Siri TV ini menjadi hit pada tahun 2018 kerana latarnya yang berkisarkan seorang pejuang kemerdekaan Korea yang juga seorang askar kepada AS. Tapi, siapakah figura sebenar di sebalik watak Eugene Choi ini?

Drama Mr Sunshine ini adalah hasil karya Kim Eun Sook yang turut menghasilkan drama popular Descendants of The Sun dan Goblin. Ia adalah antara siri popular pada tahun 2018 dan sehingga ke hari ini masih menjadi sebutan ramai.

Kisahnya adalah tentang Eugene Choi, seorang budak yang lahir dalam keluarga hamba pada akhir era Joseon dan berhijrah ke Amerika Syarikat sewaktu Peristiwa Shinmiyangyo (Ekspedisi Korea ke Amerika) yang berlaku pada tahun 1871.

Dalam kisah ini, watak budak lelaki ini digambarkan kembali ke tanahairnya dan menjadi Pegawai Kor Marin Amerika Syarikat. Dan kemudian terlibat dalam aktiviti menentang penjajah.

Di sebalik kisah Mr Sunshine ini, ia sebenarnya mengambil inspirasi daripada figura sebenar Korea, yang bernama Hwang Ki Hwan. Beliau pejuang kemerdekaan Korea, yang berkhidmat di barisan Eropah Barat sebagai askar Amerika dalam Perang Dunia Pertama.

Dilahirkan pada tahun 1886 di Sunchon, Wilayah Pyongan Selatan, Hwang berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1904 untuk belajar. Kemudian dia menawarkan diri untuk berjuang untuk AS pada tahun 1918 semasa Perang Dunia dan menyelamatkan tentera yang cedera di barisan hadapan di Eropah.

Ketika Pergerakan 1 Mac dan penubuhan Kerajaan Sementara Korea sedang terbentuk, beliau turut mengambil bahagian. Selepas perang tamat, beliau kekal di Paris, dan meneruskan aktiviti diplomatiknya sebagai setiausaha agung delegasi Korea Kerajaan Sementara, melalui cadangan Kim Kyu-sik, seorang pemimpin pergerakan kemerdekaan.

Kemudian, beliau telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa London Kerajaan Sementara dan cuba membentuk kumpulan penaja kemerdekaan Korea. Malah cuba membawa isu kemerdekaan Korea kepada ahli politik British. Selepas itu, “Persatuan Persahabatan Korea Empayar British Besar” telah ditubuhkan, yang terdiri daripada 62 orang terkenal British, termasuk 17 penggubal undang-undang British.

Dia menumpukan hidupnya untuk diplomasi Eropah dan meneruskan aktiviti diplomatiknya antara New York dan London, dan meninggal dunia akibat penyakit jantung pada tahun 1923.

Selepas 100 tahun, beliau akhirnya dibawa pulang ke tanahairnya pada April 2023. Upacara kepulangannya diiringi oleh para tentera dan patriot Korea yang lain. Hwang telah dikebumikan di tanah perkuburan negara di Daejeon dan beliau mempunyai kewarganegaraan Korea Selatan yang diberikan kepadanya sebelum upacara pengebumian.

Hwang tidak mempunyai kerakyatan kerana dia tidak mempunyai keturunan langsung di Korea Selatan dan meninggalkan Korea sebelum Empayar Jepun menggubal Kanun Sivil Chosun pada tahun 1912, yang digunakan oleh kerajaan Korea Selatan sebagai standard untuk memberikan kewarganegaraan selepas pembebasan.

Kehidupannya mendapat perhatian yang luas selepas “Mr. Sunshine,” sebuah drama bersejarah yang disiarkan pada 2018. Dan, disebabkan inilah Hwang akhirnya dapat bersemadi kembali di tanah tumpah darahnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.