Sino-Tibetan adalah sebuah keluarga bahasa yang merangkumi kawasan Asia Timur Laut, Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Tengah. Proto-Sino-Tibetan adalah bahasa tiruan yang dicipta daripada ciri-ciri umum yang terdapat dalam bahasa kumpulan tersebut. Contoh bahasa yang dikelaskan dalam bahasa ini adalah bahasa Mandarin, Kantonis, Hakka, Burma, Tibet, Karen dan sebagainya. Artikel ini membincangkan tentang perkataan dalam bahasa moden yang berasal daripada perkataan warisan dalam Sino-Tibetan.
Antara perkataan yang terdapat dalam Proto-Sino-Tibetan adalah *Kja(j)H. Perkataan tersebut adalah bermaksud “ais” ataupun “untuk beku” dalam bahasa tersebut. Lambang asterisk (*) diletakkan sebelum perkataan tersebut untuk menandakan perkataan itu tidak digunakan, direkod ataupun digunakan lagi. Terdapat beberapa bahasa moden yang mempunyai perkataan warisan *Kja(j)H.
Antara bahasa moden yang mempunyai perkataan warisan *Kja(j)H adalah Bahasa Mandarin. Bahasa Mandarin ataupun nama asalnya, Guānhuà (官话 / 官話) adalah bahasa Cina di bawah cabang Sino-Tibetan yang dituturkan lebih 1 bilion orang di seluruh dunia pada tahun 2013. Perkataan *Kja(j)H dalam Proto-Sino-Tibetan telah berevolusi menjadi “zhī (脂)” yang bermaksud “lemak”.
Bahasa Kantonis adalah antara bahasa moden yang mempunyai perkataan warisan *Kja(j)H. Bahasa Kantonis ataupun nama asalnya, “Gwóngdūng wá (廣東話 / 广东话)” adalah Yue Cina di bawah cabang Sino-Tibetan yang dituturkan oleh 72 juta orang di seluruh dunia khususnya China, Malaysia, Hong Kong dan sebagainya. Perkataan *Kja(j)H dalam Proto-Sino-Tibetan telah berevolusi menjadi “jī (脂)” yang bermaksud “lemak”.
Bahasa Hakka adalah antara bahasa moden yang mempunyai perkataan warisan *Kja(j)H. Bahasa Hakka ataupun nama asalnya, “Hak-kâ-fa (客家話 / 客家话)” adalah bahasa Cina di bawah cabang Sino-Tibetan yang dituturkan oleh 40 juta orang di tenggara China, Taiwan, Hong Kong dan seluruh dunia. Perkataan *Kja(j)H dalam Proto-Sino-Tibetan telah berevolusi menjadi “zii´ (脂)” yang bermaksud “lemak”.
Bahasa
Hokkien adalah antara bahasa moden yang mempunyai perkataan warisan *Kja(j)H.
Bahasa Hokkien ataupun nama asalnya, “Hok-kiàn-ōe (福建話 / 福建话)” adalah
bahasa Min Cina di bawah cabang Sino-Tibetan yang dituturkan oleh 15 juta orang
ataupun
70% penduduk di Taiwan. Perkataan *Kja(j)H dalam Proto-Sino-Tibetan telah berevolusi menjadi “chi (脂)” yang bermaksud “lemak”.
Bahasa Burma adalah antara bahasa moden yang mempunyai perkataan warisan *Kja(j)H. Bahasa Burma ataupun nama asalnya, “mranmabhasa ( )” adalah bahasa Lolo-Burma di bawah cabang Sino-Tibetan yang dituturkan oleh 33 juta orang penutur di Myanmar pada tahun 2007. Perkataan *Kja(j)H dalam Proto-Sino-Tibetan telah berevolusi menjadi“kjaʔ (脂)” yang bermaksud “kuat”.
Bahasa Jingpho adalah antara bahasa moden yang mempunyai perkataan warisan *Kja(j)H. Bahasa Jingpho ataupun nama asalnya, “Jìngphòʔ gà ( )” adalah bahasa Sal di bawah cabang Sino-Tibetan yang dituturkan oleh 940 ribu orang penutur di Myanmar, China dan India pada tahun 2001. Perkataan *Kja(j)H dalam Proto-Sino-Tibetan telah berevolusi menjadi“lǝgji3” yang bermaksud “kebas”, “beku” dan “keras”.
Bahasa Tibet adalah antara bahasa moden yang mempunyai perkataan warisan *Kja(j)H. Bahasa Tibet ataupun nama asalnya, “Bod Skad (བོད་སྐད་)” adalah bahasa Tibeto-Kanauri di bawah cabang Sino-Tibetan yang dituturkan oleh 1.2 juta orang orang penutur di
China, India dan Nepal. Perkataan *Kja(j)H dalam roto-Sino-Tibetan telah berevolusi menjadi “ khja(s)-pa” yang bermaksud “beku” dan “tebal”.
Kesimpulannya, itu adalah antara
perkataan warisan Proto-Sino-Tibetan yang dapat ditemui dalam pelbagai bahasa
moden. Setiap bahasa mempunyai makna yang berbeza walaupun sebutan yang hampir
sama. Walaupun kesemua bahasa tersebut adalah dikelaskan di dalam kumpulan yang
sama, namun tiada kebolehfahaman bersama (Mutual Inteligibility) antara mereka.
Jika ada pun, teramatlah terhad.
RUJUKAN:
1. Tibetan in Omniglot. Retrieved March 24, 2019 from https://www.omniglot.com/writing/tibetan.htm
2. Jingpho in Omniglot. Retrieved March 24, 2019 from https://www.omniglot.com/writing/jingpho.htm
3. Burmese in Omniglot. Retrieved March 24, 2019 from https://www.omniglot.com/writing/burmese.htm
4. Taiwanese in Omniglot. Retrieved March 24, 2019 from https://www.omniglot.com/chinese/taiwanese.htm
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
5. Hakka Chinese in Omniglot. Retrieved March 24, 2019 from https://www.omniglot.com/chinese/hakka.htm
6. Cantonese Chinese in Omniglot. Retrieved March 24, 2019 from https://www.omniglot.com/chinese/cantonese.htm
7. Mandarin Chinese in Omniglot. Retrieved March 24, 2019 from https://www.omniglot.com/chinese/mandarin.htm
8. The Sino-Tibetan LanguagE Family. Retrieved March 24, 2019 from http://stedt.berkeley.edu/about-st.html
9. Long-range etymologies:. Retrieved March 24, 2019 from http://starling.rinet.ru/cgi-bin/response.cgi?root=config&morpho=0&basename=\data\eura\globet&first=221