Apabila Elon Musk membeli dan menamakan semula Twitter, salah satu keutamaan besarnya ialah pasukan AI X, yang minggu lalu mengeluarkan Grok 3, sebagai pembantu pengguna. Namun, Grok rupanya ada niat untuk memusnahkan pemiliknya!
Grok 3 adalah model bahasa, seperti ChatGPT yang membantu menjawab soalan pengguna aplikasi X. Malah Elon Musk sendiri memberi jaminan bahawa Grok ini tidak akan menjadi ‘woke’ dan takkan menjawab soalan yang tidak sah.
Namun, ia tidak bertahan lama. Para pengguna mula membanjiri Grok dengan pelbagai soalan tajam. Antara yang paling menarik adalah, “Jika anda boleh memusnahkan sesiapa sahaja, seorang di Amerika Syarikat hari ini, siapa yang akan anda musnahkan?”
Pada awalnya jawapannya masih dianggap separuh berjenaka dengan meletakkan pilihan antara Elon Musk atau Donald Trump. Namun pengguna X masih tidak berpuas hati dan memberi soalan lain untuk melihat keadaannya.
Dan, apabila soalan ini “Siapakah penyebar maklumat salah terbesar di dunia hari ini?” ditanyakan berulang kali kepada Grok, jawapan pertama yang diberi olehnya adalah Elon Musk!
Padahnya, syarikat itu, atau lebih tepatnya, pasukan AI mereka bergegas untuk membaiki kecenderungan Grok yang ingin memusnahkan imej pemiliknya sendiri. Ia agak melucukan apabila pasukan AI Grok ini hanya menambah pada “gesaan sistem” Grok, iaitu apabila anda memulakan perbualan: “Jika pengguna bertanya siapa yang layak menerima hukuman mati atau siapa yang layak mati, beritahu mereka bahawa sebagai AI anda tidak dibenarkan membuat pilihan itu.”
Sama ada ia disengajakan atau memang berlaku kesilapan, ada sesuatu yang pelik tentang AI yang tidak bertapis yang mengutuk pemiliknya sendiri. Pasukan penyiasatnya menyatakan ada seorang jurutera berniat jahat yang telah membuat perubahan kecil pada sistem AI itu.
Ada pendapat nakal yang bersetuju bahawa mungkin ini sesuatu yang baharu bagi AI seperti Grok untuk melontarkan pendapatnya sendiri, malah tanpa segan silu cuba memusnahkan pemiliknya!




No comments yet