Gayong adalah khazanah negara yang tidak
ternilai dengan wang ringgit. Pada era 50an dahulu Allahyarham Dato’ Meor Abdul
Rahman telah diperintahkan oleh sultan-sultan Melayu untuk mengajar rakyatnya
ilmu seni mempertahankan diri agar menjadi benteng kepada Negara.
Gayong juga pernah diamanahkan untuk
mengajar barisan pasukan pertahanan yang pertama dalam bidang Tempur Tanpa
Senjata (TTS).
Di dalam Silat Seni Gayong, mempunyai 2
Adat Istiadat Tertinggi iaitu Majlis Lembaga Beradat & Majlis Kegurulatihan
dan 1 Majlis Pentadbiran Pendiri NGO yang perlu didaftarkan dengan Kementerian
Dalam Negeri bagi memastikan NGO Gayong sah disisi undang-undang di Malaysia.
Majlis
Kegurulatihan Silat Seni Gayong Malaysia.
Pada era 60an hingga akhir 70an Sandang
Tertinggi Majlis Kegurulatihan Silat Seni Gayong Malaysia adalah bergelar
Sandang Panglima Hitam Pelangi.
Sandang ini diberikan kepada guru-guru
Gayong yang mempunyai kemahiran dan
pencapaian yang tinggi di dalam Silat Seni Gayong.
Di zaman Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman
dipercayai ada hampir 21 orang yang memegang Sandang Tertinggi ini. Kebanyakkan
mereka yang dianugerahkan sandang tersebut oleh Mahaguru kerana kepakaran
mereka pada sesuatu kemahiran dalam Silat Seni Gayong.
Di dalam pasukan Panglima Pelangi Hitam,
ada seorang ketua Pelangi Hitam yang paling berpengaruh, cukup mahir dan amat dipercayai oleh Mahaguru.
Ketua Panglima Pelangi Hitam ini menjawat
jawatan Timbalan Pengarah Guru-guru Silat Seni
Gayong manakala Pengarah Guru-guru adalah Mahaguru Dato’ Meor Abdul
Rahman sendiri.
Gambar (di atas) menunjukan para Panglima
Pelangi Hitam (5 orang) sedang mengangkat sembah perguruan dan “ambil tapak
Panglima Gayong” di hadapan Mahaguru dan Ahli Majlis Kehormat Silat Seni
Gayong.
Sandang
Khas
(Kredit Foto: www.gayong.com.my)
Sandang di dalam Pertubuhan Silat Seni
Gayong Malaysia terbahagi kepada 3 kategori iaitu Sandang Berjawatan, Sandang
Kehormat dan Sandang Khas.
Sandang kebesaran adalah hak istimewa
Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman selaku Mahaguru. Selepas pemergiannya,
kuasa untuk menganugerahkan sandang kebesaran ini terletak kepada Lembaga Waris
Amanah.
Sandang Mahaguru adalah sandang yang hanya
layak dimiliki oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman selaku Pewaris Agung
Gayong.
Sandang
Panglima Pelangi Hitam
(Kredit Foto: http://hulubalang-lagenda.tripod.com)
Pasukan Panglima Pelangi Hitam ini diketuai
oleh Cikgu Abdul Majid Mat Isa (YBhg. Dato’ Guru Abdul Majid bin Mat Isa, kini
Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia, PSSPGM).
Cikgu Abdul Majid merupakan Ketua Panglima
Pelangi Hitam yang bergelar Panglima Singa Malaya merangkap Timbalan Pengarah
Guru-Guru Silat Seni Gayong yang pertama di dalam Pertubuhan Silat Seni Gayong
Malaysia pada era 70an.
Sebahagian senarai nama yang ditauliahkan
Sandang Panglima Pelangi Hitam yang dapat direkodkan:
1.) Cikgu Abdul Majid Mat Isa
2.) Cikgu Awang Daud
3.) Cikgu Ahmad Lazim
4.) Cikgu Ahmad Ismail
5.) Cikgu Khir
6.) Cikgu Shuib Hussin
7.) Cikgu Adiwijaya
8.) Cikgu Izhar Wahab
9.) Cikgu Ismail Chik
10.) Cikgu Kamari Melan
11.) Cikgu Mohd Desa
12.) Cikgu Bakar Said
Sandang
Seri Mahkota Agong Gangga Cula Sakti dan Seri Tribuana Gangga Cula Sakti
(Kredit Foto: Majlis Eksekutif Gayong – MEGA)
Pada tahun 1972, Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah telah berkenan menjadi Penaung Agung PSSGM dan Serantau. Sultan Perak mempunyai hirarki paling tinggi di dalam Silat Seni Gayong. Baginda memakai sandang Seri Mahkota Agong Gangga Cula Sakti dan Seri Tribuana Gangga Cula Sakti. Hal ini disebabkan Sultan Perak adalah daripada jurai keturunan Sultan Melaka.
RUJUKAN:
Briged Gayong,
Majlis Eksekutif Gayong – MEGA
Majlis Eksekutif Gayong – MEGA. https://web.facebook.com/pg/majliseksekutifgayong/photos/?ref=page_internal
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. http://www.gayong.com.my/




No comments yet