1. Penduduk Turki kebanyakan dari mereka memanggil Sultan Ahmed I (1603-1617) sebagai Sultan hantu “14” kerana beliau adalah Sultan yang ke-14, menjadi Sultan ketika usianya 14 tahun dan memerintah selama 14 tahun dan meninggal dunia ketika usianya 28 tahun. 28 bahagi 2 jawapannya 14!

2. Hanya Sultan Mehmed VI (1918-1922) sahaja adalah satu-satunya Sultan yang memakai Cermin mata.

3. Sultan Mahmud I (1730-1754) di gelar “Sultan Si Bongkok” Kerana beliau ialah Bongkok Sabut.

4. Penempatan wanita di Topkapi Palace yang dikenali sebagai “Harem” yang didakwa oleh ahli sejarah barat yang mengatakan harem itu tempat Sultan bersama Isteri dan gundiknya adalah PALSU. Mengikut ahli sejarah Turki, “Harem” adalah tempat tinggal pekerja wanita dan Isteri Sultan sahaja. Sultan dan pekerja dan menteri-menteri lelaki tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan harem tersebut jika masuk, Sultan boleh dihukum bunuh jika masuk tanpa kebenaran, jika menteri dan pekerja lelaki masuk tanpa kebenaran akan juga di hukum bunuh. Jika Isteri Sultan ingin berjumpa dengan Sultan, Isterinya perlu pergi ke bilik tidur utama Sultan dan Isteri Sultan boleh bersama dengan suaminya tanpa halangan.

5. Hampir kesemua Sultan-Sultan Uthmaniyyah mahir dalam bidang Sastera.

6. Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) adalah seorang tukang kayu yang mahir, di dalam Istana Dolmabache di Istanbul, hampir kesemua ukiran,perabot,meja yang diperbuat dari kayu semuanya diukir oleh Beliau(Abdul Hamid II)

7. Sultan pertama yang ditangkap menggunakan kamera untuk Potret (dahulunya mereka perlu mengupah pelukis untuk melukis potret Sultan) adalah Sultan Abdul Aziz I (1861-1876)

8. Empayar Uthmaniyah adalah Empayar Islam terpanjang dan terlama dalam sejarah Islam, iaitu 625 tahun

9. Ada kisah menarik tentang sifat rendah diri Sultan Abdul Mecid I (1839-1861), Pada hari jumaat, seperti biasa, beliau akan berada di perkarangan Masjid Biru dan duduk di atas lantai untuk bercakap dengan rakyatnya. Ada seorang yang miskin dan tua datang marah kepadanya

“Kenapa anda tak bantu kami? Kami miskin dan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang! Anda hanya duduk dalam istana hanya berseronok sahaja tanpa melihat keadaan rakyat yang Miskin!”

Percakapan kurang senang oleh orang miskin tu menimbulkan kemarahan ramai orang yang mahu membelasah orang miskin itu, Sultan Abdul Mecid I berkata,

“Kalian jangan lah marah dia, jangan apa-apakan dia.Apa dia kata adalah benar,Saya memang tak membantu mereka, saya minta maaf kepada kamu, saya bukan pemimpin yang baik. Saya minta maaf” kata Sultan Abdul Mecid I sambil menangis, pada keesokkan harinya,

Sultan Abdul Mecid I memberikan wang kepada orang miskin itu sebanyak 3 juta pound dan setiap tahun, beliau akan datang sendiri ke tempat tinggal orang miskin itu dan memberikan duit itu kepadanya. Orang miskin itu menjadi kaya dan membantu orang-orang miskin yang lain hasil pemberian Sultan Abdul Mecid I, pada hari kemangkatan Sultan Abdul Mecid pada tahun 1861, ramai orang-orang miskin (sekarang dah kaya) datang ke istana beliau untuk memberi penghormatan terakhir memberikan semula wang atau harta yang beliau pernah tolong selama dalam hayatnya.

Ada yang membantu menjadi tukang gali kubur dan menjadi imam solat jenazah beliau. Mereka mengucapkan terima kasih atas bantuan beliau selama ini.

10. Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) adalah Sultan yang amat meminati bidang fotografi, beliau akan menangkap gambar di mana sahaja beliau pergi dan menympan gambar itu di dalam photo albumnya.

11. Sultan Mahmud II (1808-1839) adalah Sultan Terakhir yang memakai baju tradisi raja Uthmaniyyah iaitu jubah dan serban.

12. Sultan Abdul Mecid II (1922-1924) adalah sultan/khalifah terakhir dalam semua sejarah Khalifah Islamiyyah yang telah wujud sejak zaman Khlafa’ Ar-rasyidin lagi.

13. Berat baju perisai Sultan Mustafa III (1757-1774) adalah seberat 120 kg, berat badan beliau sekitar 80 kg, pedangnya seberat 30 kg. Mengikut sejarah, beliau mampu melompat, belari dan menghayun pedang dengan pantas walaupun baju perisainya hampir berat 2 kali ganda dari berat badannya.

14. Pada zaman Tulip Era Sultan Ahmed III (1703-1730), wanita ibu tunggal, mangsa dera dan tidak berpelajaran pada zaman itu mendapat pembayaran dari kerajaa uthmaniyyah sebanyak 500 emas sebulan (sekitar 10,000 dollar kini). Tujuannya, untuk menaikkan martabat wanita. Mereka dapat meneruskan pengajian dan pelajaran di Empayar secara percuma seumur hidup!

15. Ada satu kisah menyatakan bahawa Sultan Mustafa III (1757-1774) pernah menyamar sebagai seorang “stand up comedian”. Ceritanya begini ni, sekitar tahun 1768, beliau keluar dari istana dan menyamar sebagai orang biasa yang dikenali sebagai Cihangir. Beliau melihat ada sebuah tempat di mana orang-orang di sana menonton teater, pentomim, sajak dan puisi. Beliau yang amat meminati bidang seni mengambil keputusan untuk menyertai event tersebut. Beliau mengambil slot jenaka dan apabila beliau di atas pentas.

Tiada siapa di sana tahu bahawa yang ada di atas pentas itu adalah pemimpin mereka. Beliau menceritakan kisah-kisah (macam stand-up comedian selalu buat) membuatkan semua orang tergelak terbahak-bahak sambil menyokong dan memuji kehebatannya. Pada keesokkannya, Ada satu jamuan tahunan oleh kerajaan Uthmanyyah, ramai orang datang ke istna untuk menjamu makanan jamuan tersebut, Sultan Mustafa IIImembuat pengumuman bahawa Cihangir yang seorang pelawak itu adalah beliau sendiri.

Ramai orang tidak mempercayai beliau, lalu beliau membuka baju rasmi rajanya dan menjadi seperti beliau memakai semalam, semua orang terkejut dan terdiam. Mengikut sejarah, selepas ramai orang tahu yang beliaulah Cihangir, beliau tersenyum dan berkata “Saya manusia, anda pun manusia… salahkah untuk saya menggembirakan kamu semua?” Semua orang yang hadiri mendengar kata-kata itu semua ketawa.

16. Sultan Selim I (1512-1520) adalah seorang yang garang dan tegas. Jika beliau memberi pengumuman semua orang wajib diam, jika beliau ternampak atau terdengar ada orang bercakap dan tidak memberi perhatian, beliau akan memanggil orang itu dan mengetuk kepalanya dengan kipas anginnya. Tujuannya untuk menjadikan rakyatnya berdisiplin.

17. Mengikut sejarah, Sultan Mehmed I (1413-1421), Sultan Suleiman I (1522-1566) dan Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) adalah sultan yang boleh bertutur bahasa Melayu dengan fasih.

18. Sultan Mehmed II (1451-1481) adalah Sultan yang amat meminati buku-buku mistik, di biliknya terdapat 3,000 buku yang kebanyakannya menceritakan sejarah mistik dan pelik di seluruh dunia.

19. Senjata kegemaran Sultan Murad IV (1623-1640) ialah tombaknya. ia seberat 40 kg, mengikut sejarah, apabila beliau membaling tombaknya, mampu menembusi 3 pokok tebal tanpa masalah. (Bayangkan bertapa laju dan kuatnya beliau)

20. Sultan Selim III (1789-1807) seorang yang mahir dalam tafsir Al-Quran, setiap lepas maghrib, beliau akan mengadakan kelas untuk rakyatnya dan beliau sendiri mengajar ilmu tafsir ini. Bayarannya…. percuma!

21. Sultan Osman II (1618-1622) adalah seorang yang pemalu. Apabila ada seorang wanita mahu bercakap dengannya beliau menundukkan kepalanya ke bawah kerana tidak mahu menunjukkan mukanya yang merah padam kerana malu.

22. Kisah menarik Sultan Selim III (1789-1807) kita harus tahu. Pada suatu hari, Sultan Selim III pergi menaiki kuda dari Istananya ke Bursa atas urusan pentadbiran di sana. Beliau ditemani 20 askarnya. Apabila sampai di satu kawasan, beliau ternampak ada orang buta yang cuba mengambil air di perigi. tetapi gagal kerana dia buta. Jadi Sultan Selim III berhenti dan turun dari kudanya dan membantu orang buta itu. beliau bertanya ” Mengapa anda lakukan ini sendiri?”

Orang buta itu menjawab, “Kerana anakku sakit, kami tak ada wang nak beli ubat dan rumah sakit menghalau kami kerana kami miskin” Sultan Selim III menjadi marah dan pergi ke rumah sakit tersebut dan mengherdik “boss” kat rumah sakit itu, beliau mengarahkan untuk menutup rumah sakit itu dan semua pesakit yang ada di dalam itu akan di pindahkan ke Bursa dan orang buta dan anaknya akan diberi rawatan terbaik dan diberi tempat tinggal di dalam Istana Topkapi secara percuma!

23. Kesemua Sultan di Empayar Uthmaniyyah boleh bertutur lebih dari 5 bahasa. Sultan Abdul Aziz I (1861-1876) boeh bertutur 12 bahasa iaitu, Turkish, English, Arabic, Greek, German, France, Spanish, Italian, Kurdish, Austrian, Dutch dan Tradisional Welsh. Beliau adalah Sultan yang paling banyak bertutur bahasa yang berbeza, lebih dari Sultan yang lain.

24. Sultan Suleiman I (1520-1566) adalah Sultan yang memerintah paling terpanjang dalam sejarah Uthmaniyyah iaitu 46 tahun dan paling terpendek ialah Sultan Murad V(1876) hanya 91 hari sahaja.

25. Mengapa dalam lukisan Sultan kelihatan gemuk? Kerana sepanjang hayat mereka, mereka perlu memakai baju besi yang di lindung oleh jubahnya yang besar. Mengikut sejarah, jubah yang Sultan pakai ialah 2 kali ganda lebih besar dari saiz badan mereka.

26. Kesemua Sultan pernah menunaikan haji kecuali Sultan Murad V (1876) kerana mengikut sejarah beliau kurang waras dan keadaan mentalnya yang tidak mampu untuk menunaikan haji.

27. Sultan Mehmed II (1451-1481) adalah salah satu sultan yang hanya makan makanan yang ala kadar sahaja, beliau selalunya memberikan makanannya kepada askar-askarnya.

28. Keluasan Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1683 masa pemerintahan Sultan Mehmed IV (1648-1687) Ialah seluas 25,000,000 sq/km. Lebih besar dari Russia kini!

29. Salah satu Hobi Sultan Selim II (1566-1574) ialah memancing, kadang-kadang beliau keluar dari istana dan pergi kebelakang istana (belakang istana ialah laut) dan duduk di atas kerusi dan memancing. Apabila menangkap ikan, beliau akan suruh tukang masaknya untuk masak ikan itu.

30. Pada zaman Sultan Ahmed III (1703-1730) Beliau memperkenalkan travel agensi pertama dalam sejarah Uthmaniyyah, di mana rakyat boleh melancong sambil mengupah agensi perlancongan untuk melancong di serata dunia.

31. Pada zaman pemerintahan Sultan Suleiman I (1520-1566) rakyatnya menjadi kaya sehinggakan tidak ada orang nak memohon zakat. Ada cerita dari seorang pelayar barat John Young menyatakan, pada zaman beliau (Suleiman I), negara dia terlalu kaya sehingga binatang buas tidak memburu binatang ternak.

32. Mengikut sejarah, Sultan Mehmed II (1451-1481) amat menghormati ibunya, Pada perperangan Hungary sekitar tahun 1473, beliau mendapat surat dari ibunya menyatakan kekecewaan ibunya yang sudah lama tidak melawatnya. Beliau sanggup meninggalkan askarnya dan bergegas pulang kerumah ibunya dan meminta ampun kepada ibunya.

33. Mengikut sejarah, tambang keretapi dari Istanbul ke Mekah/Madinah berharga 30 pound sahaja. Jika musim haji, ia percuma. Tambang ini di luluskan oleh Sultan Abdul Hamid II (1876-1909)

34. Sultan Mustafa II (1695-1703) pernah menyertai akademi askar Uthmaniyyah pada awal pemerintahannya. Beliau masuk sebagai Prebet sahaja pada hari pertama di akademi askar Uthmaniyyah. tetapi disebabkan beliau adalah pemimpin, beliau turun bersama askarnya dan mereka patuh dengannya. Mengikut sejarah, bila di dalam kem, beliau membenarkan guru-guru askar di akademi itu untuk memarahinya, mendendanya, memberi latihan yang keras sama seperti askar-askar baru yang lain. Tetapi bila di luar akademi, beliau di hormati dan disegani oleh rakyat Uthmaniyyah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.