Baru – baru ini, telah tersebar mesej yang menyatakan bahawa Malaysia sedang dilanda fenomena El nino ketika ini .
Benarkah?
Merujuk kemaskini daripada pihak Jabatan Meteorologi Malaysia berkenaan status terkini El nino – ayunan selatan ( ENSO ) bertarikh 13 Mac 2018.
Keadaan terkini adalah ENSO – neutral iaitu bukan El nino ataupun La nina.
Kemaskini daripada pihak Biro Meterologi Australia ( BOM ) yang turut dikeluarkan pada 13 Mac 2018 yang lalu juga telah mengumumkan bahawa La Nina lemah bagi tahun 2017 dan 2018 telah berakhir dan ketika ini berada dalam fasa ENSO – Neutral
..
Hasil semakkan data suhu pada hari ini dan beberapa hari yang lalu, menunjukkan tiada mana -mana negeri di Malaysia mencatatkan suhu melebihi 39 darjah Celcius .
..
Jika bukan faktor El nino , apakah faktor penyebab cuaca panas ketika ini ?
Bulan Mac setiap tahun merupakan waktu penghujung musim Monsun timur laut .
Sepanjang penghujung musim monsun timur laut , kebanyakkan kawasan di Malaysia akan kurang mengalami hujan dalam tempoh yang panjang ketika ini .
Keadaan ini akan menyebabkan peningkatan suhu di kebanyakkan kawasan di Malaysia terutama di bahagian utara Semenanjung .
Walaupun demikian , keadaan cuaca lembap masih lagi boleh berlaku di beberapa kawasan .
..
Setelah berakhirnya musim monsun timur laut , negara kita Malaysia akan memasuki fasa peralihan monsun yang dijangka akan berlaku pada bulan April nanti .
Sepanjang berlakunya peralihan monsun , jumlah taburan hujan di Malaysia dijangka kembali berada pada paras normal di kebanyakkan kawasan apabila aktiviti perolakan cenderung untuk berlaku berikutan tiupan angin yang lemah dari pelbagai arah menyebabkan keadaan atmosfera yang tidak stabil.
Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang boleh berlaku terutama pada sebelah petang di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.
..
Wallahu A’lam .
Nota tambahan :
Pihak TNB telah mengeluarkan penafian berkenaan keterlibatan tenaga kerjanya melalui page ” TNB careline ” berhubung penyebaran mesej palsu tersebut .
Baca di sini :-
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2116230011723980&id=361954347151564
..
Sumber rujukkan :
– http://www.met.gov.my/iklim/ramalanbermusim/ramalanelninoterkini
– http://www.bom.gov.au/climate/enso/outlook/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih