Tahukah anda ?

Sejak tahun 2013, sambutan terhadap kempen mempromosikan pakaian patuh syariah diadakan di seluruh dunia setiap 1 Februari. Kempen “World Hijab Day” ini bukan sahaja menyasarkan wanita Muslim sahaja untuk berhijab menutup aurat, tetapi turut memberi peluang kepada wanita belum Muslim untuk merasai nikmat berpakaian sopan ini sehingga akan tersebar melalui trend.

Bagi sekelompok manusia, berpakaian adalah suatu bentuk kebebasan pilihan manusia tanpa boleh dipaksa-paksa oleh pihak yang lain. Mereka mendakwa pakaian menutup aurat ini adalah suatu penindasan terhadap wanita. Maka mereka menentang usaha pemakaian berhijab ini.

Namun ironinya, golongan yang memperjuangkan “hak dan kebebasan berpakaian” ini turut memaksa golongan wanita yang ingin memakai pakaian berhijab untuk membuka aurat mereka. Hipokrasi ini menyebabkan perlunya ada suatu gerakan, usaha dan kempen untuk mempertahankan golongan yang memilih untuk berhijab pula.

Memakai pakaian menutup aurat juga merupakan hak wanita Muslim untuk mereka pertahankan. Hak wanita Muslim untuk mengamalkan tuntutan agama mereka juga perlu diperjuangkan.

Di Malaysia, kempen berhijab ini perlu diperluaskan kerana kita merupakan negara majoriti Muslim. Adalah suatu perkara yang dikesali apabila wanita Muslim di Malaysia terpaksa menanggalkan hijab yang menutup aurat mereka atas apa-apa desakan atau permintaan dari mana-mana pihak.

Sebagai contoh baru-baru ini, pihak YADIM bersama NurflixTV telah memandang serius terhadap luahan hati pelakon cilik, Mia Sara Nasuha yang menyatakan ada syarikat produksi meminta beliau menanggalkan hijab bagi menjayakan sesebuah karya.

Permintaan sebegini merupakan satu perkara yang biadap kerana tidak menghormati hak pelakon tersebut untuk menutup aurat. Bahkan menurut beliau, 90% syarikat produksi yang memintanya untuk membuka aurat adalah dari syarikat produksi Muslim.

Pihak YADIM dan NurflixTV telah mengadakan forum bagi membincangkan perkara ini dan ingin dibawa ke peringkat yang lebih tinggi agar masyarakat sedar akan hal ini. Forum bertajuk, “CABARAN ARTIS BERTUDUNG : ANTARA AGAMA DAN KERJAYA” ini dihoskan oleh Diana Amir dan dibarisi ahli panel seperti Lisa Surihani, Ustazah Asni Mansur, Ustaz Raja Mukhlis al-Azhari, Ustaz Gunawan Abdul Aziz dan Ustaz Nasruddin Hassan selaku YDP YADIM.

Bagi umat Islam, isu sebegini merupakan isu yang amat sensitif. Jika di zaman Khalifah Abbasiyah dahulu, seorang wanita yang teriak menyeru nama khalifah di hujung kota kerana maruahnya ditindas oleh musuh menyebabkan berlakunya pepe-rangan. Pepe-rangan itu semata-mata untuk mempertahankan hak serta maruah seorang wanita Islam dan ketertinggian agama Islam.

Oleh itu, isu ini dibahas lanjut oleh pihak TVAlhijrah menerusi rancangan Analisis sebagai kesinambungan terhadap usaha YADIM dan NurflixTV. Rancangan yang dihoskan oleh Finaz Yunus itu menampilkan Mia Sara Nasuha sendiri serta barisan panel lain seperti Fauziah Nawi (pelakon senior), Zed Zaidi (Presiden Seniman) dan Ustaz Azhar Yahya (wakil YADIM).

Sebenarnya, ramai artis wanita kini memilih untuk memakai pakaian yang menutup aurat sebagai imej mereka yang perlu dihormati oleh semua pihak. Namun, banyak juga cabaran yang harus mereka tempuhi demi mempertahankan hak dan prinsip ini.

Sekumpulan artis Muslimah yang dikenali sebagai The Khadijahs akan turut menggerakkan Kempen Hari Hijab Sedunia ini bermula 1 hingga 14 Februari ini bagi memartabatkan wanita berhijab dalam pelbagai bidang. Semoga usaha murni mereka ini difahami masyarakat, dipandang serius dan disambut baik agar pelaksanaan pemakaian yang mengikut syariat menyebabkan negara kita menjadi barakah.

#WorldHijabDay #WomenEmpowerment #Muslimah #Nurflix #SopanStream #AdabAkhlak #Turath #Usrah #Dakwah #Hijrah #Hijab #Covid19

RUJUKAN

https://nurfeed.com/lisa-surihani-kagum-dengan-pendirian…/

https://nurfeed.com/cabaran-artis-bertudung-respon-raja…/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Comments are closed.