Kalau korang pernah jejak Kubang Kerian, mesti korang nampak Istana Negeri Kelantan.
Tapi kalau korang pergi dalam sikit dekat kawasan tu, nanti korang jumpa Makam Tok Kenali.
Kebetulan harini pada 90 tahun yang lalu, Tok Kenali pulang ke rahmatullah.
Jadi untuk korang yang belum kenal. Siapa sebenarnya Tok Kenali ni?
Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad bin Abdul Samad atau Tok Kenali, nama yang tak asing lagi di bumi Nusantara.
Tok Kenali ialah ulama tersohor pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Beliau dilahirkan di Kubang Kerian atau nama asalnya adalah Kampung Paya di mukim Kenali, Kelantan pada 1287H/1871M.
Dari datuknyalah Tok Kenali belajar segala ilmu-ilmu asas. Ini merupakan peringkat terawal pendidikan Tok Kenali.
Di Kampung Kenali, Tok Kenali belajar ilmu Al-Quran, hafal syair serta pantun yang mengandungi nasihat dan saranan peribadi mulia.
Tok Kenali berjalan kaki tanpa kasut dari Kubang Kerian ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk menuntut ilmu dan dengan beberapa guru seperti Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Haji Salleh.
Sewaktu Tok Kenali berumur 18 tahun, beliau direzekikan Allah untuk menuntut ilmu di Mekah. Hanya RM22 dibekalkan untuk dibelanjakan selama 22 tahun.
Tiket kapal laut ke Mekah berharga rm50 dibiayai oleh penduduk kampung sekitar yang mengharapkan agar Tok Kenali berbakti kepada umat Islam keseluruhannya.
Tok Kenali menetap di Mekah selama 22 tahun. Beliau hanya tidur di serambi-serambi masjid selama 6 bulan lamanya.
Beliau sentiasa sertai halaqah ilmu di sekitar Masjidil Haram yang pada ketika itu terkenal dengan pengajian di tiang-tiang masjid.
Tok Kenali takde duit untuk beli kitab. Jadi, beliau akan ke kedai kitab untuk telaah dan hafal isi kandungan kitab tersebut.
Sehinggakan pernah ditegur oleh penjual kitab. Tok Kenali ceritakan perihal beliau lalu penjual tu faham dan benarkan untuk buat demikian.
Di Mekah, beliau belajar dengan ramai guru antaranya ulama-ulama Arab dari Mekah dan juga ulama dari Nusantara seperti Syeikh Wan Ahmad al-Fathani.
Ada satu cerita tentang Tok Kenali dan Syeikh Ahmad al-Fathani ni.
Tok Kenali duduk di belakang sekali tanpa sebarang kitab dan tidur didalam setiap majlis ilmu sehingga dikenali sebagai orang yang suka tidur dalam majlis ilmu.
Namun itu tiada masalah baginya kerana Tok Kenali akan telaah dan hafal isi kandungan kitab disertai dengan kefahaman.
Syeikh Ahmad bagi soalan yang susah kepada murid-muridnya untuk dijawab dan Syeikh yakin kesemua muridnya tidak dapat menjawab kecuali Tok Kenali.
Tok Kenali bangun dan ternyata menjawab kesemua soalan tersebut.
Terkejutlah para murid yang ada disitu kerana disangka orang yang sering tidur itu bukanlah calang-calang orang.
Soalan yang ditanya itu adalah soalan Tasawwuf Tinggi dan hanya mereka yang ‘sudah sampai’ kedudukan tersebut sahaja boleh menjawabnya.
Selepas kepulangan beliau ke Kelantan, Tok Kenali melebarkan dakwahnya di Tanah Melayu dan Nusantara.
Selain membuka pondok di Kubang Kerian, beliau tubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) pada tahun 1915.
MAIK merupakan majlis Islam yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu dan jadi contoh kepada negeri lain.
Beliau merupakan pengarang kehormat bagi Majalah Pengasuh dan menulis beberapa makalah dalam siaran awal majalah tersebut.
Majalah Pengasuh merupakan majalah Islam yang paling lama bertahan di Nusantara.
Majalah Pengasuh masih kekal diterbitkan hingga kini oleh Majlis Agama Islam Kelantan.
Bidang penulisan kitab pula, beliau menulis Risalatud Durril Mantsur, Madkhal Kamil fi ‘Ilmis Sharfi, Mulhiq li Miftahit Ta’allum fi I’rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah ‘ala Ratbih dan banyak lagi.
Pada jam 7 pagi Ahad, 2 Syaaban 1352H/19 November 1933M ketika berusia 65 tahun, beliau menghembuskan nafas terakhir. Jenazah Almarhum dikuburkan di Kubang Kerian, Kelantan.
Oleh: Azizul Farhan
___
Bercakap pasal dakwah, segala rintangan yang dihadapi Rasulullah juga perlulah kita jadikan tauladan dan pengajaran. Nak tahu lebih lanjut, dapatkan MUHAMMAD: DAKWAH DAN DIPLOMASI. Cepat borong di Shopee:

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply