Penafian

1) Artikel ini bukan membincangkan berkenaan foil aluminium yang boleh didapati di mana-mana pasaraya berdekatan. Anda salah tempat.

2) Penulisan ini tidak membincangkan berkenaan ‘The Freudian Trio’. Mungkin saya akan tulis di masa hadapan.

Pendahuluan

Sang jauhari sering menempatkan logam berkilat seperti emas di bawah batu permata bagi menyerlahkan lagi manikam tersebut, sekaligus meningkatkan lagi kecantikan dan kualiti bahan kemas itu. Dengan kepelbagaian jenis cara rekaan barang kemas seperti cincin, setiap orang mampu melakarkan perbezaan antara sebentuk cincin dengan cincin yang lain, walau bahan yang digunakan hampir sama.

Begitu juga dengan perihal manusia, iaitu kepala sama hitam, hati lain-lain. Antara perbezaan dari segi fizikal, hinggalah dari segi perangai dan pemikiran, ianya merupakan lumrah yang ada pada setiap makhluk, hatta manusia sekalipun. Tiada seorang pun dalam dunia ini yang serupa, pasti ada perbezaan antaranya. Walaupun demikian, penyatuan tetap berjaya dilakukan atas sebab pegangan yang sama dari segi pendapat, pemikiran, dan minat sekumpulan orang.

Maksud ‘Foil’

Gambar: Hanya watak protagonist tidak boleh memakai ‘foil’. Gambar diambil dari laman sesawang Storyboard That.

 

Kata kunci bagi memahami ‘Foil’ ialah ‘Penonjolan Sesebuah Sifat’ dan ‘Perbandingan Antara Kedua-dua Watak’. Gabungan kedua-dua kunci tersebut menghasilkan trope ‘foil’, yang bermaksud penyerlahan sifat-sifat yang membezakan dua orang watak yang berbeza.

‘Foil’ tidak semestinya bertentangan, namun ia menonjolkan sifat lawan kedua-dua watak. Kebiasaanya trope ini digunakan bagi watak ‘baik’ dan watak ‘buruk’. Sifat watak baik ditekankan dengan sifat watak buruk, dan sebaliknya.

Jalan cerita juga mampu digunakan untuk menjana trope ‘foil’, dimana antara dua situasi berbeza yang berlaku antara sebuah subplot dan plot utama dapat ditonjolkan, sekaligus memperkayakan lagi teknik penceritaan.

Panduan Ringkas Penggunaan ‘Foil’

 

Semua watak dalam sebuah cerita boleh diletakkan trope ‘foil’, kecuali satu pihak sahaja, iaitu Protagonis. Beliau diharamkan dari memakai trope ini, kerana beliaulah penggerak utama cerita tersebut. Namun, watak lain boleh digunakan sebagai perbandingan ‘foil’ terhadap Protagonis. ‘Foil’ boleh digunakan seberapa banyak yang mungkin bagi sesebuah penceritaan.

Gambar: Donquixote dan Sancho Panza. Gambar diambil dari laman sesawang TvTropes

Kebiasaanya ‘foil’ digunakan oleh antagonis, dimana mereka boleh jadi ada perbezaan ketara dari segi perangai, kuasa, fahaman, matlamat, malah cara pelaksanaan matlamat itu sendiri, bergantung kepada pengolahan penulis. Ia juga boleh dipasang keatas watak deuteragonis, dan watak sampingan yang lain.

Sebagai contoh, siri Dragon Ball. Watak utama Goku tidak boleh digunakan sebagai ‘foil’, namun watak lain boleh, contohnya Vegeta sebagai sebuah ‘foil’ terhadap Goku.

Kepentingan ‘Foil’ dalam Penceritaan

Banyak contoh yang boleh dicari di pelbagai jenis cerita yang ada di mukabumi ini. Pengarang boleh menggunakan ‘foil’ sebagai sokongan kepada sesebuah cerita keatas watak rekaan dan teknik penceritaan. Bagi watak protagonis, ianya boleh digunakan untuk menunjuk kelebihan atau kelemahan beliau.

Bagi plot, ianya merupakan sebuah penerokaan berkenaan apa yang bakal terjadi sekiranya pihak protagonis memilih jalan yang berbeza, iaitu mengambil langkah yang sama seperti yang dilakukan oleh watak ‘foil’ tersebut.

Penggunaan trope ini secara baik dan berkesan mampu menampakkan kehebatan watak utama, atau memperjelaskan lagi kecacatan watak tersebut, sekaligus mampu menjadi gambaran tepat terhadap dunia realiti.

Kesebergunaan ‘Foil’ dalam Penceritaan

Gambar: Antara Biru dan Merah. Gambar diambil dari laman sesawang All The Tropes.

Sebagaimana tropes yang lain, ‘Foil’ juga boleh dibentuk dan dikaitkan dengan trope yang lain. Dengan menggunakan ‘Foil’ sebagai sebuah jambatan utama bagi kedua-dua tropes yang berbeza, sesuatu penceritaan akan menjadi lebih menarik dan bermakna.

Disini saya senarai pendekkan contoh pengolahan trope ‘Foil’ yang paling selalu digunakan oleh penulis.

1) Watak Tunggal yang menjadi ‘Foil’ Watak Lain

  • Always Someone Better: Apa yang watak itu boleh buat, ada watak lain boleh buat lebih baik.
  • Big Good: Antithesis bagi seorang Big Bad.
  • Contrasting Sequel Main Character: Keperibadian protagonis baru untuk sesebuah sekuel adalah berbeza dengan watak protagonist sebelumnya.
  • Future Foil: Sifat seseorang watak yang agak berlainan antara masa depan dengan masa sekarang.
  • The Lancer: Watak nombor dua dari segi hierarki selepas The Hero atau The Leader yang mempunyai sifat berbeza dengan watak hero tersebut
  • The Rival: Watak ‘foil’ yang bersifat antagonistik terhadap watak hero, dimana beliau bukan ‘Big Bad’.

2) ‘Foil’ yang Berpasangan

3) ‘Foil’ Berkenaan Perasaan & Pemikiran

4) ‘Foil’ bagi Jantina

5) Situasi yang Berlaku Apabila Dua Watak ‘Foil’ Bertembung

  • Fighting the Lancer: Apabila The Hero dan The Lancer bertempur sesama sendiri atas sebab tertentu.
  • Not So Different: Tak banyak bezapun antara kedua-dua watak yang bertembung tadi.

Contoh Terkenal Penggunaan ‘Foil’

Gambar: Banyak beza, namun spesies sama. Gambar diambil dari laman sesawang YouTube.

Di sini terdapat beberapa contoh penggunaan trope ini yang telah disenarai pendekkan bagi kemudahan pembaca dan penulis.

1) Anime dan Manga

Dragon Ball – Banyak watak di dalam siri ini yang menjadi ‘foil’ terhadap Goku.

  • Mereka merupakan kaum Saiya yang suka bertempur, berkembang, dan mengatasi had sendiri. Perbezaan antara mereka ialah Goku seorang yang ceria, menghargai orang lain, & lahir dikalangan orang biasa. Vegeta pula seorang yang kasar, putera sombong yang mementingkan diri sendiri, & pewaris takhta planat beliau. Sepanjang siri berlangsung, Goku belajar tentang kebanggaan seorang berbangsa Saiya, dan Vegeta belajar tentang kasih sayang satu sama lain.
  • Kedua-duanya sekuat dewa, berkongsi kegemaran sama seperti makanan, berseronok dengan kawan, dan tidur. Namun Goku seorang yang gigih berusaha dan bergantung kepada kawan sendiri untuk menjadi dewa, bertempur untuk melindungi, dan mempunyai kawalan diri yang baik. Manakala Beerus hidup dengan menjadi gergasi membayangi orang lain di alam beliau, menjadi pemusnah bagi membuat ruang bagi pertumbuhan, cepat marah, dan mempunyai rasa hak.
  1. One Piece
    • Berkenaan Usopp dan Kuro. Kedua-duanya adalah pengecut, namun Usopp bercita-cita untuk menjadi lanun, sanggup mengatasi ketakutan yang dihadapi , dan sanggup berhadapan dengan musuh yang lebih kuat bagi melindungi orang tersayamg. Manakala Kuro sanggup berbuat khianat, membunuh, dan mengorbankan anak buah sendiri untuk bersara dari perlanunan.

2) Filem

How to Train Your Dragon 2

  • Hiccup dan Drago. Mereka takutkan naga sejak kecil lagi, namun berjaya mengatasinya dan sedar bahawa naga boleh bekerjasama dengan manusia, dan memakai kaki palsu. Hiccup, mempunyai perasaan ingin tahu dan penyayang untuk bekerjasama dengan naga sebagai satu pasukan. Manakala Drago menggunakan cara kekerasan dan ugutan untuk mengawal dan memerintah naga.

Deadpool

  • Deadpool dan Ajax. Deadpool mempunyai Healing Factor; mampu menumbuhkan semula tangan yang dipotong, namun beliau tetap merasa sakit apabila dicederakan. Ajax pula tak merasa sakit dipukul, namun kecederaan yang dialami tidak boleh sembuh dengan cepat.
  • Collossus dan Deadpool. Collossus menjaga percakapannya, bersifat ala-paragon, dan baik hati, tak macam Deadpool, mulut kurang ajar, sinis, dan ganas.

Aku suka Deadpool!.

3) Permainan Video

World of Warcraft

  • Maharaja Varian Wrynn dan Warchief Thrall. Thrall merupakan seorang orc yang dibesarkan oleh manusia, menjadikan beliau licik dan penyabar seperti seorang manusia, manakala Wrynn terpaksa bertempur dalam gladiator kepunyaan orc, menjadikan beliau amat keras dan penuh dendam seperti seorang orc.
  • Garrosh Hellscream dan Thrall. Garrosh sebagai warchief seorang yang suka berperang, keras kepala seperti orc lain, sedangkan Thrall sebagai warchief seorang yang rasional dan suka pada keamanan.

