Per4ng sesama bangsa di dalam sebuah negara merupakan satu bentuk konflik paling kej4m dalam sejarah. Ia dianggap sebagai per4ng saudara memandangkan peper4ngan sebegini melibatkan dua paksi dari sejarah bangsa yang sama.

Terdapat banyak jenis per4ng saudara. Antaranya, seperti Per4ng Saudara Amerika di mana satu pihak bersama populasi penduduk nya hanya mahu berkecuali untuk menubuhkan sebuah negara yang berasingan, isu perhambaan dan hinggalah melibatkan para politikus kaya yang mendambakan kawalan penuh terhadap pentadbiran sebuah negara.

Dalam keadaan lain, kepentingan di luar cuba memisahkan negeri mengikut sempadan samada untuk melemahkannya atau mendapatkan akses kepada sumbernya. Contoh kiraan paling mudah ialah biasanya per4ng saudara berlaku dalam situasi satu orang diasingkan kepada negeri yang berasingan, kemudian satu kumpulan cuba mendesak konsep solusi satu negara.

Apabila sesebuah negara diancam dengan pembubaran atau pemecahan sempadan, ia sering membangkitkan sentimen semangat nasionalism. Atas sebab itu, per4ng saudara boleh berlaku dengan amat kejam, terutamanya apabila turut menyasarkan orang awam yang cuba melarikan diri dari medan per4ng sebagai mangsa.

Berikut adalah lima peper4ngan saudara paling dahsyat sepanjang zaman.

PER4NG SAUDARA CHINA

1927-1950

Per4ng Saudara China, yang melibatkan dua entiti politik China pasca feudal iaitu Parti Nasionalis China (Kuomintang/KMT) dan gerakan revolusi Parti Komunis China (CCP) yang berlangsung dari tahun 1927 hingga 1950.

Perebutan kuasa ini mengakibatkan KMT di bawah Chiang Kai-shek terpaksa berundur ke pulau Taiwan lalu menubuhkan pentadbiran legasi Republik China, manakala CCP di bawah Mao Zedong menubuhkan Republik Rakyat China di tanah besar.

Lebih lapan juta orang terbunvh sepanjang per4ng berlangsung, kebanyakan orang awam dibunvh oleh wabak, kebuluran dan pemb4ntaian yang dilakukan oleh salah satu pihak di antara keduanya, ia dilakukan di mana-mana desa yang dipercayai menyokong idea pihak musuh.

Fasa awal per4ng saudara kebanyakannya bermula dengan pemberontakan oleh pihak Komunis China terhadap kerajaan Kuomintang China. Pemberontakan itu langsung tidak melukakan kerajaan nasionalis, dan pendokong komunis hanya mampu melarikan diri ke Shaanxi berikutan tindak balas agresif kerajaan dalam tragedi “Long March” yang memusnahkan.

Masa keemasan pasukan tenter4 Komunis muncul selepas Per4ng Dunia Kedua, apabila Kesatuan Soviet di Manchuria dan Korea menyerahkan senj4ta yang dirampas dari Jepun dan senj4ta sumbangan Soviet sendiri dalam jumlah besar kepada tenter4 Mao Zedong.

Inisiatif dari Russia itu meningkatkan kekuatan mereka dan kelebihan memihak kepada CCP secara keseluruhan. Komunis menghambat pengikut nasionalis China keluar dari Tanah Besar hingga wujudnya dua kerajaan China yang berbeza hingga sekarang iaitu Republik Rakyat China di tanah besar dan Republik China di Taiwan.

PER4NG KOREA

Per4ng Korea umumnya diketahui sebagai campur tangan ketenter4an Amerika Syarikat bagi pihak kerajaan Korea Selatan dalam mengekang komunism, tetapi secara tidak teknikalnya ia adalah tempoh per4ng saudara yang masih belum selesai hingga kini.

Pada akhir Per4ng Dunia Kedua, Korea telah dibahagikan kepada dua negeri yang berasingan: Selatan yang disokong oleh Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dengan Utara yang disokong oleh China dan Kesatuan Soviet.

Tenter4 Rakyat Korea Utara di bawah diktator Kim Il-Sung menyeberangi sempadan antarabangsa pada 25 Jun 1950 dengan alasan untuk menyatukan negara. per4ng ini mencetuskan campur tangan oleh pasukan Amerika, China dan Soviet.

Ia juga menghasilkan angka kem4tian yang tinggi berdasarkan piawaian moden, dengan melibatkan beberapa juta dibunvh di Semenanjung Korea. Jumlah k0rban tenter4 dalam per4ng dianggar 70.000 di pihak Republik Korea, 46.000 dari Amerika Syarikat, dan digabungkan seramai satu juta di pihak Korea Utara dan tenter4 China yang dibunvh, 600.000 semasa per4ng, 400.000 melalui penyakit dan wabak.

