerana cinta Edward VII dan Wallis, laluan Elizabeth Alexandra Mary Windsor ke takhta terbuka luas.

(Isu Puteri Diana dan Meghan Markle tiada dalam senarai kerana sudah ada artikel khas yang menceritakan tentangnya:

https://thepatriots.asia/bagaimana-puteri-diana-sengsara-hidup-dengan-keluarga-diraja-british/

https://thepatriots.asia/pertembungan-meghan-markle-dan-keluarga-diraja-british/

RUJUKAN:

Alderson, A. (2010, Ogos 7). Revealed: how the Duchess of York was led to the brink of ruin. The Telegraph.

Lui, E. (2017, Disember 21). What Meghan saw at the Christmas lunch. Lainey Gossip.

Nicholson, K. (2020, Mac 14). Royals exposed: How secret letter revealed Princess Margaret’s (ditapiskan). Express UK.

Withnall, A. (2015, Januari 4). Teenage ‘(ditapiskan) (ditapiskan)’ Virginia Roberts claims she was paid £10,000 by Jeffrey Epstein to have (ditapiskan) with Prince Andrew. Independent UK.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.