Varian, please come back!

Katawa Shoujo

  • Hisao menyatakan yang Shizune dan Misha merupakan kontras terhadap Lilly dan Hanako. Lilly seorang yang anggun, sempurna, tenang, serta terkenal di sekolah, namun dia hanya benarkan orang tertentu sahaja mendekati dirinya, sedangkan Shizune seorang yang terlampau jujur dan agak beria, menyebabkan dia tidak popular di sekolah, sedangkan dia hanya mahu mencari kawan dan buat orang lain gembira. Misha merupakan seorang yang ceria, namun kurang celik tentang interaksi social, manakala Hanako seorang yang lemah lembut, pemalu dan amat peka dan berhati-hati dengan interaksi social.

4) Sastera

Harry Potter

  • Harry dan Voldemort. Dumbledore memberi komen khusus yang mana mereka berdua agak serupa, iaitu kedua-dua mereka merupakan darah kacukan, anak yatim sejak bayi, membesar dengan keadaan tiada siapa yang mencintai mereka, menganggap Hogwarts sebagai rumah mereka, dan sebagainya. Cuma Harry sentiasa memilih untuk melakukan kebaikan, dan Vodemort memilih untuk mempedulikan hal dia sendiri sahaja.
  • Snape dan Voldemort. Mereka berdua mengalami perkara buruk ketika zaman kanak-kanak, kedua-dua mereka menyertai pasukan Slytherin dan bercita-cita tinggi deminya. Perbezaan ketara antara mereka ialah Snape mengambil kisah orang lain suatu masa dahulu, manakala Voldemort pula hanya pentingkan diri sendiri.

Epik Gilgamesh

  • Antara cerita tertua di dunia. Gilgamesh seorang yang keras kepala dan sombong, serta menggunakan status beliau sebagai seorang Dewaraja untuk mendapatkan apa yang beliau mahu. Sebagai tindak balas kepada doa orang ramai yang menyatakan perasaan jengkel mereka terhadap Gilgamesh, maka para Dewa mencipta Enkidu, dan menjadi satu-satunya orang yang boleh menjadi saingan dengan kekuatan Gilgamesh, dan membuat beliau rasa bertanggungjawab atas tindak-tanduknya selama ini. Gilgamesh seorang yang berani, berlagak, dan terburu-buru, manakala Enkidu seorang yang berfikiran panjang dan pernah menyatakan kekhuatirannya terhadap apa yang Gilgamesh mahu lakukan.

5) Live-Action Televisyen

Star Trek

  • Gambar pengenalan yang terletak di puncak artikel ini memaparkan Commander Spock dan Captain James Tiberius Kirk. Spock merupakan ‘jelmaan’ bagi intelek dan logic, manakala Kirk merupakan pengimbang atau ‘orang tengah’ terhadap logik dan emosi.

6) Animasi Barat

Samurai Jack

  • The Scotsman dan Jack. Seperti Jack, beliau seorang pengembara tanpa nama dan pahlawan handal bersenjatakan sebilah pedang sakti, dan mempunyai banyak bakat dalam teknik pertempuran. Namun secara kontras, The Scotman ialah seorang yang biadab, riuh, bising, kurang hormat kepada musuh, dan perlu mandi dan gosok gigi secepat mungkin. Mereka berdua menjadi rakan selepas pertarungan selama 24 jam dan bekerjasama dalam pertempuran pendek mengalahkan pemburu upahan.

Penutup

Gambar: Berbeza, namun bersatu hati. Gambar diambil dari laman sesawang TvTropes.

 

Dengan adanya trope ini, maka para penonton bukan sahaja dapat mengesan perbezaan antara dua orang watak yang kelihatan sama dari segi permukaan, malah mengambil pengajaran daripadanya.

 

Dapat saya simpulkan bahawa trope ‘foil’ dari segi watak dan pembawaannya beserta jalan cerita menjadi penyerlah bagi dua sifat yang berbeza, tidak semestinya hanya dipakai kepada antagonis, dan boleh dipakai diatas beberapa watak.

 

Seperti biasa, sila kongsikan pandangan anda tentang trope ini, dan nyatakn watak apa berkaitan ‘foil’ yang anda gemar.

 

Until the next time guys. See ya! J

 

Rujukan

1) Bunting, J. (n.d). Literary Foils: Does Your Captain Kirk Have a Spock?. Diambil dari thewritepractice.com

2) Anonymous. (2018, Februari 8). A Definition of Foil Character and Famous Examples from Literature. Diambil dari https://penlighten.com

3) Anonymous. (n.d). Foil. Diambil dari https://tvtropes.org

4) Anonymous. (n.d). Foil. Diambil dari https://literarydevices.net

5) Anonymous. (n.d). What is a Foil? Definition, Examples of Literary Foil Characters. Diambil dari https://writingexplained.org

Do you want to know how I got these Sauces?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A guy who somehow doesn't really follow latest trends and news, except the important ones. Loves unpopular stuffs, and memes. Graduates of Diploma in Biomedical Electronics Engineering. Nothing to see here.

Comments are closed.