The 100 (sebutan The Hundred) ialah siri televisyen yang disiarkan di CW bermula dari 2014 sehingga kini. Siri ini kurang popular berbanding Siri Game of Thrones ataupun The Walking Dead kerana kurang capaian platform popular seperti HBO atau Fox, namun ia menjadi popular selepas siri ini ditayangkan di Netflix.
Dengan bergenrekan Pos-Apokalips, siri ini menjadi hangat diperbualkan selepas musim keenam melabuhkan tirainya kerana kehebatan pembikin filem ini yang menyiarkan filem sains fiksyen ini dengan pelbagai pertukaran plot, adegan-adegan thril, seni mempertahankan diri, kemandirian hidup, mahupun pelbagai misteri sains fizik yang logik.
Siri The 100 diilhamkan daripada Novel ciptaan penulis Amerika Syarikat iaitu Kass Morgan, dengan siri novelnya yang mula diterbitkan pada 2013, The 100. Walaubagaimanapun, jika anda membaca novel tersebut, semestanya agak berbeza dengan siri televisyen, dengan plot yang berbeza dan kawalan watak juga tidak sama. Penerbit Siri Televisyen The 100, Jason Rotherberg memasukkan pelbagai elemen yang menarik supaya bersesuaian dengan siri ini.
Apa yang lebih menarik berkenaan dengan The 100 ini ialah fakta sains yang logik dan memasukkan elemen-elemen terperinci dalam siri ini, seperti nama bandar Ton DC dan Polis dalam siri ini dan 12 buah negara yang ada stesen angkasa pada tahun 2052 ni pun bukan main petik sahaja, tetapi negara-negara tersebut sememangnya mempunyai inisiatif angkasa yang agak canggih, termasuklah Negara Venezuela dan Uganda.
Negara Uganda telah memajukan inisiatif angkasanya pada Tahun 2014 kerana kedudukannya yang berada di Khatulistiwa dan mempunyai ruang yang cukup besar untuk pelancaran kapal angkasa yang membawa stesen angkasa ke ruang angkasa, walaupun kini negara mereka sedang mengalami konflik dalaman dan perang saudara.
Sinopsis The 100 (Spoiler Alert)
“Berlaku sembilan puluh tujuh tahun selepas perang nuklear yang memusnahkan ketamadunan, apabila kapal angkasa yang menjadi kediaman manusia terakhir yang mandiri (survive), menghantar 100 pesalah juvana kembali ke bumi, dengan harapan kemungkinan menghuni semula planet tersebut” – Sinopsis ringkas CW.
Siri ini bermula selepas 97 tahun perang nuklear memusnahkan dunia dan menjadikan ia sebuah planet yang tidak lagi sesuai didiami. Manusia yang masih hidup hanyalah mereka yang mendiami dua belas stesen angkasa yang mengorbit bumi sebelum perang nuklear bermula. Dua belas buah kapal angkasa ini bergabung bermula apabila Stesen Angkasa Mir-3 (Rusia) menghampiri Stesen Angkasa Senzhen (China) dan mendapati lebih sesuai apabila bergabung berbanding bersendirian.
Oleh itu, stesen angkasa lain juga merasakan perkara yang sama dan akhirnya pada 1 Oktober 2054, semua stesen tersebut bergabung membentuk satu stesen yang dipanggil The Ark (Perahu) dengan hanya 400 orang sahaja manusia terakhir yang bermandiri di angkasa tersebut. 97 tahun selepas perang nuklear bukanlah suatu tempoh yang sekejap. Bangsa manusia telah hidup di stesen tersebut selama tiga generasi yang dilahirkan di dalam stesen angkasa tersebut.
Stesen angkasa tersebut mempunyai peraturan yang sangat ketat, hanya kerana untuk memastikan manusia kekal hidup. Semua kesalahan kecil atau besar bagi orang dewasa, mereka akan diapungkan di ruang angkasa (dibunuh dengan cara mencampakkan orang itu ke angkasa lepas). Pesalah juvana pula (bawah 18 tahun) akan dikurung di dalam kotak angkasa (skybox) sehinggalah mencapai umur 18 tahun.
Dalam cerita ini, ibu Bellamy Blake diapungkan semata-mata kerana memiliki dua anak (Bellamy dan Octavia) dan ayah Clarke Griffin diapungkan kerana dituduh pengkhianat hanya kerana ayahnya mahu menyebarkan kebenaran berkenaan dengan keadaan stesen angkasa mereka yang semakin tenat.
Maka, pihak majlis tertinggi (Council) The Ark bersetuju untuk menghantar 100 orang pesalah juvana ini kembali ke bumi untuk memastikan bumi sudah selamat ataupun belum selamat didiami. Mereka dijadikan bahan ujikaji. Dari peristiwa ini, siri ini dinamakan (The 100), dengan merujuk 100 orang ini yang akan melaporkan keadaan bumi apabila mereka sampai ke bumi. Antara mereka termasuklah Clarke Griffin, anak Councillor Abby Griffin dan Wells, anak Presiden The Ark, Thelonius Jaha.
Semasa pod angkasa yang membawa mereka kembali memasuki atmosfera bumi, ia terbakar dan menjunam dengan kuat menyebabkan dua orang yang tidak memakai tali pinggang keselamatan terpelanting, merosakkan fungsi pod dan terus meninggal dunia. Walaupun mereka mendarat dengan selamat, radio komunikasi telah hangus terbakar akibat impak pergeseran pod dengan atmosfera dan kerosakan yang berlaku akibat hentaman dua orang yang tidak memakai tali pinggang keledar tersebut.
Namun, mereka mendapati udara di bumi boleh dihirup dan bumi selamat didiami semula. Octavia Blake menjadi orang pertama yang menjejakkan kaki kembali ke bumi. Udara di bumi telah sesuai untuk mereka, tetapi mereka terpaksa berhadapan dengan haiwan mutasi yang pelik, besar dan ganas.
Mereka juga berhadapan dengan Grounders (Orang Bumi) yang terselamat dan bermandiri di bumi selepas perang nuklear tamat dan mereka juga berhadapan dengan ketidakpercayaan antara satu sama lain. Jika di The Ark, mereka semua ialah orang yang melanggar undang-undang, di bumi tiada undang-undang.
Jadi, perjalanan siri ini menjadi sangat menarik dengan pelbagai konflik, drama dan keputusan Bellamy serta Clarke yang sukar dibaca. Banyak pertukaran plot dan Machiavellisme yang berlaku sepanjang enam musim cerita ini.
Walaupun The 100 merupakan karya Sains Fiksyen yang hebat, ia juga mengandungi pelbagai adegan buruk seperti keganasan melampau, budaya seks dan budaya songsang. Oleh itu, tidak digalakkan menonton siri ini dengan anak-anak yang masih kecil/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih