Al-Alaq: Segumpal Darah
Surah Al ‘Alaq terdiri daripada 19 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah. Ayat 1 hingga 5 dari surat ini adalah ayat-ayat Al Quran yang pertama sekali diturunkan, iaitu di waktu Nabi Muhammad s.a.w. berkhalwat di gua Hira’. Surah ini dinamai Al ‘Alaq (segumpal darah), diambil dari perkataan Alaq yang terdapat pada ayat 2 surat ini. Surat


