Sekitar Zaman Pertengahan, 1/3 daripada keseluruhan orang Eropah mati disebabkan Wabak Hitam. Wabak ini dibawa oleh kutu yang berada pada tikus. Jadi, apabila kutu ini menggigit manusia, bakteria Yersinia pestis menjangkiti manusia dan akhirnya membawa kepada kematian.
Perkara ini menjadi lebih teruk apabila kepercayaan karut orang Eropah tentang kucing membawa malang buat banyak kucing mati dibunuh, walhal kucing tu boleh bantu kurangkan tikus pembawa penyakit ini. Disebabkan itu, sekitar 75-200 juta manusia mati kerana wabak ini.
Namun, ada kejadian aneh yang berlaku selepas itu. Sebagaimana orang yang terkena penyakit cacar ayam akan jadi imun pada penyakit itu setelah pulih, begitu juga yang terjadi pada bekas pesakit wabak ini. Perlahan lahan, genetik bekas pesakit ini mengandungi gen mutan yang buat mereka jadi lebih kalis Wabak Hitam dan gen ini dibawa ke generasi seterusnya.
Perkara ini menyebabkan sekitar 10% daripada orang Eropah sekarang, imun kepada penyakit HIV. Disebabkan penyakit Wabak Hitam ni memakai mekanisme yang agak sama seperti HIV, maka ini menyebabkan ada yang imun kepada HIV.
Berbanding orang Eropah, orang yang menetap di kawasan Tropika pula lebih kalis pada serangan parasit dan racun. Tak perlu tengok jauh, cukup kalau kita tengok ketahanan orang Eropah vs kita tentang makanan pedas. Orang Eropah makan Maggie kari pun dah menggelupur padahal Maggie kari tu bagi kita budak 3 tahunrelaks je hirup kuah dia macam minum air.
Ini adalah salah satu contoh bagaimana pemilihan buatan yang disebut Charles Darwin terjadi. Apabila sesuatu generasi itu terdedah pada sesuatu tragedi/racun/bencana alam/keadaan ekstrem untuk jangka masa yang lama, maka mereka yang terselamat daripada semua itu akan jadi kalis terhadap benda itu dan gen mereka akan diwariskan kepada anak anak mereka sebagai generai yang terselamat dan lebih bagus
Sebab itu kalau kita tengok lembu lembu zaman dulu, atau padi zaman dulu, kecik kecik je. Yang sekarang semuanya besar sebab mereka ni generasi yang lebih bagus tu.




No comments yet