Ramai kaum asal Amerika menceritakan tentang orang gergasi yang pernah hidup di tempat tinggal nenek moyang mereka. Yang menariknya, kisah ‘dongeng’ ini dapat dibuktikan dengan penemuan sebanyak lebih 1,000 rangka setinggi lebih 200 sentimeter dalam kawasan pengebumian yang berusia lebih 200 tahun.

Banyak media melaporkan penemuan manusia gergasi Amerika ini. Ramai pengkaji telah turun untuk melihat sendiri kewujudan rangka manusia gergasi ini. Anatomi yang aneh, gigi dan rahang begitu besar dan tulang-temulangnya amat panjang. Semuanya telah didokimentasikan.

Saintis telah identifikasikan sekurang-kurangnya 17 rangka yang melebihi 200 sentimeter, termasuklah tengkorak sebesar 91 sentimeter (purata kebesaran tengkorak ialah 50 sentimeter).

Taburan rangka gergasi yang ditemui di Amerika Utara.

Walau bagaimanapun, kebanyakan rangka gergasi tidak dapat dipelihara sepenuhnya. Sebahagian tulang-temulang dari kedudukan asal telah dialihkan dan dipulangkan mengikut undang-undang perlindungan orang asal iaitu NAGPRA (Native American Graves Protection and Repatriation Act) kepada komuniti mereka. Ini demi memastikan apa-apa artifak berkait dengan komuniti orang asal Amerika dijaga sepenuhnya oleh mereka sendiri tanpa mengharapkan kerajaan.

Berbalik kepada artikel ini, kita akan memulakan 10 penemuan rangka manusia gergasi terpenting dalam sejarah Amerika Utara.

  • Rangka di Serpent Mound, Ohio (1890-an)

Serpent Mound ialah bonggolan bersejarah setinggi 417 meter. Bonggolan ini telah dicatat oleh Ross Hamilton tentang misteri penemuan rangka gergasi. Dikatakan rangka tersebut bertarikh 321 SM, di mana wujud tamadun Adena yang menetap di lokasi tersebut.

Pada tahun 1890-an, saintis bernama Frederic Ward Putnam melakukan ekskavasi di sebuh bonggol berdekatan Serpent Mound dan menemui rangka manusia hanya setinggi 182 sentimeter. Namun poskad yang dihasilkan menggunakan foto rangka di bonggolan itu dikatakan setinggi 200 sentimeter setelah ditemui oleh pengkaji bernama Jeffrey Wilson.

Mereka mengandaikan bahawa rangka Wilson temui berkemungkinan salah satu rangka dari lokasi Putnam ekskavasi namun Wilson sendiri menemuinya.

Tetapi perdebatan kesahihan foto ini bermula dengan soalan bilakah foto ini diambil. Jika melihat dari foto tersebut, kaki rangka seolah-olah dipotong. Jadi mereka andaikan bahawa rangka itu tinggi sebenar ialah 200 sentimeter. Atau mungkinkah kaki rangka sebenarnya tidak dipotong? Persoalan tinggi rangka Serpent Mound masih menjadi kontroversi.

Rangka dari Serpent Mound yang telah dipotong bahagian kaki.
  • Rangka di Cresap Mound, Virginia Barat (1959)

Pada tahun 1959, Dr. Donald Dragon telah menemui rangka setinggi 218.4 sentimeter semasa melakukan ekskavasi di Cresap Mound. Tulang-temulang tersebut begitu berat berbanding rangka manusia biasa.

Beliau kemudian terbitkan penemuan ini bersama foto untuk pengesahan. Dragoon bukan seorang pengkaji saja yang menemui rangka setinggi 200 sentimeter ini. Terdapat juga saintis lain menemui rangka sebegitu seperti Dr. Walter B. Jones dari Alabama, Dr. Forrest Clements iaitu Ketua Jabatan Antropologi di University of Oklahoma, Dr. Donald A. Cadzow dari Cambridge University, dan Dr. Byron Cummings dari University of Arizona.

Rangka setinggi 218 cm di Cresap Mound.
  • Rangka dari bonggolan di Iowa (1897)

Menurut laporan dari surat khabar Worthington Advance pada 18 November 1897, pengarah biro ethnologi dari Smithsonian Institution’s Division of Eastern Mounds bernama John Wesley Powell menyatakan bahawa para saintis telah menemui rangka gergasi di timbunan bonggol di Iowa. Dikatakan tinggi rangka itu 228.6 sentimeter namun tulangnya menjadi debu apabila terdedah terhadap udara.

  • Rangka di Steelville, Missouri (1933)

Menurut laporan dari surat khabar Steelville Ledger pada 11 Jun 1933, seorang lelaki secara tak sengaja menemui rangka gergasi apabila mencari senjata panah, kemudian perkampungan Steelville menjadi tumpuan pengkaji untuk melihat sendiri rangka tersebut.

Dr. R. C. Parker kemudian membawa rangka tersebut ke pejabatnya untuk mengkaji lebih lanjut akan rangka gergasi itu. Dalam foto yang ditangkap, seorang lelaki bernama Les Eaton yang tingginya 182 sentimeter baring bersebelahan dengan rangka Dr. Parker yang setinggi 243 sentimeter.

Kali terakhir rangka itu dihantar ke Institut Smithsonian dan sehingga kini tiada berita terbaru tentang rangka dari Steelville itu.

Perbandingan manusia setinggi 182 cm dengan rangka dari Steelville setinggi 243 cm.
  • Rangka di Miamisburg, Ohio (1899)

Bonggolan di Miamisburg dibina oleh manusia dari tamadun Adena pada 1,000 hingga 200 SM. Apabila pengkaji melakukan ekskavasi di kawasan tersebut pada abad ke-19 Masihi, mereka menemui banyak rangka gergasi.

Salah satu rangka mereka jumpa ialah saiz rahang yang amat besar dan beberapa tulang-temulang yang aneh. Dianggarkan ketinggian rangka tersebut sekitar 248 sentimeter.

Penemuan ini menjadi berita hangat setelah disiarkan dalam surat khabar The Middletown Signal pada 17 Januari 1899 dengan bertajuk “ Bones of Prehistoric Giant Found Near Miamisburg ”.

Ilustrasi rangka setinggi lebih 200 cm dari Miamisburg.
  • Gergasi San Diego (1895)

Kisah Gergasi San Diego yang berupa mumia lebih kurang popular juga setelah laporannya disiarkan oleh media surat khabar. Namun kisah ini ternyata penipuan atau ‘hoax’ semata-mata. Dalam lap0ran asal, tajuknya berbunyi “ Nine Feet (274 cm) High and Probably a California Indian. Measurement Well Authenticated. Other Big Men and Women of Fact and Fable Who Are Famous Types if Gigantism. ” Apabila diukur, ternyata tinggi mumia hanyalah 254 sentimeter saja.

13 tahun kemudian iaitu pada tahun 1908, barulah rupa sebenar Gergasi San Diego terbongkar, mumia yang dibeli oleh Institut Smithsonian dengan harga $500 (jumlah kini ialah lebih $14,000) disahkan sebagai ‘hoax’ setelah mengkaji lebih lanjut terhadap bahagian dalam mumia. Rupa-rupanya Gergasi San Diego hanyalah diperbuat dari gelatin. Kini mumia itu berada dalam simpanan institut itu. Adalah mustahil untuk menuntut semula setelah membayar dengan jumlah wang yang banyak.

Gergasi San Diego yang dijual kepada Institut Smithsonian. Rupa-rupanya mumia ini palsu.
  • Rangka di Pulau Catalina, California (1913)

Pulau yang terletak di persisiran pantai California juga mempunyai penemuan rangka gergasi walaupun yang kisah-kisah kontroversi berkaitan dengannya. Kisahnya bermula pada tahun 1813 di mana seorang ahli naturalis bernama Dr. A. W. Furstenan menemui rangka setinggi 243 sentimeter bersama peralatan batu lesung dan senjata panah. Beliau kemudian mengaitkan kisah lagenda berkenaan kewujudan puak gergasi menetap di Pulau Catalina dan kemudian pupus sebelum kehadiran penjelajah Eropah.

Kemudian, ahli arkeologi amatur bernama Ralph Glidden menemui sejumlah 3,781 rangka gergasi di Pulau Channel berdekatan California pada 1919 dan 1930. Rata-rata rangka yang Glidden temui setinggi 213 sentimeter dan menemui rangka paling tinggi dengan ketinggian 280 sentimeter!

Bagi mengesahkan penemuan ini, hos rancangan ‘Search for the Lost Giants’ iaitu Jim dan Bill Vieira pergi ke Pulau Catalina untuk menyiasat. Ternyata mereka menemui foto-foto berkenaan penemuan beratus-ratus rangka gergasi, tempat ekskavasi, artifak, dan tempat pengebumian di mana rangka-rangka ini ditemui.

Laporan rangka gergasi di Pulau Catalina.
  • Rangka di Beaver Lake, Ozark Caves, Arkansas (1913)

Wartawan dari majalah The New Age pernah melaporkan penemuan rangka gergasi di gua Ozark, Arkansas pada tahun 1913. Dalam penggalian sedalam 1 meter, kumpulan pengkaji menemui rangka-rangka gergasi. Salah satunya ialah rangka yang sempurna dengan tingginya hampir 300 sentimeter!

Gua itu kemudian disiasat oleh Jim dan Bill Vieira sambil menggambarkan dokumentari. Namun gua tersebut telah dibanjiri oleh air dari Beaver Lake sejak empangan dibina pada sekitar tahun 1960. Mereka bersama seorang penyelam profesional bernama Mike Young menyelam ke dalam gua yang dibanjiri dan menemui gua yang terletaknya lokasi ekskavasi rangka gergasi.

Laporan rangka dari gua Ozark.
  • Rangka di Lompock Rancho, California (1819)

Pada tahun 1819, seorang wanita tua menyaksikan rangka gergasi setinggi 365 sentimeter yang digali keluar oleh tentera di kawasan Lompock Rancho. Orang asal Amerika di sana percaya bahawa rangka itu ialah ‘dewa’, kemudian dikebumikan semula. Berita ini kemudian tersebar luas pada tahun 1833.

Semasa penemuan tersebut, rangka itu dikelilingi dengan cangkerang, kapak batu, dua batang lembing, dan mineral ungu bernama porphyry. Rahang rangka ini mempunyai dua baris gigi, bahagian atas dan bawah rahang. Apabila penemuan ini telah diketahui umum, pihak kerajaan mengarahkan rangka dan artifak lain dikebumikan semula. Sehingga kini tidak ada berita berkenaan rangka 365 sentimeter ini.

  • Rangka di West Hickory, Pennsylvania (1870)

Dalam surat khabar Oil City Times pada tahun 1870, terdapat laporan tentang penemuan rangka gergasi di kawasan West Hickory. Dikatakan tinggi rangka itu adalah paling tertinggi duni, iaitu setinggi 548 sentimeter! Walaupun ketinggiannya nampak tidak logik, namun penemuannya dari tanah dengan kedalaman 3.6 meter memungkinkan bahawa rangka ini ialah manusia prasejarah. Rangka itu kemudian dihantar ke New York untuk kajian lanjut. Sehingga di sini saja kisahnya dan tidak ada perkembangan lanjut.

Laporan tentang ranga setinggi 365 cm.

 

Inilah 10 penemuan rangka gergasi di Amerika Utara. Senarai ini hanyalah 1% dari penemuan seluruh rangka gergasi walaupu peratus kesasihannya adalah sedikit. Walaupun telah banyak data sebegini, namun tidak ada lansung kajian lanjut tentangnya.Seperti kes penemuan UFO, kes penemuan rangka gergasi dibiarkan tergantung sehingga menjadi misteri.

Maka, adalah sukar membenarkan kisah orang asal Amerika tentang kewujudan kaum gergasi yang tinggal bersama nenek moyang mereka. Pihak saintis Amerika sewajarkan peka akan data-data penemuan ini supaya ada usaha untuk membongkar tulang-temulang milik mansia gergasi tidak kira sama ada hoax atau benar. Namun, terpulang kepada kerajaan AS saja untuk membenarkan pengkaji membongkar kemisterian rangka-rangka gergasi ini.

RUJUKAN:

Newman, Hugh. 12 February 2021. Top Ten Giant Discoveries in North America. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply