Sebut saja Kesatuan Soviet, ramai membayangkan sama ada imej kereta kebal T-34, kek3j4man Joseph Stalin atau kem4l4ngan loji nuklear Chernobyl. Di sebalik semua ini, terdapat banyak fakta pelik bin ajaib yang menyelubungi negara itu yang bisa mengejutkan sesiapa yang mendengarnya.
- Bollywood
Ingatkan orang Malaysia saja yang gilakan cerita Hindustan tetapi rupa-rupanya warga Soviet berkongsi minat sama. Bagi mereka, menonton filem-filem sebegini memberi peluang kepada mereka melepaskan diri daripada semua kesusahan yang membelenggu kehidupan mereka.
Dan mereka amat bersimpati dengan nasib India dari menuntut kemerdekaan daripada pihak British hinggalah pemecahan wilayah yang membawa kepada kewujudan Pakistan pada tahun 1947. Selain itu, tema kejayaan kebaikan ke atas kejahatan menjadi tema yang amat diminati warga Soviet dalam filem Bollywood.
Justeru, usah terkejut sekiranya bintang filem Hindustan popular di negara itu. Buktinya, pelakon legenda Rishi Kapoor bukan sekadar diminati di India tetapi diminati di Kesatuan Soviet.
- Sweden
Semua maklum apa yang berlaku di Chernobyl pada April 1986. Tetapi tidak ramai tahu negara terawal yang mengakui insiden ini bukan Moscow tetapi Sweden. Mereka mengetahui apa yang berlaku di Chernobyl selepas penggera radiasi mereka berbunyi. Selepas digesa menjelaskan apa yang berlaku, barulah pihak Soviet mengakui apa yang berlaku di Chernobyl.
Begitupun, selepas insiden tersebut, Soviet berm4t1-m4t1an menafikan apa yang berlaku dan menganggap apa yang diperkatakan itu sebagai satu penipuan. Tetapi pada akhirnya, Moscow terpaksa beralah dan mendedahkan kisah sebenar di Chernobyl selepas Stockholm mengugut memfailkan aduan kepada Pihak Berkuasa Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
- Otak Lenin
Selepas Vladimir Lenin meninggal dunia pada 21 Januari 1924, m4y4tnya diawet dan dipamerkan dalam sebuah makam di Red Square, satu bahagian saja yang hilang iaitu otaknya. Otak beliau disimpan di Institut Otak Moscow, sebuah institut kerajaan yang ditubuhkan untuk mengkaji sama ada otaknya menyumbang kepada kebijaksanaan Lenin.
Bagaimanapun, selepas menjalankan kajian berpanjangan, otak beliau biasa saja dan tiada ciri keistimewaan yang dimahukan para saintis. Selain otak Lenin, otak individu lain yang dikaji dan disimpan di situ ialah otak Stalin, otak sasterawan Vladimir Mayakovsky dan saintis Andrei Sakharov.
- Laika
Sebelum Yuri Gargarin dihantar ke angkasa lepas dan mencipta nama sebagai manusia pertama di atmosfera, pihak Soviet perlu menguji terlebih dahulu sama ada tekanan atmosfera boleh dihadapi manusia atau tidak. Justeru, tugas berat ini disandang seekor anjing liar bernama Laika.
Laika diambil dari kawasan jalanan Moscow dan dipilih atas alasan anjing liar lebih tahan lasak berbanding haiwan peliharaan domestik. Begitupun, Laika kembali ke negeri cacing pada peringkat awal misi. Tetapi sumbangannya yang membuka jalan kepada penerokaan angkasa lepas menjadikan anjing itu sebagai ikon dalam kalangan warga Soviet.
- The Grapes of Wrath
Secara dasarnya, semua filem Barat dilarang ditayangkan di Kesatuan Soviet. Tetapi sebuah filem AS bernama The Grapes of Wrath (1940) arahan John Ford dibenarkan ditayangkan atas alasan ia memperjuangkan nasib pekerja di Barat terutama di AS.
Tetapi tidak lama selepas ia ditayangkan, kebenaran tayangan filem lakonan Henry Fonda itu ditarik balik oleh pihak kerajaan. Ini berlaku lantaran ramai orang Soviet merasa kagum walau sesusah mana pun warga AS, mereka masih berupaya memiliki kenderaan persendirian.
