Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “Reformasi” ditakrifkan sebagai “perubahan atau pembaharuan yang mengarah kepada keadaan yang lebih baik”. Setelah tumbangnya Empayar Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924, Mustafa Kemal Atatürk (1881-1938) yang merupakan presiden pertama Republik Turki dari tahun 1923 hingga 1938 telah melakukan banyak pembaharuan daripada pelbagai sudut. Bahasa adalah salah satu sudut dalam pembaharuan beliau. Artikel ini membincangkan tentang pembaharuan Atatürk terhadap Bahasa Turki.

Pembaharuan Atatürk terhadap Bahasa Turki boleh dilihat daripada segi jenis tulisan. Sehingga tahun 1928, Bahasa Turki ditulis dalam tulisan Arab-Parsi manakala setelah itu bahasa berkenaan ditulis dalam tulisan Latin. Huruf  “pe (پ)”, “çim (چ)”, “je (ژ)”, “gef (گ)” dan “nef (ڭ)” adalah yang unik dalam Arab-Parsi Turki manakala huruf “çe (Çç)”, “yumuşak ge (Ğğ)”, “ı (Iı)”, “i (İi)”, “ö (Öö)”, “şe (Şş)” dan “ü (Üü)” dalam Latin Turki. Justeru, pembaharuan Atatürk dalam Bahasa Turki boleh dilihat daripada segi tulisan.

Selain itu, pembaharuan Atatürk terhadap Bahasa Turki boleh dilihat daripada segi arah tulisan. Sehingga tahun 1928, tulisan Bahasa Turki dibaca dari arah kanan ke kiri manakala setelah itu dibaca dari arah kiri ke kanan. Arah bacaan dalam tulisan adalah tradisi dalam Arab-Parsi dan Latin masing-masing. Justeru, pembaharuan Atatürk dalam Bahasa Turki boleh dilihat daripada segi arah tulisan.

Di samping itu, pembaharuan Atatürk terhadap Bahasa Turki boleh dilihat daripada segi bentuk tulisan. Bahasa Turki yang ditulis dalam tulisan Arab-Parsi itu mempunyai sehingga empat bentuk keadaan huruf iaitu bentuk permulaan, pertengahan, pengakhiran dan secara tunggal manakala tulisan Latin hanya mempunyai dua bentuk iaitu huruf besar (Capital letters) dan huruf kecil (Lower case letters). Bentuk tulisan berkenaan adalah tradisi dalam Arab-Parsi dan Latin masing-masing. Justeru, pembaharuan Atatürk dalam Bahasa Turki boleh dilihat daripada segi bentuk tulisan.

Kemudian, pembaharuan Atatürk terhadap Bahasa Turki boleh dilihat daripada segi peratusan istilah jatinya. Ketika zaman Empayar Uthmaniyyah (1299-1923), istilah jati dalam bahasa berkenaan hanya mengandungi dua belas peratus (12%) daripada keseluruhan bahasa manakala beliau telah meningkatkannya menjadi lapan puluh enam peratus (86%). Justeru, pembaharuan Atatürk dalam Bahasa Turki boleh dilihat daripada segi peratusan istilah jati.

Seterusnya, pembaharuan Atatürk terhadap Bahasa Turki boleh dilihat daripada segi peratusan istilah pinjaman. Ketika zaman Empayar Uthmaniyyah (1299-1923), istilah pinjaman dalam bahasa berkenaan mengandungi lapan puluh lapan peratus (88%) daripada keseluruhan bahasa manakala beliau telah mengurangkannya menjadi empat belas peratus (14%). Justeru, pembaharuan Atatürk dalam Bahasa Turki boleh dilihat daripada segi peratusan istilah pinjaman.

Pembaharuan Atatürk terhadap Bahasa Turki boleh dilihat daripada segi asal istilah pinjaman. Ketika zaman Empayar Uthmaniyyah (1299-1923), istilah pinjaman dalam bahasa berkenaan berasal daripada Bahasa Arab dan Parsi manakala beliau telah menyerapkan bahasa berkenaan daripada bahasa Arab, Perancis, Parsi, Itali, Inggeris, Yunani, Latin, Jerman, Rusia, Sepanyol dan Armenia. Justeru, pembaharuan Atatürk dalam Bahasa Turki boleh dilihat daripada segi asal istilah pinjaman.

Akhir sekali, pembaharuan Atatürk terhadap Bahasa Turki boleh dilihat daripada segi Kebolehfahaman Bersama. Bahasa Turki pada zaman Empayar Uthmaniyyah tidak mampu difahami oleh rakyat jelata manakala penutur Turki pada hari ini mendakwa mereka mampu memahami pertuturan bahasa Kazakh, Kyrgyz, Turkmen, Uzbek dan Azeri sehingga tahap tertentu. Justeru, pembaharuan Atatürk dalam Bahasa Turki boleh dilihat daripada segi kebolehfahaman bersama.

Kesimpulannya, itu adalah pembaharuan Atatürk dalam bahasa Turki melalui “Türk Dil Kurumu (TDK)” iaitu sebuah pertubuhan yang ditubuhkan pada 12 Julai 1932 di Ankara dengan nama asalnya, “Türk Dili Tetkik Cemiyeti”. Bahasa Turki mengalami pembaharuan daripada segi jenis tulisan, arah tulisan, bentuk tulisan, peratusan istilah jati, peratusan istilah pinjaman, asal istilah pinjaman dan Kebolehfahaman Bersama. Apakah pendapat anda tentang pembaharuan berkenaan? Sila berikan maklumbalas anda kepada kami.

RUJUKAN:

To what degree are Turkic languages mutually intelligible? Retrieved July 14, 2019 from https://www.quora.com/To-what-degree-are-Turkic-languages-mutually-intelligible

Is Ottoman Turkish mutually intelligible with contemporary Turkish? Retrieved July 14, 2019 from https://www.quora.com/Is-Ottoman-Turkish-mutually-intelligible-with-contemporary-Turkish

Güncel Türkçe Sözlük. Retrieved July 14, 2019 from https://web.archive.org/web/20070321023726/http://www.tdk.gov.tr/TR/BelgeGoster.aspx?F6E10F8892433CFFAAF6AA849816B2EFB40CE59E171C629F

Persian Historiography & Geography. Retrieved July 14, 2019 from https://books.google.com/books?id=rD1vvympVtsC&pg=PA68

Turkish (Türkçe). Retrieved July 14, 2019 from https://www.omniglot.com/writing/turkish.htm

From Caliphate to Secular State: Power Struggle in the Early Turkish Republic. Retrieved July 14, 2019 from  https://books.google.com/books?id=Cw5V1c1ej_cC&pg=PA8

Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved July 14, 2019 from  http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=reformasi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.