Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “keagamaan” ditafsirkan sebagai “perihal agama”. Siti Nurhaliza ataupun nama penuhnya Dato’ Sri Siti Nurhaliza Binti Taruddin adalah seorang penyanyi dan ahli perniagaan yang lahir pada hari Khamis bertarikh 11 Januari 1979. Artikel ini membincangkan tentang tafsiran penulis mengenai perihal agama dalam sebahagian lagu yang dinyanyikan oleh pemenang pertandingan Juara Bintang tahun 1995.

Nian Di Hati adalah lagu pop keluaran Suria Records sepanjang 5 minit 9 saat yang pertama kali dinyanyikan beliau pada tahun 1999. Dalam sudut bahasa, “nian” bermaksud “terlalu sangat, amat, benar ataupun sungguh” menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Lagu dan Senikata yang masing-masing digubah dan dicipta oleh Azmeer dan Azam Dungun itu mengisahkan tentang kehidupan manusia selepas bercerainya roh dari badan.

Penulis mentafsir ayat “Kasih Sepantun Tulisnya Sudah” sebagai “dua kalimah Syahadah” manakala rangkap “Sungguh bererti kasih dan sayang, Seribu sumpah kau tunaikan, Cinta berkurun kasih berzaman, Kerana sayang ku turutkan”  sebagai “nilai ketaatan seorang hamba sepanjang hidup di dunia dalam menghadap Allah yang Aw-Wafi (Maha Menepati Janji) di akhirat”.  Jika dibandingan dengan ketakutan manusia di akhirat dengan guruh di dunia, sengeri-ngeri guruh cumalah sekadar puisi penenang hati yang lembut.

Badarsila adalah lagu Irama Malaysia keluaran Suria Records sepanjang 5 minit 36 saat yang pertama kali dinyanyikan beliau pada tahun 2002. Dalam sudut bahasa, “badar sila” bermaksud “kain putih yang halus” menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Lagu dan Senikata yang masing-masing digubah dan dicipta oleh Suffian Faidzal dan Logkha itu mengisahkan tentang wanita cantik (Kesuma) yang merindui perhubungan (Wasilah) dengan penciptanya.

Penulis mentafsir rangkap “Sampai keresahan, Dari jiwaku keliru, Moga dilimpahi, Rindumu selalu” sebagai harapan memperoleh kebaikan daripada zat yang disembah di sebalik ketidaktenangan hati manakala “Sinar menerangi, Terasa dingin bak salju, Lamaran nurani, Menyentuh hatiku” sebagai orang yang telah mendapat impian nikmat daripada Tuhan.

Nirmala adalah lagu Irama Malaysia keluaran Suria Records sepanjang 5 minit 36 saat yang pertama kali dinyanyikan beliau pada tahun 2002. Dalam sudut bahasa, “nirmala” bermaksud “bersih, suci, tidak bernoda” menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.

Lagu dan Senikata yang masing-masing digubah dan dicipta oleh Pak Ngah dan Che’Kem itu mengisahkan tentang perjuangan Nabi Muhammad SAW (570-632) ketika berdakwah di Mekah dan Madinah. Penulis mentafsir rangkap “Diciptakan seorang insan, Lembut hati bak redup pandangan, Pabila berkata, Seluruh alam menyaksikan kesyahduan, Bagai tersentuh rasa percaya,

Tika terdengarkan” sebagai perwatakan baginda sebagai seorang yang al-amin (Orang yang dipercayai) manakala “Biar panas membakar, Biar ranjau mencabar, Telah mekar hati seindah purnama, Dipujuk segala rajuk, Sepi rindu adakala, Meracun imannya” sebagai cabaran dakwah baginda yang ditentang dari segala arah.

Dialah Di Hati adalah lagu pop keluaran Suria Records sepanjang 4 minit 22 saat yang pertama kali dinyanyikan beliau pada tahun 2004. Lagu dan Senikata yang masing-masing digubah dan dicipta oleh Aidit Alfian dan Habsah Hassan itu mengisahkan tentang seorang hamba yang telah bertaubat setelah melakukan dosa untuk sekian lamanya.

Penulis mentafisir rangkap “Mengapakan diri dijadikan sasaran, Sekilas pandangan pelbagai andaian, Sungguh terkilan” sebagai cercaan dan cacian orang ramai terhadapnya manakala “Kendati selautan segunung, Permata di kanan dan kiri, Selagi jantungku berdegup hingga, Tiba saat terhenti, Dialah dihati” sebagai orang tersebut akan tetap berusaha dalam mendalami agama selagi hidup walaupun digoda oleh kemewahan dunia.

Akhir sekali, Ku Percaya Ada Cinta adalah lagu keluaran Suria Records sepanjang 4 minit 38 saat yang pertama kali dinyanyikan beliau pada tahun 2009. Lagu dan Senikata yang masing-masing digubah dan dicipta oleh Audi Mok dan Habsah Hassan itu mengisahkan tentang menemui cinta yang hakiki. Penulis mentafsir rangkap “Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati, Tidak hati ini, Semenjak dari mula, Ku yakin ada cinta, Cintalah yang memungkinkan segala” sebagai keyakinan seseorang tentang kewujudan sayang yang sejati sejak azali.

Manakala “Pandang-pandang alam ini, Sambil pandang difikiri, Mana bumbung langit tinggi, Mana lantai bumi, Tiap satu yang terjadi, Tidak mungkin tersendiri, Cuba cari jawapannya andai meragui” sebagai penghayatan seseorang kepada alam sekeliling yang tercipta oleh zat Maha Berkuasa tanpa sempadan.

Kesimpulannya, itu adalah antara unsur keagamaan yang terdapat dalam sebahagian lagu Siti Nurhaliza. Barangkali, tafsiran penulis artikel ini tidak tepat sama sekali dan tidak dinafikan ada yang mentafsir lagu berkenaan sebagai perasaan cinta antara perempuan terhadap lelaki.  Apa pendapat anda tentang lagu-lagu berkenaan? Sila berikan maklumbalas anda kepada kami.

RUJUKAN:

Lirik Ku Percaya Ada Cinta – Siti Nurhaliza. Retrieved October 10, 2019 from https://www.1liriklagu.com/lirik-ku-percaya-ada-cinta-siti-nurhaliza/

Badarsila ~ Siti Nurhaliza. Retrieved October 10, 2019 from http://zonelirikmania.blogspot.com/2019/02/badarsila-siti-nurhaliza.html

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) – badar sila. Retrieved October 10, 2019 from  http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=badar+sila

Lirik Lagu Dialah Di Hati – Siti Nurhaliza. Retrieved October 10, 2019 from https://lirik.kapanlagi.com/artis/siti-nurhaliza/dialah-di-hati/

Nirmala – Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Retrieved October 10, 2019 from https://genius.com/Dato-sri-siti-nurhaliza-nirmala-lyrics

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) – Keagamaan. Retrieved October 10, 2019 from  http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Keagamaan

Siti Nurhaliza – Biography by Chris True. Retrieved October 10, 2019 from https://www.allmusic.com/artist/siti-nurhaliza-mn0001248347

Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Nian Di Hati. Retrieved October 10, 2019 from https://genius.com/Dato-sri-siti-nurhaliza-nian-di-hati-lyrics

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) – Keagamaan. Retrieved October 10, 2019 from  http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Keagamaan

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) – Nian. Retrieved October 10, 2019 from  http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Nian


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.