FSI adalah singkatan kepada Institut Perkhidmatan Asing. FSI adalah sebuah institusi latihan utama kerajaan persekutuan Amerika Syarikat untuk pekerja komuniti hal ehwal asing di negara tersebut. Institusi yang ditubuhkan pada tarikh 13 Mac 1947 di Arlington, Virginia itu telah menawarkan 800 kursus termasuk lebih dari 70 bahasa asing kepada lebih 100 ribu pelajar pada setiap tahun. FSI telah mengkelaskan puluhan bahasa dari seluruh dunia berdasarkan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Inggeris. Berikut adalah bahasa dan tahap kesukarannya berdasarkan lidah Inggeris

FSI telah mengkelaskan beberapa bahasa dalam “Category I”. Bahasa-bahasa dalam kelas ini adalah berkait rapat dengan bahasa Inggeris. Bahasa tersebut adalah Afrikaans, Denmark, Belanda, Perancis, Itali, Norway, Portugis, Romania, Sepanyol dan Sweden. Mereka mengambil masa selama 23-24 minggu ataupun 575-600 jam untuk fasih dalam mana-mana bahasa dalam kelas itu. Kosa kata bahasa Perancis mudah dipelajari manakala cara sebutan menjadi salah satu cabaran kepada mereka.  Hal ini kerana, kosa kata bahasa Inggeris terdiri daripada hampir 30% bahasa Perancis serta cara sebutan tidak melambangkan ejaannya. Sebagai contoh perkataan oiseau (Burung) dan oiseaux (Burung-Jamak) disebut sebagai [wa.zo].

FSI telah mengkelaskan hanya satu bahasa dalam “Category II”. Bahasa dalam kelas ini adalah bahasa yang mirip dengan bahasa Inggeris. Bahasa tersebut adalah bahasa Jerman. Mereka mengambil masa 30 minggu ataupun 750 jam untuk fasih dalam kelas ini. Bahasa ini mudah dipelajari kerana sebahagian besar cara sebutan melambangkan ejaan manakala tatabahasanya lebih rumit. Kes Tatabahasa (Grammatical Case) dalam bahasa Jerman menjadi cabaran kepada penutur bahasa Inggeris kerana bukan sahaja kata nama, malah kata adjektif turut berubah bergantung kepada kes itu. Penggunaan artikel (a, an, the) turut berubah bergantung kepada jantina setiap kata nama atau adjektif dalam kes tersebut.

FSI telah mengkelaskan tiga bahasa dalam “Category III”. Bahasa dalam kelas ini mempunyai perbezaan secara bahasa dan budaya daripada Inggeris. Bahasa tersebut adalah bahasa Indonesia, bahasa Melayu dan bahasa Swahili. 36 minggu ataupun 900 jam masa diambil untuk mereka fasih dalam mana-mana satu bahasa dalam kelas itu. Bahasa Melayu dan Indonesia mudah dipelajari kerana tiada jantina (He, She, It) dan kes (Him, Her, It) manakala penggunaan imbuhan untuk membentuk perkataan merupakan cabaran kepada mereka. Dalam dunia sebenar, variasi bahasa merentasi kawasan penutur bahasa tersebut menjadi cabaran baharu kepada mereka.

Banyak bahasa telah dikelaskan dalam “Category IV” menurut FSI. Bahasa dalam kelas ini mempunyai perbezaan secara ketara dalam bahasa dan budaya daripada Inggeris. Bahasa tersebut adalah bahasa Albania, Amharik, Armenia, Azeri, Bengali, Bosnia, Bulgaria, Burma, Croatia, Czech, Estonia, Suomi, Kartuli, Yunani, Ibrani, Hindi, Magyar, Iceland, Khmer, Lao, Latvia, Lithuania, Macedonia, Mongol, Nepali, Pashto, Parsi, Poland, Rusia, Serbia, Sinhala, Slovak, Slovenia, Tagalog, Thai, Turki, Ukraine, Urdu, Uzbek, Vietnam, Xhosa dan Zulu. Mereka mengambil masa selama 44 minggu ataupun 1100 jam untuk fasih dalam mana-mana satu bahasa dalam kelas ini. Bahasa Rusia mudah dipelajari kerana kosa kata bahasa tersebut  seperti dva dan sistru boleh ditemui dalam bahasa Inggeris, two dan sister masing-masing. Cabaran kepada mereka adalah kes tatabahasa dan tulisan Sirilik.

Sebanyak empat bahasa telah dikelaskan sebagai  “Category V” oleh FSI. Bahasa dalam kelas ini sangat sukar dipelajari oleh penutur jati bahasa Inggeris. Bahasa tersebut adalah bahasa Arab, bahasa Kantonis, bahasa Mandarin, bahasa Jepun dan bahasa Korea. Mereka yang berada dalam institusi ini mengambil masa selama 88 minggu ataupun 2200 jam untuk fasih dalam mana-mana satu bahasa dalam kelas ini. Mereka perlu mempelajari sistem tulisan yang baharu kerana semua bahasa dalam kelas ini tidak menggunakan tulisan Latin. Mandarin dan Kantonis mempunyai 4-5 nada dan 6-9 nada masing-masing manakala Arab mempunyai bunyi mengeluarkan kahak dan dengung di mana setiap satunya menentukan makna. Dalam bahasa Jepun, aneka bacaan dalam Kanji menjadi cabaran besar kepada mereka.

Kesimpulannya, FSI telah mengkelaskan puluhan bahasa dalam lima kategori. “Category I” dikatakan paling mudah manakala “Category IV” paling sukar. Malah sesetengah bahasa lebih sukar daripada bahasa lain dalam kategori yang sama. Sebagai contoh dalam “Category V”, bahasa Jepun lebih sukar daripada bahasa Arab, bahasa Kantonis, bahasa Mandarin  dan bahasa Korea.

Artikel sumbangan Alam Bahasa untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.