Saintis di Kanada berjaya menemui fosil seekor makhluk laut purba yang bentuknya sangat pelik hingga digelar seperti Kaiju dari filem sains fiksyen.
Fosil itu dinamakan Mosura fentoni dan ditemui dalam lapisan batuan formasi Burgess Shale, salah satu tapak paleontologi paling penting di dunia. Kajian menunjukkan fosil ini berusia lebih 506 juta tahun, menjadikannya antara pemangsa tertua pernah direkodkan.
Mesti korang dah bayangkan saiz dia sebesar dinosaur kan? Sebenarnya, panjangnya hanya beberapa sentimeter sahaja. Struktur tubuh makhluk ini cukup kompleks. Ia mempunyai tiga mata yang terletak di kepala, satu di tengah dan dua di sisi.
Kombinasi mata ini dipercayai membolehkannya melihat persekitaran secara luas dan mengenal pasti pergerakan mangsa dengan cepat. Bentuk matanya yang besar dan bersegi juga menyerlahkan betapa pentingnya deria penglihatan dalam dunia purba laut dalam.
Bahagian depan badannya pula dilengkapi cakar melengkung yang tajam, seolah-olah tangan kecil pemangsa. Cakar ini digunakan untuk menyambar dan mencengkam mangsa yang berenang berdekatan.
Gigi halus yang tersusun rapi di mulut bulatnya menunjukkan ia memakan haiwan kecil di sekitarnya. Gerakan tubuhnya pula dibantu oleh flap di bahagian sisi badan, menjadikan pergerakannya licin dan tangkas seperti sotong moden.
Fosil ini termasuk dalam kumpulan radiodont, iaitu cabang awal kumpulan arthropod yang menjadi nenek moyang kepada ketam, udang dan serangga.
Mosura berkait rapat dengan Anomalocaris, pemangsa terkenal zaman Cambrian. Namun saiz Mosura lebih kecil, menjadikannya contoh unik evolusi miniatur dalam ekosistem purba.
Penemuan ini disahkan oleh Royal Ontario Museum dan diterbitkan dalam jurnal Royal Society Open Science. Ini bukan sekadar spekulasi atau kisah viral, tapi hasil kajian saintifik yang dijalankan secara menyeluruh menggunakan teknologi imbasan dan analisis mikroskopik.
Ia membuktikan bahawa kehidupan kompleks sudah wujud ratusan juta tahun lebih awal dari apa yang kita bayangkan.
Menariknya, Mosura mempunyai bentuk badan yang mengingatkan kepada rama-rama air. Sebab itu ia digelar sebagai “moth-like predator” dalam kalangan penyelidik.
Mata tiga dan gaya berenangnya yang pelik menjadikannya seolah-olah watak animasi dalam filem sains fiksyen, namun ini makhluk sebenar yang pernah hidup di dasar laut purba.
Fosil yang dijumpai ini sangat terpelihara hingga saintis boleh bina semula bentuk asal Mosura secara digital. Dari situ, mereka faham bagaimana ia bergerak, melihat dan memburu.
Penemuan ini juga bantu kita faham asal-usul sistem visual haiwan. Mata Mosura membuktikan bahawa keupayaan penglihatan canggih telah muncul lebih awal daripada dijangka.
Makhluk ini memberi petunjuk tentang bagaimana ekosistem awal terbentuk dan bagaimana pemangsa memainkan peranan penting sejak awal evolusi haiwan.
Ia juga bukti bahawa zaman Cambrian adalah tempoh letupan biodiversiti yang melahirkan banyak bentuk kehidupan pelik dan luar jangkaan.
Mosura bukan sekadar berita pelik dari dunia fosil. Ia simbol kepada betapa misterinya sejarah awal Bumi. Ia buka mata kita bahawa setiap inci batuan purba mungkin menyimpan cerita hebat yang menunggu untuk dibongkar oleh manusia yang sabar dan tekun.
Kalau zaman dahulu ada makhluk macam ni, kita kena akui betapa banyak lagi misteri yang belum terjawab. Dunia bawah tanah dan laut dalam masih penuh rahsia, dan sains moden baru je sentuh permukaan. Siapa tahu apa lagi yang tersembunyi di bawah kaki kita sekarang?

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ilmu, inspirasi, makna, ketepatan, dan keindahan.

Comments are closed.