Bismillah. Hamba mulakan cerita keris dengan memulakan cerita Dzat Keris. Apa yang hamba coretkan ini dan bakal coretkan tidak lain melainkan barakah Ayahanda hamba yang membuka kisah hal keris pusaka. Tidak lupa kepada Guru-guru keris hamba yang hamba ambil ilmu secara ‘muwajahah’ (berhadapan).

Keris adalah senjata etnik Nusantara, wilayah yang semenjak dahulu kala dikenal dengan panggilan Gugusan Kepulauan Melayu. Keris terawal yang dijumpai di Nusantara adalah dipercayai seawal tahun 875M. DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong tetap mencium atau menatang Keris Panjang Negara ketika pertabalan Baginda.

Keris ada tiga bahagian UTAMA iaitu Hulu, Bilah dan Sarung. Dari seni reka ini, kita mengetahui asal usul keris dan usianya. Dari seni rekaan ini kita mengenal (makrifat) keris itu adalah keris Pattani/Pekaka, keris Semenanjung, keris Sumatera/Minang, keris Jawa, keris Bali, keris Bugis atau Sundang Sulu. Setiap wilayah itu pula ada pecahan-pecahannya. Bahagian CABANG keris pula seperti pendokok, mata keris, lok, puting, ganja, pamor dan sampir.

Apa Disebalik keris?

Keris adalah identiti atau jati diri Agama dan bangsa.

Melayu dahulu tidak akan keluar rumah tanpa keris, kerana ia dianggap keluar dalam keadaan bertelanjang.

Setiap orang melayu sekurang-kurangnya memiliki TIGA buah keris iaitu keris pusaka, keris pangkat dan keris perjuangan dirinya.

Dari usul keris pusaka, dapat dikenal asal usul, pangkat & peranan seseorang.

Keris amat sinonim dengan bangsa Melayu. Sejarah menjelaskan bahawa kedaulatan sesebuah Negara, kerajaan atau kesultanan berteraskan kepada kehebatan yang berada pada keris.

Dan banyak lagi. Lain tempat, lagi ceritanya.

Syarat Keris

Meskipun begitu, tidak semua dipanggil keris. Sesuatu itu dipanggil keris apabila mencukupi 5 CIRI atau SYARAT yang tersebut. Jika tidak mencukupi syaratnya, ia tidak dipanggil keris tetapi hanya dipanggil keris-kerisan.

(1). Keris mesti sendeng ke kiri (kanan ke kiri). Falsafahnya adalah menunduk. Apabila melihat keris dari hadapan, maka jelas terlihat ia keris seolah-olah tunduk dan rukuk. Ia berfalsafahkan melayu itu sifatnya tunduk kepada Yang Maha Esa. Lihat gambar.

(Gambar dari Buku Senjata Warisan terbitan Lembaga Muzium Negeri Selangor)

(2). Mesti ada berLok. Lok pada keris berangka ganjil. Demikian ia Lok 1 (keris Lurus), lok 3, lok 5, lok 7, lok 9, lok 11, lok 13 dan ke atas. Setiap Lok pada keris membawa erti yang berlainan dan ada perlambangan tersendiri. Sebenarnya keris Lurus itu tetap berLok, ia dipanggil keris berLok 1, kerana jika diperhatikan secara teliti ada loknya.

(Gambar dari Buku Senjata Warisan terbitan Lembaga Muzium Negeri Selangor)

Pada kebiasaannya (bukan wajib) keris berlok melambangkan taraf si pemakai seperti :

Keris lok 1  :  Untuk tujuan khusus dan adat istiadat dan lambang Tauhid.
Keris lok 3  :  dipakai orang kebanyakan
Keris Lok 5 : dipakai oleh Ulama’
Keris Lok 7 : dipakai oleh pembesar kanan di Istana (laksamana / panglima)
Keris Lok 9 : dipakai Raja dan pemerintah.

Falsafah lok dan taraf pemakai ada perbezaan mengikut tempat

Bagaimana Kiraan Lok? Lok di kira dari kiri dan habis juga dikiri kerana setiap lok keris dimatikan disebelah kiri. Jika mati ia disebelah kanan, keris itu cacat. Sifat Lok adalah ganjil. Ganjil itu membawa makna kelemahan dan Genap itu melambangkan kesempurnaan. Kesempurnaan itu hanya milik Allah sementara hamba sifatnya faqir dan lemah. Maka tidak sayugianya, Lok itu dimatikan sebelah kanan kerana ia akan menjadi genap. Walaupun demikian, terdapat sebahagian keris yang berlok genap, ia menandakan keris terakhir yang ditempa oleh empu keris (pembuat keris). Syarat seterusnya,

(3). Ditempa sekurang-kurangnya 3 jenis logam. Jika ia ditempa hanya satu logam, tidak lah ia dilayak menjadi keris. Keris Taming Sari sebagai contoh telah ditempa dengan cantuman 21 jenis logam termasuk Besi Kursani dan Meteor. Teknologi percantuman antara pelbagai logam adalah teknologi yang hebat. Ia dibuat secara ‘manual’.

Prof Dr Khamis, pengumpul dan pengkaji kejuruteraan keris telah memasukkan hasil ujian metalurgi bilah keris di dalam bukunya yang bertajuk Mahakarya Keris (Keris The Masterpiece). Menurut Prof, kajian ini bagi mengetahui bahan logam yang digunakan, menganalisis nilai kekerasan bilah keris dan pencarian benda asing dalam pembuatannya. Lihat gambar.

(Salah satu keris Jawa yang telah dihancurkan bilahnya untuk ujian metalurgi. Lihat betapa jenis logam dalam bilahnya. Gambar dari Buku Mahakarya Keris, Prof Dr Khamis).

Hingga sekarang dikatakan tidak ada teknologi moden kini yang boleh tandingi teknologi keris alam melayu yang handal dalam cantuman pelbagai logam dengan penuh seni, falsafah dan mengandungi unsur spiritual atau mistik. Keris lama itu tanda genius orang kita mengabungkan metal (unsur fizikal / syariat) dan spiritual (unsur rohani / hakikat) di dalam pembuatan.

“Syariat Hakikat Berpisah Tiada” ala sufi begitu. Baik, sebelum pergi jauh, elok dijelaskan sedikit istilah mistik dan spiritual ini yang akan kita jumpa banyak dalam ilmu perkerisan.

Spiritual – pengisian doa-doa hikmah
Mistik – pengisian mantera

Ada beza antara keduanya. Jangan mudah menuduh khurafat. Pelik tidak semestinya khurafat.

Namun begitu, setengah orang kita unsur spiritual dipanggil mistik juga. Jadi, tidak semua mistik adalah mistik khurafat. Kembali kepada ilmu bahasa setempat. Oleh itu, elakkan mudah menjatuhkan hukum melainkan melihat ‘pengisian’. Syarat keris seterusnya ialah:

(4). Ditempa bukan melalui acuan tetapi ditempa secara lipatan. Besi bukan sahaja dicantum tetapi juga dilipat-lipat dan ketika proses lipatan itu, eleman spiritual di isi dalam keris. Hasil tempaan itu melahirkan Pamor yakni corak yang terhasil pada bilah keris. Ada 420 pamor telah direkodkan (masih dalam kajian). Meskipun ada 420 jenis pamor, namun ada tiga jenis pamor yang utama:

  1. Pamor rekaan : corak memang direka dari awal.
  2. Pamor tiban : corak pamor berlaku secara tidak sengaja ketika menempa (ini ramai orang cari)
  • Pamor titipan : corak yang masuk kemudian.
(lihat corak di bilah (pamor). Gambar dari koleksi Keris sahabat penulis)
  • Keris mesti berGANJA (juga dikenali sebagai cicak). Ganja adalah bahagian pada keris yang menyatukan bilah dengan pesi (tangkal keris). Lihat gambar
(Gambar dari Buku Senjata Warisan terbitan Lembaga Muzium Negeri Selangor)

Keris-keris moden yang tiada menepati ciri-ciri pembuatan keris alam melayu, seperti cara pembuatan bilah dan pengisian unsur spiritual, ia bukan sebilah keris melainkan hanya dianggap sebilah pisau sahaja. Oleh itu, jangan hairan, Mahar Keris Pusaka yang ratusan tahun mencecah puluhan ribu RM. Ia dipanggil mahar kerana dari segi adabnya keris pusaka lama bukan barang perniagaan, tidak diguna istilah harga akan tetapi mahar.

Lagenda Keris

Jika memasuki dunia keris, kita akan mendengar banyak nama keris yang bertaraf lagenda dan masyhur kisahnya. Menjadi rebutan seisi alam terutama keris –keris lama pusaka tinggalan keraton Majapahit dan sebahagian keris Wali Songo.

Keris-keris pusaka lagenda ini menurut Guru hamba, ia tidak perlu di cari melainkan ia akan mendatangi sendiri (melalui asbab yang di izin oleh Allah) akan pewaris yang benar dan dijanjikan. Pada tulisan asal, hamba ada menyenarai beberapa keris buruan ramai, namun ada sahabat keris hamba berpesan, jangan dipaparkan kerna ia sensitif dan melibatkan dakwaan pemilikan dari pelbagai pihak. Hamba mohon maaf.

Ilmu, Adab & Falsafah Keris’

Ilmu perkerisan telah mewariskan pelbagai adab, falsafah dan ilmu. Apa yang hamba boleh sebutkan disini, antara topik menarik ilmu keris ialah bagamainakah adab permainan keris? Apa beza falsafah keris pendekar melayu semenanjung dengan pendekar jawa? Apa beza falsafah pemakaian keris orang melayu semenanjung dan orang Jawa? Kenapa orang kita memakai keris di depan, jawa di belakang? Bagaimana hulu keris menyatukan adab? Apa keris yang sesuai dan tidak sesuai menghadap Sultan / Raja? Bagaimana membersih, menyuci dan memandikan keris? Kenapa YAM Tunku Abdul Rahman al Haj menghunus keris ke langit ketika pengisytiharaan Kemederkaan Tanah Melayu 1957? Dan banyak lagi ceritanya. Banyak juga untuk ditulis. Insya Allah, jika ramai berminat, hamba cuba menulis lagi. Mohon doa para sahabat semua.

Hamba sendiri masih bertatih dalam hal ini. Ilmu orang-orang dulu bukan sembarangan. Hamba melihat, generasi sekarang meninggalkan ilmu lama-lama kerana itu orang tua-tua. Orang tua-tua dahulu bukan seperti kita, orang tua kita asasnya kukuh, bertasauf bersendikan adat malah tinggi makrifatnya, penuh pula khazanah di dada. Sayangnya, jenis orang tua, mereka tidak akan berkongsi jika kita tidak merendah diri dan menunjuk minat. Lagi satu, kita terlalu mudah berkata itu “khurafat…khurafat”. Slogan itu menyebabkan ramai mana generasi meninggalkan ilmu warisan bangsa seperti keris sendiri, seni bela diri. Ilmu pelangkahan dan seumpama. Belajar dulu supaya kita tidak termasuk menghukum perkara yang kita majhul (tidak tahu).

Hamba menutup tulisan ini dengan diperturunkan Sajak dari Ayahanda hamba yang bertajuk ‘Keris Bersarung’:

“Keris Bersarung

Miliki keris bukan untuk berperang
Tapi sebagai ruh jati diri bangsa
Yang berpegang teguh
pada Agama dan adat budaya

Keris diam bersarung
sebagai ghaib dalam Allah,
Hulunya teguh
sebagai berpegang pada Rasul,
Besinya keras dan lembut
penuh kesabaran dan kemaafan.

Namun keris akan terhunus
Jika tercabar disana
Maruah, agama, bangsa, keluarga dan diri
Tanpa rasa gentar dan takut
Penuh yakin dan tawakal
Berundur pantang sekali

Namun dasar nurani pemegang keris
Sifat Rasul dijunjungi,
amat cintakan damai dari bersengketa
Jika tiada menitis airmata ke bumi ,
Tiada sekali keris akan terhunus
Akan tetap tersarung dengan kecintaan”

Allah Wa Rasuluhu a’lam

#angahsunan
#PertahankanWarisanBangsa
#KerisLambangJatiDiri

Rujukan:

(1) Talaqqi dan kembara penulis dengan guru-guru keris di Jawa dan Tanah Melayu.
(2) Emil Bahari, SEMANGAT KERIS MELAYU, terbitan Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd (2009).
(3) Khamis Mohamad, MAHAKARYA KERIS (2017)
(4) Khamis Mohamad, Nik Hasan Shuhaimi, Abdul Latif Samion, Falsafah Perkerisan Dalam Masyarakat Melayu, International Jornal Of The Malay World & Civilisation (2012).
(5) Mohd Zainuddin Abdullah, Shahrim Senik, Senjata Warisan terbitan Lembaga Muzium Selangor.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

ANGAH SUNAN merupakan pendakwah bebas, penerbit dan penulis prolifik. Anak Jati Pulau Manis, Terengganu ini telah menghasilkan beberapa buah buku merangkumi bidang fiqh, tauhid - tasauf, travelog sejarah dan terjemahan (arab - melayu). Selain itu, pengajar bertauliah Majlis Agama Islam Selangor ini juga pernah terlibat dalam pembikinan Dokumentari Merah Laut Sulu di Jolo, Selatan Filipina pada tahun 2015. Link FB : www.facebook.com/angahsunan

11 Comments

  1. Hebat sejarah keris ni.tp 1 je..harap keris ni x diganggu gugat oleh org yg x bertanggung jawab mcm najib.sbb dia mat kepit.

  2. Salam tuan saya minat untuk mengetahui perkara2 yang melibatkan melayu….harap tuan boleh hubungi saya 0122210788/01110306331

  3. Terima kasih memberi maklumat tentang keris ia sangat membantu saya untuk membuat kajian tentang keris dan seni yang terdapat di dalam keris

  4. Terima kasih kerana memberi maklumat tentang keris ia sangat membantu sy utk membuat kajian tentang keris dan seni pembuatan keris

  5. Keris salah satu contoh bukti pegangan bismillah bertauhidkan yg maha mulia..
    Bertapa tunduknya sekeping hati seorg hamba yg hina tp dgn kasih diberi nikmat yg tak ternilai.
    Keris seni Mengesakanya pengciptanya.
    Di zahirkan melalui seni rahsia didada kerana kenal akan diri kenal akan penciptanya..terzahirlah seni halus bg yg memahami bicara tuhan pd hambanya..

  6. Terima kasih merungkai hal keris. Padat dan berinfomatif. Insyallah, dpt memperbetulkn persepsi negatif terhadap keris diluar sana.

    Kagum, org dulu2 beradab, berfalsafah.. setiap binaan ada kaitnya dgn Allah yg maha kuasa

    Saya tidak punyai keris. Dulu arwah atuk ada mengumumkan siapa yg berminat keris pusaka, tp tiada siapa adik beradik yg minat. Ntah dimana perginya.

    Hari ini, semangat tiba2 datang untuk memilikinya.

    Insyallah pasti ada gunanya bukan sekadar hiasan, dan berbusana..tetapi utk mendaulatkan Agama, Bangsa Dan Tanah Air tercinta

    Semoga dipermudahkan urusan utk memilikinya.

    • Salam. Sy ada keris tanjung… Pemberian kawan… Sy berniat untk melepaskan kepada yg berminat… No sy 0122907927

  7. Aslkum Tn, Alhamdulillah syukur Sy dpt pencerahan yg mendlm dan cukup berbeda dr yg lain tentang Keris Senjata Warisan Melayu

  8. Aslkum tn, bila membaca pencerahan tn tentang Keris Sy mula rasa berminat utk memiliki sebilah keris yg bersesuaian dgn sy.
    Apakah tip dan nasehat tn utk Sy mendptkan nya.

  9. keris/chrys.bukan christ ye..
    -golden Chersonese/semenanjung emas
    -chryso/chrysus/chrysos(dlm greek bmakna gold)emas/cahaya/seri
    -taming sari.tanah seri.tannaserim.ujontana
    -tameng sari(flower shield)shield merujuk pd banjaran gunung dr gunung ararat(turki)sehingga ujontana(tanah hujung)tgk peta la senang ckp.tgk tanah yg paling hujung skali.
    -kalau tak caya tgk gambar nama2 bahagian keris.tulang keris namanya ada-ada..arda/ard.dr laras bahasa hind arda bmaksud gunung.ard dlm arab maksud bumi.ada-ada tulang keris putus kat 2/3 dekat2 hujung keris.
    -samaada pertama merujuk pd satu laluan atau dlm english pass di gujurat,gandha dekat2 situ lah ada satu pass celah2 gunung.yg kedua pass antara thailand dan malaysia.kan banjaran gunung tu putus kat situ pastu baru banjaran titiwangsa.
    -ganja ada dlm peta.cari gunung kaukasus.cek nama dlm peta bawah gunung.kalau jumpa nama batman,dah hampir2 la tu..belah kanan sket..ditulis ganja/ganza/ganj…tiga nama tu ada dlm peta.ikut bahasa yg kau pakai utk research la.aku pun dah pening mcm2 bahasa aku blaja..
    -hulu tu kota dua alam.satu kat darat,satu kat laut.apakah dia?kota Constantinople..aku tanya,aku yg jwb..lau tanya korang bukannya korang tahu pun.baca pemalas.tahu lepak kedai kopi je..aku tikam dgn keris,baru kau tahu..keh3x
    -hulu.ganja.mata atau bilah keris.ada 3 bahagian.hulu Constantinople,amik gunung kaukasus buat cross guard,atau armguard..sbbnya bahagian ganja tu ada lubang utk pyambung antara hulu dgn bilah.yg lubang tu lubang iblis.tempat iblis keluar..tempat yajuj majuj keluar..dlm peta ‘tblisi’.kau tgk gunung kaukasus tu lepas tu kau tgk bahagian ganja..tgk betul2..jgn mcm dajal.dah la juling,baca tak tahu,tulis kat dahi..bodoh..keh keh keh keh…
    -ketandaan yg lain kau org cari sendiri dulu.dah dpt baru aku britahu.keh2..
    -keris tu kau silangkan..ala,macam bendera umno la ngok…tepi bendera umno tu ada keris je.takde sarung..lau tgk pd basic design sarung keris,mcm tanah arab…keris pulang ke sarung jua..
    -tgk design taming sari dlm simpanan kerajaan perak.nanti kau fahamlah.
    -ada tulis pasal atlantis kan..malangnya bukan kat sini..cari eyes of sahara.ricchat structure..tgk catatan,hm..sape ntah nama dia.atlas mountain kat situ la..king yg pertama king atlas.dikobaknya gunung jadi kota.dulu pulau tapi sekarang jadi gurun sahara.laut belah kiri pun nama laut Atlantic.benda ni dlm wikipedia pun ada..kalau baca rekod lama dah boleh tahu..kaitan dgn melayu tu ada.tapi susah la nak buktikan..jauh gila susur galur tu..ni cerita pasal titan..first generation premodial gods lepas tu titan,baru gods..bmakna second generation..selepas zaman nabi nuh atau mungkin zaman nabi nuh..
    -pecah kaca pecah gelas,sudah baca harap jelas…eh..padam cepat2..keh3x

Leave A Reply