Bahasa Mandarin merupakan bahasa Sino-Tibetan yang dituturkan oleh 1.30 bilion orang di seluruh dunia. China, Taiwan, Singapura, Vietnam, Amerika Syarikat, dan Malaysia adalah antara negara yang mempunyai bilangan penutur yang ramai.

Bahasa Mandarin dikenali sebagai “huáyǔ (华语)” di Republik Singapura dan Persekutuan Malaysia. Secara harfiahnya, nama tersebut membawa maksud “Bahasa Cina”, “Bahasa Hua”, “Ucapan Megah”, “Ucapan Bunga-bungaan” ataupun “Ucapan Berkembang”.

Sebagaimana bahasa lain, Bahasa Mandarin juga tidak terlepas daripada menerima kata pinjaman. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “kata pinjaman” telah ditakrifkan sebagai “kata yabg telah di­gunakan di dalam sesuatu bahasa tetapi berasal daripada bahasa lain”.

Persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran kita, perkataan Mandarin manakah yang berasal daripada bahasa asing? Barangkali artikel ini akan menjawan sedikit persoalan kita. Bacalah dengan hati yang terbuka.

PERKATAAN MANDARIN YANG BERASAL DARIPADA BAHASA ASING

Antara perkataan Mandarin yang berasal daripada bahasa asing adalah “bāshì (巴士)”. Perkataan tersebut membawa maksud “bas”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Inggeris iaitu “bus”.

Selain itu, “dīshì (的士)” adalah antara perkataan Mandarin yang berasal daripada Bahasa Asing. Perkataan tersebut membawa maksud “teksi”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Inggeris iaitu “taxi”.
Di samping itu, “Hútòng (胡同)” adalah antara perkataan Mandarin yang berasal daripada Bahasa Asing. Perkataan tersebut membawa maksud “lorong”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Mongolia iaitu “huttuk”.

Kemudian, “dālian (褡裢)” adalah antara perkataan Mandarin yang berasal daripada Bahasa Asing. Perkataan tersebut membawa maksud “pakaian dalam”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Mongolia iaitu “talimp”.

Seterusnya, “àma (阿玛)” adalah antara perkataan Mandarin yang berasal daripada Bahasa Asing. Perkataan tersebut membawa maksud “ayah”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Manchu iaitu “ama”.
“fújìn (福晋)” adalah antara perkataan Mandarin yang berasal daripada Bahasa Asing. Perkataan tersebut membawa maksud “isteri”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Manchu iaitu “fujin”. Perkataan Manchu tersebut berasal dari Mandarin, “fūrén (夫人)”.

“Níngméng (狮子)” adalah antara perkataan Mandarin yang berasal daripada Bahasa Asing. Perkataan tersebut membawa maksud “lemon”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Parsi Kuno iaitu “līmo”.
“Píngguǒ (苹果)” adalah antara perkataan Mandarin yang berasal daripada Bahasa Asing. Perkataan tersebut membawa maksud “epal”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Sanskrit iaitu “bimba (बिम्ब)”.

“Tǎ (塔)” adalah antara perkataan Mandarin yang berasal daripada Bahasa Asing. Perkataan tersebut membawa maksud “menara”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Sanskrit iaitu “stūpa (स्तूप)”.
“Chē (车)” adalah antara perkataan Mandarin yang berasal daripada Bahasa Asing. Perkataan tersebut membawa maksud “kereta”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Tocharian A iaitu “kukäl”, ataupun Tocharian B iaitu “kokale”.

“Chē (蜜)” adalah antara perkataan Mandarin yang berasal daripada Bahasa Asing. Perkataan tersebut membawa maksud “madu”. Perkataan berkenaan berasal daripada Proto-Tocharianiaitu *ḿətə.

“Bīngláng (槟榔)” adalah antara perkataan Mandarin yang berasal daripada Bahasa Asing. Perkataan tersebut membawa maksud “biji sirih”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Melayu iaitu “pinang”.

“Shāgǔ (沙谷)” adalah antara perkataan Mandarin yang berasal daripada Bahasa Asing. