Zom100 ialah anime dan filem live-action yang pernah trending kat Netflix. Apa best citer ni? Selain daripada tona warna yang hidup dan perjalanan plot yang laju, Zom100 mengkritik budaya kerja Jepun yang toxic.

Kisahnya tentang seorang kerani berusia 24 tahun. Akira Tendou nama diberi. Dia mula kehilangan semangat hidup apabila terbeban dengan kerja pejabat yang terus berkitar dan tidak berakhir. Berkali-kali bayangan Karoshi dan Karo-Jisatsu bermain dalam fikirannya. Sampailah pada suatu hari, zombie apocalypse melanda Jepun. Sepatutnya dia rasa cemas la kan, tapi sebaliknya Akira Tendou rasa lega dan gembira sebab tak payah lagi masuk pejabat.

Karoshi bermaksud kerja sampai mati. Literally, di sana ada orang yang kerja dari siang ke malam, malam ke siang dan akhirnya ke alam barzakh. Mati kepenatan sebab terlampau penat bekerja.

Kajian dari kerajaan Jepun menunjukkan, 1 daripada 5 pekerja mereka ada risiko mengalami karoshi. Sekitar 20% syarikat Jepun mengerah pekerja mereka untuk bekerja lebih 80 jam overtime dalam sebulan.

Karo-Jisatsu pula bermaksud bunuh diri keranaterlalu letih bekerja. Inilah budaya kerja Jepun yang membunuh semangat hidup anak muda sana. Semuanya sebab tekanan untuk menepati deadlines yang ketat dan mematuhi jangkaan masyarakat. Ia boleh membawa kepada masalah kesihatan mental yang teruk dan penghujungnya bunuh diri. Kematian yang menyayat hati ini adalah peringatan yang jelas tentang keperluan mendesak untuk menangani beban kerja yang terlampau banyak.

Kajian menunjukkan, pekerja yang melakukan karo-jisatsu biasanya bekerja 100 jam overtime setiap bulan. Tahun 2022 sahaja, sejumlah 2,968 orang bunuh diri kerana masalah yang berkait dengan tempat kerja.

Kenapa jadi macam ni sekali?

Selama beberapa dekad, Jepun bergelut dengan kekurangan pasaran buruh. Puncanya? Kejatuhan gelembung ekonomi Jepun pada tahun 1990-an yang diikuti oleh kemelesetan global. Dalam usaha untuk mengurangkan kos, syarikat Jepun mengambil jalan keluar dengan penstrukturan semula korporat.

Orang pun terlampau sibuk bekerja sampai malas nak berkeluarga. Tenaga kerja mula berkurangan kesan daripada populasi negara semakin berkurangan. Generasi baby boomer yang dahulunya produktif sekarang bekerja di luar tenaga optimum. Malah, Jepun kini mempunyai nisbah warga emas tertinggi di dunia.

Akibat kekurangan tenaga kerja dan kemerosotan produktiviti ini menyebabkan beban yang besar kepada tenaga kerja. Pekerja berdepan dengan tuntutan dan tekanan yang berat. Diorang bukan sahaja dikehendaki bekerja berjam-jam tetapi juga berhadapan dengan beban kerja yang melampau dan tekanan sosial.

Menjelang tahun 2004, 12% penduduk Jepun mendapati diri mereka bekerja 60 jam atau lebih setiap minggu.

Henyak sampai lunyai?

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Zombie sebenarnya menakutkan, tapi dalam anime ni jadi ceria pulak. Kalau wabak melanda dunia, apa korang buat? Cuba baca apa jadi semasa wabak berleluasa dalam THE PLAGUE. Klik https://bit.ly/ThePlagueShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply