Pernah tular hantaran tiktoker pada bulan September ini, yang katakan Bumi sebenarnya berbentuk donut, bukannya sfera seperti apa yang kita semua ketahui.
Persoalannya sekarang, info mana dia dapat sampai sanggup bagi pandangan yang Bumi ini berbentuk donut?
Sebenarnya apa dia klaim tu serupa dengan para ahli falsafah Yunani gambarkan bagaimana rupa bentuk Bumi pada era klasik tamadun Yunani, ikut dari pemerhatian saja, takde pakai alat teknologi bagai.
Menurut pemuisi terkenal bernama Homer (800 SM) dan ahli falsafah bernama Thales (600 SM), mereka percaya bahawa bentuk Bumi ialah berupa cakera yang rata, macam cakera CD.
Ahli falsafah terkenal, Plato yang hidup pada abad ke-5 Masihi pula lain sikit bayangannya pasal bentuk Bumi. Beliau percaya bahawa Bumi sebenarnya berbentuk kiub, sebab tanah dan batu yang dia perhatikan berbentuk bersegi.
Sehinggalah seorang ahli matematik dan falsafah bernama Pythagoras menyatakan pendapatnya yang selari dengan fakta sekarang, iaitu Bumi berbentuk sfera. Beliau percaya sfera ialah bentuk yang sempurna dan Tuhan menciptakan makhlukNya yang sempurna. Jadi, adalah logik jika Pythagoras fikirkan yang Bumi berbentuk sfera.
Selepas era tamadun Yunani Kuno, barulah ramai saintis mengkaji rupa bentuk sebenar Bumi, seiring dengan kemajuan teknologi. Akhirnya, kita tahu bahawa Bumi sebenarnya berbentuk ‘oblate spheroid’.
Bumi sebenarnya tidak berbentuk sfera walaupun hampir serupa, kerana bahagian kutubnya agak rata dan bahagian equator pula memanjang. Macam rupa sfera bujur gitu. Jadi saintis sepakat rupa Bumi ialah oblate spheroid.
Bagaimana dengan Bumi rupa donut? Ini sebenarnya hipotesis yang agak popular dan secara teori boleh terjadi. Planet terbentuk akibat tarikan graviti yang menarik gumpalan atau ketulan batu di sekeliling.
Dari tarikan itu, terbentuklah rupa planet yang sfera. Planet donut atau toroid juga boleh terjadi akibat tarikan graviti tapi tarikannya lemah. Kalau lemah, ketulan-ketulan itu akan berbentuk asteroid atau satelit semula jadi macam Bulan.
Macam lingkaran planet Zuhal pun terbentuk akibat tarikan graviti planet besar tu. Kalau ikutkan, batu-batuan boleh tertarik masuk ke Zuhal, tapi pergerakan laju batu-batuan itu menyebabkan terjadinya lingkaran atau gegelang Zuhal.
Kalau saiz batu-batuan dia besar, secara tak lansung boleh membentuk sebuah planet toroid. Tapi tulah, teori hanya teori je. Sampai sekarang kita tak jumpa planet donut sebab mustahil untuk terjadi ikut hukum alam semesta.




No comments yet