Hampir satu juta penduduk Korea Selatan terk0rban semasa peper4ngan, sekitar bawah lima peratus populasi. Korea Utara, yang mengalami pengeboman udara berat oleh pasukan sekutu, kehilangan kira-kira 1.5 juta yang terbunvh – sepuluh hingga lima belas peratus daripada keseluruhan penduduk. Kerugian seperti itu melebihi kerugian (dalam istilah peratusan) yang dialami oleh Kesatuan Soviet dalam Per4ng Dunia Kedua.

PER4NG SAUDARA VIETNAM (PER4NG VIETNAM, PER4NG INDOCHINA KEDUA)

Pengasingan Vietnam menjadi dua buah negara pada 1954 menyebabkan cubaan penyatuan semula tidak dapat dielakkan, lebih-lebih lagi apabila satu pihak dikuasai oleh pemerintah tenter4 gerila yang berjaya.

Pertembungan antara pemimpin Vietnam Utara, Ho Chi Minh, tokoh yang telah menghalau Perancis keluar dari negaranya, Vietnam Selatan yang dipimpin oleh kerajaan yang korup mencetuskan sebuah per4ng saudara yang besar.

Sehingga tahun 1968 per4ng itu melibatkan Vietnam Selatan, Amerika Syarikat dan sekutu lain menentang gerila Viet Cong dan pasukan utama Vietnam Utara. Ser4ngan semasa perayaan Tet pada bulan Januari 1968 telah melemahkan Viet Cong sendiri walaupun berjaya,  Vietnam Utara terus berjuang sepenuh hati sehingga mencapai kemenangan pada tahun 1975. Perjuangan ini juga menyatukan Vietnam dan menstabilkan Laos dan Kamboja.

Jumlah k0rban tenter4 seramai 1.5 juta pada semua pihak: 300,000 kakitangan Vietnam Selatan, dan sehingga 1.1 juta kakitangan Vietnam Utara. Sebagai tambahn, 58,307 di pihak Amerika, 5,099 orang Vietnam Selatan, dan 1,000 kakitangan tenter4 China terbunvh.

Sehingga 2.5 juta orang awam jadi k0rban dalam Per4ng Saudara Vietnam, jika dikira sekali dengan pertempvran-pertempvran yang berlaku di Kemboja dan Laos.

PER4NG SAUDARA CONGO KEDUA

1998-2003

Per4ng Saudara Kongo telah digelar sebagai “per4ng dalaman negara paling besar dalam sejarah Afrika.” Ironinya, per4ng itu sebenarnya bermula ketika pihak Rwanda cuba menguasai melalui pasukan anti-pemerintah yang beroperasi dari Republik Demokratik Congo (kemudian dikenali sebagai Zaire.)

Per4ng ini berkembang hingga akhirnya melibatkan sehingga sembilan negara dan 20 kumpulan bersenj4ta, mereka bertarung bukan hanya demi kedaulatan wilayah tetapi juga untuk mengawal sumber asli alam bernilai $ 24 trilion.

Menjadi salah satu peper4ngan paling berdar4h semenjak seratus tahun yang lalu, per4ng Saudara Congo mengambil sebanyak 5.4 juta nyawa k0rban dalam tempoh lima tahun. Ini bermakna hampir 3,000 kem4tian setiap hari, satu nombor yang mengejutkan memandangkan tidak banyak pun berlaku pertempvran terbuka seperti per4ng konvensional besar-besaran.

Seperti kebanyakan per4ng saudara dan per4ng Afrika, kebanyakan orang yang terbunvh dalam Per4ng Saudara Congo adalah orang awam, m4ti akibat kebuluran, penyakit dan pembantaian puak yang dilakukan oleh kumpulan bersenj4ta termasuk kanak-kanak.

PER4NG SAUDARA NIGERIA

Per4ng Saudara Nigeria yang panjang berlangsung selama empat tahun, bermula pada 6 Julai 1967 dan bertahan sehingga 1970. Orang-orang Igbo, dengan pemerintah kerajaan tenter4 Nigeria dan masyarakat Nigeria kelas kedua, membentuk sempadan dan menubuhkan negeri bebas Biafra.

Sebahagian besar komuniti antarabangsa menyokong Nigeria, dan dengan bantuan mereka, kerajaan tenter4 berjaya menawan pelabuhan Port Harcourt, pintu masuk Biafra ke dunia luar, kerajaan tenter4 sekaligus merampas kembali kawasan pengeluaran minyak yang mungkin boleh memacu Biafra menjadi sebuah negara yang berdaya maju.

Hanya kira-kira 30,000 orang Biafra terbunvh dalam pertempvran sebenar. Akibat di isolasi dan kemiskinan setelah ketiadaan hasil minyak, sekitar 2 juta yang lain meninggal dunia akibat kelaparan dan penyakit. Pada 11 Januari 1970 Biafra terpaksa menyerah dan diserap semula ke dalam negara Nigeria.

P/S : Semoga negara Malaysia kita sentiasa dilindungi dari sebarang malapetaka dan tidak berlaku per4ng saudara atau apa jenis per4ng sekali pun.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.