- Bunker
Bunker dan laluan rahsia tidak boleh dipisahkan dengan Kesatuan Soviet. Bagi warga Soviet, lambakan bunker dan laluan rahsia ini melambangkan paranoia yang membelenggu negara itu sebelum Tirai Besi tumbang pada tahun 1991.
Di Moscow misalnya, terdapat terowong bawah tanah yang menghubungkan Kremlin dengan stesen keretapi bawah tanah bagi membantu mereka melarikan diri. Di bandar pelabuhan Samara pula, sebuah bunker yang dibina pada tahun 1942 ditemui selepas kejatuhan Tirai Besi. Bunker ini boleh menempatkan 115 orang selama lima hari sebelum kehabisan bekalan oksigen.
- Album balada Mikhail Gorbachev
Ramai mengenali Gorbachev sebagai pemimpin Kesatuan Soviet tetapi tidak ramai mengetahui sisi artistiknya sebagai penyanyi. Pada tahun 2009, beliau membikin sebuah album khas yang dikenali sebagai Songs for Raisa dan didedikasikan kepada mendiang isterinya itu. Ia dilelong dengan harga £100,000 dan ia disalurkan kepada badan amal yang mempromosikan kempen melawan kanser pada kanak-kanak.
- Lubang besar
P3r4ng Dingin menyaksikan persaingan sengit AS dan Soviet dalam banyak perkara termasuk perkara yang tidak masuk akal: siapa dapat menggali lubang paling dalam menembusi kerak bumi. Menjelang tahun 1994, Lubang Kola yang digali mereka merupakan lubang paling dalam di dunia ketika itu.
Lubang Kola yang terletak di Murmansk, Semenanjung Kola menembusi kerak bumi dengan ukuran panjang sejauh 12 km. Lubang ini kemudiannya menjadi bukti aktiviti hidupan biologi di bumi sudah berlangsung lebih dua bilion tahun.
- Ubat kokot
P3r4ng Dingin menjadi saksi aktiviti perisikan membabitkan AS dan Soviet dengan kedua-dua pihak saling menghantar perisik atau menukar warga mereka sebagai aset pihak berlawanan. Kisah sebegini bukan sesuatu yang asing dalam dunia fiksyen seperti siri filem James Bond atau dua siri permainan Call of Duty iaitu Call of Duty: Black Ops dan Call of Duty: Black Ops – Cold War.
Bagi Jawatankuasa Keselamatan Negara atau KGB, mereka tahu rahsia mengesan aset perisikan Amerika di bumi Soviet iaitu ubat kokot pada pasport mereka. Bagi pemegang pasport Soviet, ubat kokot yang digunakan diperbuat daripada besi yang tidak berkualiti dan cepat berkarat.
Tetapi bagi pengguna pasport palsu, mereka menggunakan ubat kokot yang diperbuat daripada besi yang tahan karat. Jika ini dikesan oleh mana-mana aset KGB, maka aset AS perlu bersedia mengucapkan da svidaniya kerana identitinya telah diketahui. Jika bernasib baik, kem tahanan tetapi jika sebaliknya, empat gram plumbum (p3lvru).
- “Kami lebih rela berlapar daripada menyerahkan biji benih yang diusahakan…”
Musim panas 1941 menyaksikan rejim Jerman yang diketuai Adolf H1tl3r melancarkan Operasi Barbarossa dengan harapan merealisasikan penaklukan ke atas Kesatuan Soviet atau Lebensraum (ruang kehidupan) untuk Germania impiannya. Tiga sasaran utama Barbarossa ialah Moscow (sasaran politik), Leningrad (kini St Petersburg) (sasaran ideologi) dan Ukraine (sasaran ekonomi).
Bagi mencapai matlamat mereka di Leningrad, t3nt3ra musuh mengepung kota tersebut selama 872 hari dari September 1941 hingga 27 Januari 1944. Kepungan dahsyat tersebut menyaksikan penduduk bukan saja perlu berdepan 4nc4man 4rt1l3ri t3nt3ra Jerman, malah mereka juga perlu berdepan isu kebvlvran dan k4n1b4lisme.
Berikutan dua isu ini, tidak hairanlah mengapa sekumpulan ahli botani yang bertanggungjawab menguruskan koleksi biji benih Soviet yang terbesar ketika itu lebih rela mengurung diri mereka daripada membenarkan penduduk atau t3nt3ra Jerman yang kelaparan masuk. Langkah berat ini terpaksa dibuat demi menjamin masa depan Kesatuan Soviet terutama dari segi pertanian.
Kepungan dahsyat ini menyaksikan 632,000 orang awam terbvnvh sama ada akibat s3r4ngan 4rt1l3ri, kebvlvran atau mangsa k4n1b4lisme.
- Domain
Walaupun Kesatuan Soviet tumbang pada tahun 1991, nama domain internet mereka tetap wujud selama 15 tahun dalam dunia digital pada tahun 1990-an. Begitupun, yang bertanggungjawab memanjangkan hayat domain ini ialah penj3n4yah digital dan ia selalunya digunakan untuk aktiviti penipuan.
- Pemetaan seluruh dunia
Semasa P3r4ng Dingin, Kesatuan Soviet memeta seluruh negara di dunia dengan perincian yang mengagumkan. Bagi penganalisis, peta sebegini jarang didapati dalam peta biasa kecuali peta yang digunakan untuk aktiviti ket3nt3raan. Ini termasuklah lebar kawasan jalan, jenis kilang dan jumlah kapasiti sesebuah jambatan. Begitu hebatnya peta yang dihasilkan mereka ia kini digunakan oleh pihak AS.
- The Hobbit
Sebelum trilogi The Hobbit dibikin oleh pengarah filem terkenal Peter Jackson, pengkarya seni Soviet sudah mengadaptasi novel karangan J.R.R. Tolkien itu ke layar perak lebih awal pada tahun 1985. Filem itu diberi judul Fabulous Journey of Mr. Bilbo Baggins, The Hobbit dengan kebanyakan pelakonnya direkrut oleh Teater Opera dan Balet Negara Leningrad.
Anda boleh menontonnya di pautan ini:
- Coca-Cola versi jernih
Coca-Cola menjadi minuman kegemaran warga Soviet dan Rusia hari ini terima kasih kepada tindakan pengeluar minuman bergas itu menyertai sebuah pameran di Rusia. Kisah ini pernah dinyatakan oleh penulis dalam sebuah artikel bertajuk Pepsi Dijadikan Alat Pertukaran Kapal P3r4ng Soviet:- https://thepatriots.asia/pepsi-dijadikan-alat-pertukaran-kapal-p3r4ng-soviet/
Tetapi cerita Coca-Cola di Soviet sebenarnya sudah bermula lebih awal menerusi pertemuan dua figura penting t3nt3ra Bersekutu dan Soviet semasa P3r4ng Dunia Kedua (WWII), Dwight Eisenhower dan Georgy Zhukov. Zhukov yang digelar Heinz Guderian versi Soviet amat meminati minuman itu selepas diperkenalkan oleh bakal Presiden AS itu.
Begitupun, atas sebab ideologi, beliau tidak mahu minum secara terang-terangan kerana Coca-Cola melambangkan ideologi ekonomi kapitalisme negara Uncle Sam itu. Justeru, Zhukov kemudiannya meminta pengeluar minuman bergas itu menghasilkan versi jernih khas untuknya. Ini bagi memastikan sesiapa saja yang melihatnya meneguk gelas menyangka ia vodka dan bukan Coca-Cola.
Menariknya, permintaan aneh jeneral Soviet itu berjaya dipenuhi mereka. Sebagai tukaran kepada permintaannya itu, Zhukov memastikan setiap lori yang membawa kargo Coca-Cola bergerak lancar tanpa perlu mengharungi sekatan jalan raya sekitar Eropah Timur dan Eropah Tengah semasa membuat penghantaran.
RUJUKAN:
Whalley, Z. (2018). 14 Unusual Facts About the Soviet Union. The Culture Trip.
—
Anda berminat membaca fakta-fakta mengenai Soviet Union? Kami nak cadangkan pembelian judul terbaru kami iaitu Soviet Union Di Hujung Jari yang boleh dibeli dengan Uthmaniyah Di Hujung Jari. Beli harga kombo dapat POS PERCUMA! Klik sini untuk pembelian atau terus klik gambar di bawah!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih