Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “kognat” ditakrifkan sebagai “kata yang mempunyai hubungan bentuk dan makna dengan kata yang serupa bentuk­nya dalam bahasa lain”. Bahasa Melayu adalah bahasa yang dituturkan oleh 250-300 juta orang di Indonesia, Malaysia, Timor Leste, Brunei, Singapura, Australia dan Thailand manakala Malagasy dituturkan oleh 25 juta orang di Madagascar dan Comoros.

Walaupun tiada kebolehfahaman bersama (Mutual Intelligibility) antara Bahasa Malagasy dengan Bahasa Melayu, namun banyak perkataan dalam kedua-dua bahasa berkenaan sepadan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung di sebalik jarak antara Antananarivo ke Dili, Kuala Lumpur, Jakarta, Bandar Seri Begawan, Geylang, Pulau Krismas dan Pattani masing-masing dalam unit kilometer (km) adalah sejauh 8446 km, 6405 km, 6559 km, 7795 km, 6547 km, 6299 km dan 6554 km. Berikut adalah antara kognat antara Fiteny Malagasy dengan Bahasa Melayu.

Antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Malagasy adalah “Antananarivo”. Ianya merupakan ibu negara Madagascar. Secara harfiahnya, nama tempat itu adalah bermaksud “Kota Seribu”. Untuk pengetahuan semua, perkataan itu adalah sepadan dengan “Tanah Ribu” dalam Bahasa Melayu.

Selain itu, “Rantsantanana” adalah antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Malagasy. Kata Nama tersebut membawa maksud “Jari” dalam bahasa berkenaan. Secara harfiahnya, kata nama tersebut adalah bermaksud “Dahan Tangan”. Untuk pengetahuan semua, perkataan berkenaan adalah sepadan dengan “Ranting Tangan” dalam Bahasa Melayu.

Di samping itu, “Ranomasina” adalah antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Malagasy. Kata Nama tersebut membawa maksud “Laut” dalam bahasa berkenaan. Perkataan majmuk itu terdiri daripada perkataan “Rano” dan “Masina” yang masing-masing bermaksud “Air” dan “Suci”. Untuk pengetahuan semua, “Ranomasina” dalam Bahasa Malagasy adalah sepadan dengan “Danau Masin” dalam Bahasa Melayu.

Kemudian, “Voamanga” adalah antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Malagasy. Kata Nama tersebut membawa maksud “Ubi Keledek” dalam bahasa berkenaan. Perkataan majmuk itu terdiri daripada perkataan “Voa” dan “Manga” yang masing-masing bermaksud “Benih” dan “Biru”. Untuk pengetahuan semua, “Voamanga” dalam Bahasa Malagasy adalah dipercayai sepadan dengan “Buah Ungu” dalam Bahasa Melayu.

Seterusnya, “Nenitoa” adalah antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Malagasy. Perkataan tersebut membawa maksud “Makcik” dalam bahasa berkenaan. “Makcik” yang dimaksudkan adalah “adik-beradik perempuan kepada ibu bapa kita”. Perkataan majmuk itu terdiri daripada perkataan “Neni” dan “Toa” yang masing-masing bermaksud “Emak” dan “Tua”. Adakah anda perasan, perkataan “Nenitoa” dalam Bahasa Malagasy agak serupa dengan “Nenek Tua” dalam Bahasa Melayu?

“Volomaso” adalah antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Malagasy. Perkataan tersebut membawa maksud “Bulu Mata” dalam bahasa berkenaan. Perkataan majmuk itu terdiri daripada perkataan “Volo” dan “Maso” yang masing-masing bermaksud “Rambut” dan “Mata”. Perasan tak, perkataan “Volomaso” dalam Bahasa Malagasy agak serupa dengan “Bulu Mata” dalam Bahasa Melayu?

“Rivotra” adalah antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Malagasy. Perkataan tersebut membawa maksud “Angin” dalam bahasa berkenaan. Perasan tak, perkataan “Rivotra” dalam Bahasa Malagasy agak serupa dengan “Ribut” dalam Bahasa Melayu?

Akhir sekali, “Mangahazo” adalah antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Malagasy. Perkataan tersebut membawa maksud “Ubi Kayu” dalam bahasa berkenaan. Perkataan tersebut terdiri daripada perkataan “Manga” dan “Hazo” yang masing-masing bermaksud “Biru” dan “Kayu”. Barangkali perkataan “Mangahazo” dalam Bahasa Malagasy sepadan dengan “Ungu Kayu” dalam Bahasa Melayu.

Kesimpulannya, itu adalah antara kognat Malagasy-Melayu yang kita tidak sedari. Persoalannya, apakah yang menyebabkan persamaan antara kedua-dua bahasa tersebut? Jawapannya, Kedua-dua bahasa tersebut dikelaskan sebagai bahasa Austronesia lalu diikuti oleh Malayo-Polinesia. Yang membezakan pengkelasan kedua bahasa tersebut adalah pengkelasan sub-cabang bahasa. Bahasa Melayu adalah bahasa Malayik bersama dengan Minangkabau dan Iban manakala Malagasy adalah Barito Timur bersama dengan Maanyan dan Paku.

RUJUKAN:

Perbualan antara penulis artikel ini dengan seorang penutur jati Bahasa Malagasy yang bernama “Nur Aina” di laman sesawang Facebook pada 1hb Dsember 2019.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka: Kognat. Retrieved December 10, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kognat

Distance from Antananarivo to Christmas Island. Retrieved December 10, 2019 from Google Map

Distance from Antananarivo to Jakarta. Retrieved December 10, 2019 from Google Map

Distance from Antananarivo to Geylang. Retrieved December 10, 2019 from Google Map

Distance from Antananarivo to Dili. Retrieved December 10, 2019 from Google Map

Distance from Antananarivo to Kuala Lumpur. Retrieved December 10, 2019 from Google Map

Distance from Antananarivo to Bandar Seri Begawan. Retrieved December 10, 2019 from Google Map

Distance from Antananarivo to Pattani. Retrieved December 10, 2019 from Google Map

How Many People Speak Indonesian? Retrieved December 10, 2019 from http://ipll.manoa.hawaii.edu/…/how-many-people-speak-indon…/

Mikael Parkvall, “Världens 100 största språk 2007” (The World’s 100 Largest Languages in 2007)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.