10.10 selain hari Shopee buat sales, ia juga hari peringatan Revolusi Xinhai yang disambut di Taiwan dan China.

Revolusi Xinhai bermula pada 10.10.1911 (110 tahun yang lalu), membawa kepada kejatuhan maharaja China.

Sebab revolusi inilah orang Cina tidak lagi simpan tocang.

Semasa revolusi berlaku, China diperintah Dinasti Qing yang merupakan orang Manchu.

Orang Manchu berasal dari Manchuria di utara China, berbeza dengan orang Han (orang Cina dalam erti umum). Nama asal diorang adalah Jurchen (suku kaum dalam cerita Ashin of the North tu).

Manchu mendirikan kerajaan Qing dan menakluk kawasan Ming (kerajaan orang Han) pada tahun 1644. Qing juga menyatukan Mongolia, Tibet dan kawasan Xinjiang hari ini di bawah pemerintahannya, membentuk sempadan China seperti hari ini.

Manchu melakukan penaklukan dengan kejam, dan memaksa orang Han ubah gaya pemakaian dan rambut diorang ikut Manchu yang botakkan depan kepala dan simpan tocang di belakang kepala.

Kalau korang tonton cerita Cina, nampak rambut tocang maksudnya cerita pasal zaman Qing (Wong Fei Hong, Fong Sai Yuk ni semua orang zaman Qing). Kalau rambut ikat jadi sanggul, tu maksudnya sebelum zaman Qing (boleh jadi Zhou, Qin, Han, Tang, Song, Ming dll).

Orang Han sentiasa nak gulingkan pemerintahan Manchu. Tapi ada juga Han yang pro-Manchu dan pegang jawatan dalam kerajaan Qing.

Pada lewat abad ke-19, Han pro-Manchu mencadangkan reformasi, mewujudkan sistem raja berperlembagaan. Han anti-Manchu pula mahu revolusi, gulingkan maharaja Qing dan dirikan republik.

Ketua revolusioner, Sun Yat-sen menerima pendidikan di US dan bercita-cita melaksanakan demokrasi ala US di China.

Sun Yat-sen pernah singgah di Penang merancang aktiviti revolusi. Sebab tu di Penang ada muzium pasalnya.

Pada 10 Oktober 1911, revolusioner berjaya menawan Wuchang (salah satu kawasan di Wuhan). Revolusi merebak ke semua wilayah China di mana Han merupakan majoriti. Pemerintahan Manchu di ambang kejatuhan.

Orang Han masing-masing potong tocang diorang, sebagai tanda sokong revolusi dan bebas daripada pemerintahan Manchu.

Manchu yang takut Han balas dendam pun potong tocang dan tukar nama kepada nama orang Han.

Maharaja Qing waktu tu, Aisin-Gioro Puyi baru berumur 6 tahun. Tak boleh nak buat apa. Kerabat Manchu terpaksa setuju dengan saranan Perdana Menteri Yuan Shikai untuk berundur. Yuan mewakili Manchu berunding dengan revolusioner yang diketuai oleh Sun Yat-sen.

Hasil daripada perundingan, Maharaja Qing setuju untuk berundur daripada takhta pada 12 Februari 1912, menamatkan pemerintahan Manchu selama 268 tahun, sekali gus menamatkan sistem pemerintahan maharaja China yang telah diamalkan selama 2132 tahun.

Maharaja Manchu dan kerabatnya masih dibenarkan bersemayam dalam istana di Beijing dan dibayar elaun, cuma tidak lagi mempunyai peranan dalam pemerintahan.

Republik China diisytiharkan. Yuan Shikai dilantik sebagai presiden pertama.

Pada asalnya, revolusioner cuma nak mendirikan kerajaan orang Han. Bendera yang dipakai pada awal revolusi adalah bendera berbintang 18, melambangkan 18 wilayah yang merupakan bekas kawasan Ming.

Tapi atas kepentingan geopolitik, revolusioner setuju dengan Yuan untuk kekalkan sempadan Qing. Bendera 5 warna diguna pakai bagi melambangkan Han, Manchu, Mongol, Hui (termasuk Muslim di Xinjiang) dan Tibet.

Tapi cerita tak habis di situ. Yuan Shikai mula menangkap dan membu.nu.h revolusioner yang kini disusun di bawah parti politik bernama Kuomintang, dan isytiharkan diri sebagai maharaja.

Sun Yat-sen lancarkan “revolusi kedua” terhadap Yuan dan pemimpin tentera (warlord) yang mewarisi kedudukannya. Disebabkan warlord lebih kuat, Sun buat pakatan dengan Rusia dan membenarkan komunis jadi ahli Kuomintang.

Selepas Sun meninggal dunia, komunis dan anti-komunis pula berpe.ra.ng. Komunis menang dan mendirikan Republik Rakyat China pada 1949. Kuomintang berpindah ke Taiwan dan meneruskan pemerintahan Republik China.

Nak tau cerita yang lebih lanjut, nantikan Kitab Tamadun Cina yang dijangka terbit awal 2022.

Sementara tu, boleh dapatkan buku2 aku pada harga diskaun sempena 10.10:

– Dunia Tanpa Tembok I, II, III
– Mencabar Teori Konspirasi
– Politik Untuk Pemula

http://shp.ee/a7hiexq


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.