1) Hukum Kanun Melaka merupakan salah satu bukti penulisan dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.

2) Hukum Kanun Melaka menjadi sumber primer membuktikan ketamadunan Kesultanan Melayu Melaka di samping menjadi antara sistem perundangan yang berasaskan Islam terawal di Alam Melayu setelah Samudera Pasai.

3) Semua komponen undang-undang Jenayah Islam iaitu Hudud, Qisas dan Takzir wujud dalam Hukum Kanun Melaka

4) Semua komponen Hudud wujud dalam Hukum Kanun Melaka (sariqah, riddah, zina, qazaf, syarbul khamr, hirabah dan bughah)

5) Hukum Kanun Melaka bukan sahaja mengandungi peruntukan hukuman, malah ia turut mengandungi prosedur-prosedur kehakiman dan keadilan.

6) Undang-undang Muamalat dan percukaian dalam Hukum Kanun Melaka menjadi bukti keunggulan Melaka dalam perdagangan

7) Undang-undang berkaitan pentadbiran seperti hukum tanah perhumaan dan hukum membunuh empat martabat (special enforcement) menjadi bukti Kesultanan Melaka memiliki sistem pentadbiran yang unggul.

8) Hukum Kanun Melaka menjadi asas kepada Hukum Kanun Pahang dan undang-undang awal yang dilaksanakan di Johor dan Perak.

9) Hukum Kanun Melaka menjadi rujukan utama undang-undang di Alam Melayu seperti undang-undang Pattani, Aceh, Brunei, Serat Surya Alam (Undang-undang Kesultanan Demak), Pepakem Cirebon (Undang-undang Kesultanan Cirebon) dan lain-lain

10) Hukum Kanun Melaka mempunyai lebih 50 naskah salinan yang tersebar di merata tempat di dunia hingga sejauh Vatican City. Malah menurut Liaw Yock Fang, naskah yang Hukum Kanun Melaka yang terbaik adalah naskah salinan yang dijumpai di Vatican City.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.