1. Nama saintifik bagi Harimau Malaya ini adalah ‘panthera tigris jacksoni’ sempena nama Peter Jackson, ahli konservatif harimau.

2. Sub-spesies Harimau Malaya mula ditemui pada tahun 2004, yang kemudiannya dijadikan sebagai binatang kebangsaan Malaysia serta merta.

3 (i). Terdapat 9 sub-spesies harimau yang wujud. Tiga daripadanya telah diisytiharkan PUPUS, iaitu Harimau Bali (P. t. balica), harimau Caspian (P. t. virgata), and Harimau Jawa (P. t. sondaica).

3 (ii). Satu sub-spesies masih dalam status berkemungkinan pupus kerana tiada penemuan direkodkan sejak 25 tahun yang lalu, iaitu Harimau China Selatan (P. t. amoyensis).

3 (iii). Manakala 5 daripadanya dikategorikan sebagai TERANCAM, iaitu Harimau Amur (P. t. altaica), Harimau Bengal (P. t. tigris), Harimau Indo-China (P. t. corbetti), Harimau Sumatera (P. t. sumatrae), dan akhir sekali, Harimau Malaya (P. t. jacksoni).

4. Harimau Malaya merupakan harimau yang paling kecil berbanding 8 saudaranya yang lain.

5. Setiap Harimau Malaya mempunyai belang yang berbeza, sama seperti cap jari manusia.

6. Dengan berat sekitar 80 kilogram sehingga 150 kilogram, kelajuan larian seekor Harimau Malaya mampu mencecah sehingga 96 kilometer sejam (60mph), 3 kali ganda lebih pantas dari Usain Bolt, 2 kali ganda kepantasan seekor kucing rumah biasa.

7. Sebagai Raja Hutan, Harimau Malaya tidak mempunyai pemangsa semulajadi. Namun manusia sering membunuh haiwan ini untuk mendapatkan kulit dan bulu (pakaian), isi dan tulang (ubatan) serta memusnahkan habitat semulajadinya.

8. Di Bolaven Cafe Langkawi (BCL), para pengunjung berpeluang untuk melihat gelagat seekor Harimau Malaya jinak yang ditempatkan di kafe tersebut. Sebahagian hasil keuntungan kafe tersebut akan disalurkan ke sebuah galeri yang giat menjalankan kempen Kesedaran Terhadap Harimau.

9. Hanya terdapat kurang dari 500 ekor Harimau Malaya yang telah dikenalpasti di Malaysia pada ketika ini.

10. Harimau Malaya tidak dapat ditemui di Sabah dan Sarawak, serta pulau-pulau kecil di serata Malaysia.

INFO PENTING !

Terdapat lebih banyak bilangan ‘Harimau Malaya’ di rak-rak farmasi dalam bentuk ubatan berbanding bilangannya di kehidupan liar.

#AC

29 July. International Tiger Day, and my birthday


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Mengapa sistem huruf moden perlu disusun bermula dari A hingga Z walhal tiada satu pun syarat yang mewajibkan sedemikian?" Seorang jururawat lelaki yang gemar melihat hidup dari sisi dan perspektif tidak lazim dan janggal. Kadangkala sehingga mencabar kefahaman terhadap diri sendiri.

Leave A Reply