Ada berita baik untuk semua. Tamadun Sungai Batu disahkan oleh Professor Mokthar dalam kertas kajian dan pembentangannya bahawa Tamadun Sungai Batu telah disahkan berusia 788 SM, iaitu usia terbaru mengatasi angka 582 SM yang dibahaskan sebelum ini. Angka 788 SM ini sangat besar bagi kita umat Melayu. Justeru, artikel ini sebenarnya ditulis untuk memberi tahu anda kenapa Sungai Batu itu harus dipahat dalam jiwa.
- Tamadun Rom dikatakan didirikan pada sekitar 753 SM. Ini bermaksud Tamadun Melayu Sungai Batu adalah 36 tahun lebih tua daripada Rom diasaskan oleh adik beradik Remulus dan Romulus.
- Sungai Batu adalah 12 tahun lebih tua daripada Sukan Olimpik pertama yang dimainkan dalam sejarah pada tahun 776 SM.
- Sungai Batu adalah 18 tahun lebih tua daripada permulaan zaman Dinasti Zhou Timur ( 770-221 SM), dan 17 tahun lebih tua daripada permulaan Zaman Musim Bunga Dan Luruh yang baru bermula di China menandakan China kembali tercampak ke kancah Perang Saudara.
- Sungai Batu adalah 66 tahun lebih tua daripada era pemerintahan Raja Sargon (722-705 SM), raja Empayar Assyria yang telah menakluk kerajaan Bani Israel, Babylon dan menyatukan meluaskan jajahan takluk Assyria.
- Sezaman dengan kerajaan Olmec di Mesomaerika yang membina piramid-piramid mereka tersendiri.
- Lebih muda daripada era tertubuhnya negara kota Carthage (814 SM) dalam beberapa puluh tahun. Carthage inilah yang akan melahirkan jeneral hebat bernama Hannibal (247 SM – tarikh lahir) yang akan diingati sebagai petanding utama Empayar Rom.
- 187 tahun lebih tua daripada lahirnya Cyrus The Great, pengasas Empayar Parsi yang lahir pada 601 SM dan memerintah Parsi pada
559–530 SM.
- Dipercayai bahawa usia Tamadun Batu ini adalah sezaman dengan garis masa Nabi Yunus A.S diutuskan untuk berdakwah kepada penduduk Nineveh.
- 187 tahun lebih awal dari kelahiran pengasas ajaran Taoism iaitu Lao Tzu (601 SM) dan juga 237 tahun lebih tua daripada era kelahiran Confucius (551 SM), pengasas ajaran falsafah Confucius yang terkenal di China ketika itu. Sungai Batu juga wujud 225 tahun lebih tua daripada kelahiran Gautama Buddha (563 SM).
- Ketika Sungai Batu berdiri, di Mesir Purba sedang dalam fasa Dinasti Ke-22. Firaun yang memerintah Mesir Purba ketika itu bernama Shoshenq V (778–740 SM).
- 188 tahun lebih tua daripada era Mahajanapadas (600 – 300 SM) yang dimana menyaksikan India memiliki 16 kerajaan yang baru lahir. Ini juga menyaksikan Sungai Batu adalah 488 Tahun lebih tua dari era Sanggam (sekitar 300 SM), era tertua tamadun Tamil di selatan India yang dapat dibuktikan. Ketika waktu ini, tiga kerajaan Chola, Pandyan dan Chera menguasai Selatan India.
- 128 tahun lebih tua daripada era pemerintahan Maharaja Pertama Jepun iaitu Jimmu (660-585 SM).
- Sungai Batu berdiri sezaman dengan Kerajaan Judah Bani Israel di Palestine pada hari ini. Raja Amaziah memerintah Judah ketika itu. Orang Yahudi percaya bahawa pengasas kerajaan ini merupakan Nabi Daud A.S dan salasilah raja-raja yang memerintah dapat dijejak sehingga ke Nabi Daud dan Sulaiman A.S.
- Sezaman dengan era Yunani, dan bermula beberapa puluh tahun lebih awal selepas Yunani keluar daripada zaman gelap ( 1100 – 800 SM) mereka dan mula memasuki era Archaic Greece (800 – 400 SM).
- 400 ratus tahun lebih awal daripada Kerajaan Arab Nabatea ( 300 SM – 106 Masihi) yang membina Petra Jordan yang terkenal itu.
- 800 ratus tahun lebih awal daripada kelahiran Nabi Isa A.S dan 1400 tahun lebih awal daripada kelahiran Rasulullah S.A.W.
- Dan ini membuktikan bahawa Bangsa Melayu telah membina peradaban yang hebat pada zamannya sezaman dengan bangsa hebat lain dan lebih awal daripada kebanyakan bangsa di dunia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih