24 Disember 1914 : Bermulanya ‘Hari Gencatan Senjata Krismas’ antara dua blok sekutu yang sedang berperang di Eropah, menjelang sambutan Hari Krismas.
Perang Dunia Pertama – melibatkan dua blok, satu kumpulan terdiri daripada Perancis, British, Russia, Amerika Syarikat, negara-negara komanwel dan beberapa negara lain, satu lagi blok pula adalah terdiri daripada Jerman, dan rakan sekutunya seperti Austria-Hungary, Empayar Turki Uthmaniyah dan Bulgaria.
Hampir 5 tahun lamanya perang berlaku, dari Julai 1914 hingga November 1918.
Hari Krismas mula menjelang pada tahun 1914, ramai askar dan tentera merindukan kampung halaman, menikmati hidangan enak di malam sambutan.
Oleh yang demikian, di medan perang, bila mana saat Krismas hampir tiba, sudah mula kedengaran ura-ura ‘gencatan-senjata’ sementara antara kedua-dua pihak. Mereka mula bertukar ‘mesej’ tentang gencatan senjata tersebut.
Di satu kawasan bernama Ypres, Belgium, terdapat hampir 100,000 orang tentera British dan Jerman sedang berperang sesama sendiri, masing-masing berada di kubu dan pertahanan sendiri. Sungguhpun tiada pengumuman ‘rasmi’ tentang ‘gencatan senjata’ kedua-dua pihak didapati menghentikan segala bentuk serangan menjelang Krismas.
Askar-askar yang bertugas di bahagian semboyan ditugaskan menyampaikan mesej dan nota tentang cadangan gencatan senjata sempena Hari Krismas.
Mesej-mesej gencatan dihantar antara kedua belah pihak. Antara mesej yang dihantar oleh pihak Jerman berbunyi begini ;
“Jerman tidak akan melepaskan tembakan, selagi British juga tidak berbuat demikian”.
Parit, kubu, benteng-benteng pertahanan dihias dengan cahaya lilin, kemeriahan seperti perayaan sebenar, hidangan-hidangan lazat turut disajikan meskipun ia sebenarnya serba ringkas. Muzik-muzik hiburan turut kedengaran.
Pagi 24 Disember 1914, kedua-dua kelompok tentera British dan Jerman bertemu di sebuah kawasan lapang, mengucapkan selamat antara satu sama lain. Mereka sama-sama menjamu hidangan dan minuman seperti biasa, seolah mereka bukan dalam situasi peperangan.
Dan kedua-dua pihak meraikan hari perayaan mereka dengan bermain bola sepak, sukan kegilaan masyarakat Inggeris dan Jerman. Mereka melupakan seketika permusuhan dalam perang. Lebih menarik perlawanan bola sepak tersebut adalah 50 sebelah, bermakna kira-kira hampir 100 orang bermain berebut sebiji bola…..
Dan..salah seorang daripada tentera Jerman pada waktu itu, adalah seorang askar berpangkat Koperal, yang bertugas sebagai ‘penghantar-mesej’ atau semboyan, iaitu Koperal Adolf Hitler, yang kemudiannya menjadi pemerintah tertinggi Jerman pada tahun 30an dan 40an.
Ada kisah lain, di sebalik peristiwa ini. Dikatakan bahawa usaha ke arah gencatan senjata sempena Hati Krismas itu dipelopori oleh majoritinya di kalangan anggota berpangkat rendah, tidak kira lah dari sebelah British mahupun Jerman. Sedang pegawai-pegawai tinggi dari kedua-dua pihak pula seakan tidak menyenangi tindakan tersebut.
Gencatan senjata sejak Krismas 1914 itu dilihat berpanjangan melewati bulan Februari 1915. Banyak insiden di perbatasan-perbatasan perang di mana hanya ‘tembak-angin’ yang dilancarkan. Makna kata, para anggota tentera dari kedua-dua pihak hanya melepaskan tembakan di udara, ekoran peristiwa gencatan senjata Krismas 1914.
Kisah ini turut diabadikan dalam sebuah lagu terbitan tahun 1983, berjudul Pipes of Peace, garapan oleh Paul McCartney yang juga anggota kumpulan muzik terkenal Britiain, The Beatles.
Beberapa minggu lepas, sekitar 12 Disember 2014, sebuah memorial telah dibina khas bagi memperingati peristiwa ini. National Memorial Arboretum yang terletak Staffordshire, England itu dirasmikan oleh Putera Williams dan pengurus skuad kebangsaan England, Roy Hodgson.
Kisah ini kekal bugar dalam sejarah peradaban manusia, betapa kadang-kala di sebalik pelbagai rencah perbezaan, manusia sebenarnya boleh bersatu dalam hal-hal tertentu terutamanya dalam perkara-perkara yang punyai persamaan.
Dan pastinya bola sepak juga bisa mampu jadi elemen penyatuan…
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih