Dolar AS merupakan mata wang paling banyak digunakan serta terkuat di dunia walaupun terdapat beberapa mata wang lain yang miliki nilai lebih tinggi seperti dinar Kuwait.

Mata wang ini juga digunakan oleh dunia untuk mendapatkan minyak daripada negara-negara pengeluar minyak. Jadi setiap negara perlu memiliki rizab dolar AS untuk membeli minyak bagi kegunaan rakyat.

Malah kejatuhaan dolar AS juga boleh mempengaruhi ekonomi dunia. Namun banyak lagi perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai mata wang ini. Nak tahu, ayuh soroti artikel ini.

1. Not US$1 dihasilkan dengan kos rendah

Menurut Federal Reserve, mereka hanya membelanjakan sekitar 5.5 sen untuk menghasilkan setiap not US$1.

Hal ini menjadikan US$1 merupakan not paling murah untuk dihasilkan. Manakala not US$50 pula memerlukan Federal Reserve mengeluarkan 19.5 sen mengeluarkan not tersebut.

Not-not lain adalah seperti US$5 berharga 11.4 sen, US$10 berharga 11.1 sen dan US$20 berharga 11.5 sen.

2. Dolar AS tidak diperbuat daripada kertas

Tahukah anda, dolar AS bukanlah dicipta menggunakan kertas walaupun dikenali sebagai matawang kertas.

Menurut Bureau of Engraving and Printing, matawang dolar AS diperbuat daripada 75 peratus kapas dan 25 peratus linen.

Jadi kepada anda semua, jika miliki banyak not dolar AS di rumah, bolehlah anda jadikannya sebagai selimut dikala musim hujan.

3. Banyak bakteria

Dolar AS ataupun not merupakan salah satu objek kotor yang wujud di dunia ini tetapi bukan kotor sebab rasuah. Ianya dianggap kotor kerana terdapat bakteria yang bermaharajalela di dalamnya berikutan duit itu telah dipegang boleh banyak tangan.

Menurut PLOS One, mereka menemui lebih 100 jenis bakteria dalam matawang dolar AS malah terdapat juga DNA haiwan. Jadi tidak hairanlah, pengunaan kad debit dan kad kredit menjadi pilihan kerana duit fizikal terlalu kotor.

 

4. Dolar AS Agenda Iluminati?

Kalau kita perhatikan not fizikal dolar AS pasti kita akan ternampak sebuah piramid dan lambang mata satu.

Bagi penganut teori konspirasi, ianya merupakan pengaruh besar iluminati dan dajal terhadap mata wang Amerika Syarikat.

Salah sebenarnya tanggapan tersebut. Tahukah anda, piramid terpampang pada not fizikal dolar AS melambangkan Amerika Syarikat yang masih muda.

Binaan piramid yang tiada bucu atasnya pula membawa maksud kemajuan Amerikat Syarikat tidak pernah berhenti.

“Eye of Providence” yang sering dianggap sebagai mata dajal sebenarnya memaparkan kepercayaan rakyat Amerikat Syarikat terhadap tuhan yang senantiasa melihat perbuatan mereka.

Artikel turut boleh dibaca di portal kewangan dan ekonomi kami, The Outlook. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.