Tahukah anda, pada pertengahan tahun 1300an merupakan masa yang sangat mencabar untuk penduduk Asia dan Eropah. Mana tidaknya, sejenis masalah telah menular dengan jayanya di kawasan sana. Masalah yang dimaksudkan adalah Black D3ath.

Black D3ath adalah masalah yang melanda dunia Asia dan Eropah. Ianya bermula dari peta moden China pada awal tahun 1340an sebelum merebak ke India, Parsi, Syria, Mesir dan Eropah pada bulan Oktober tahun 1347 Masihi.

Di Eropah, Black D3ath bermula dari sebuah kapal yang berlabuh di Pelabuhan Messina di Sicilia. Orang ramai yang berada di kapal berkenaan terkejut dengan penemuan kebanyakan kelasi. Kelasi tersebut pergi buat selama-lamanya dalam keadaan fizikal yang menyayat hati.

Badan kelasi yang masih hidup pula dipenuhi oleh bisul berwarna hitam serta mengeluarkan darah dan nanah. Mereka mengalami demam, menggigil, muntah, cirit-birit, kesakitan yang melampau sebelum “morti”. Untuk pengetahuan semua, “morti” membawa maksud “pergi untuk selama-lamanya” dalam Bahasa Sicilia.

Tindakan pihak berkuasa Sicilia untuk menghalau kapal tersebut dari pelabuhannya tidak lagi mampu menyelamatkan mereka daripada masalah Black D3ath yang melanda benua Eropah. Walhal, tahun-tahun sebelumnya penduduk Eropah telah mendengar khabar tentang masalah yang berlaku di kawasan Laluan Sutera.

Black D3ath bukan sahaja mer4gut 20 juta yakni sepertiga penduduk benua Eropah pada masa itu. Kewujudan bahasa-bahasa tertentu di benua tersebut juga mengalami kesannya. Persoalannya, bahasa apakah yang menerima kesannya akibat Black D3ath?

BAHASA PERANCIS

Bahasa berkenaan bukanlah yang segelintir kita pelajari di mana-mana institusi pendidikan. Bahasa Perancis yang kita pelajari adalah berdasarkan “loghat” Paris ataupun nama asalnya, Parisien [pa.ʁi.zjɛ̃]. Bahasa Perancis yang dimaksudkan adalah Bahasa Norman Perancis ataupun nama asalnya, “Normaund”.

Penaklukan Norman ke atas England pada tahun 1066 Masihi telah mengubah bahasa rasmi kawasan tersebut kepada Bahasa Perancis. Bahasa Perancis digunakan dalam bidang perundangan dan kenegaraan. Bahasa ini dianggap berprestij di sana manakala kebanyakan yang lain dianggap keji.

Sehingga separuh daripada keseluruhan penduduk England pergi buat selama-lamanya akibat Black D3ath. Ramai daripada golongan atasan menerima nasib tersebut di sana. Golongan Atasan tersebut menjadikan Bahasa Perancis sebagai bahasa ibundanya.BAHASA INGGERIS

Ketika England di bawah kekuasaan Norman, Anglo-Saxon dan Keltik masih berterusan menggunakan bahasa masing-masing. Bagi Norman, mereka dianggap sebagai hina. Penghinaan tersebut berlangsung selama beratus-ratus tahun.

Sebahagian golongan hina tersebut mempunyai daya ketahanan diri yang lebih tinggi dalam melawan masalah Black D3ath. Pekerjaan yang sukar dalam pertanian memungkinkan terhasilnya daya berkenaan. Kemudiannya, Bahasa Inggeris pula mendominasi Perancis dan Keltik di England.

Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa rasmi di England. Bahasa tersebut digunakan secara meluas dalam segala sudut. Walaubagaimanapun, Inggeris Pasca-Norman adalah berbeza dengan Pra-Norman. Mereka beralih daripada “Inggeris Kuno (Ænglisc)” kepada “Inggeris Tengah (Englisch)”.

PERALIHAN BUNYI VOKAL BESAR

Peralihan Bunyi Vokal Besar ataupun “Great Vowel Shift” adalah suatu siri perubahan bunyi dalam Bahasa Inggeris. Perubahan tersebut berlaku dari tahun 1350 sehingga 1700 Masihi.

Ketika Black D3ath menjamah England, penutur Bahasa Inggeris dan keluarganya berusaha sedaya upaya untuk melarikan diri daripada pergi untuk selama-lamanya. Ketika lari, mereka barangkali bertemu dengan komuniti Inggeris yang lain.

Untuk merapatkan jurang masalah bahasa, mereka mengubah sebutan vokal ke arah lebih piawai. Antaranya adalah, bunyi [eː] berubah menjadi [iː]. Sebagai contohnya, perkataan “meet” yang bermaksud “jumpa” telah berubah daripada sebutan [meːt] kepada [miːt].

Peralihan tersebut melahirkan fasa baharu iaitu Bahasa Inggeris Moden (English). Penjajah British membawa “English” ke seluruh dunia termasuk Tanah Melayu ketika zaman zaman kegemilangannya dalam penjajahan. Pada masa kini, “English” yang diambil daripada piawaian “loghat” selatan England itu sedang dipelajari orang di seluruh dunia.

BAHASA LATIN


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Selain Bahasa Perancis Norman (Normand), Bahasa Latin ataupun “LINGVA LATINA” juga adalah bahasa yang berprestij di England. Bahasa tersebut digunakan dalam pelbagai tempat seperti gereja sekolah dan lain-lain. Sayangnya tidak semua penduduk bawahan tahu berbahasa Latin.

Kedatangan Black D3ath mer4gut sebahagian besar pendita dan penutur bahasa Latin. Seperti Normand, pengguna LINGVA LATINA juga menjunam dengan jayanya. Justeru, Bahasa Inggeris mengambil alih sebagai bahasa berprestij.

Golongan yang berpendidikan Latin pergi buat selama-lamanya kerana Black D3ath lalu digantikan dengan pengajar tempatan. Pengajar tempatan yang mengajar dalam bahasanya mempercepatkan lagi pemergian Bahasa Latin.

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah antara kesan Black D3ath kepada bahasa di Eropah. Dengan izin Allah SWT melalui Black D3ath, pastinya salah seorang pemenang tidak akan dapat memasuki persada dunia. Boleh dikatakan, Bahasa Inggeris adalah antara pemenang di sebalik kemelut yang berlaku pada suatu masa dahulu.

Peringatan untuk diri sendiri juga, “Setiap yang berlaku ada hikmahnya”. Wallahualam.

RUJUKAN:

4 reasons black d3ath wasn’t bad. Dicapai pada 9hb Mac 2020 dari https://historycollection.co/4-reasons-black-d3ath-wasnt-bad/4/

Influences of the Black D3ath on the Great Vowel Shift. Dicapai pada 9hb Mac 2020 dari http://m.fx361.com/news/2019/0412/4948121.html

Did The Black D3ath Give Life To The English Language? Dicapai pada 9hb Mac 2020 dari https://www.bloomsbury-international.com/blog/2016/08/02/did-the-black-d3ath-give-life-to-the-english-language/

Middle Ages: Black D3ath. Dicapai pada 9hb Mac 2020 dari https://www.google.com/amp/s/www.history.com/.amp/topics/middle-ages/black-d3ath

Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.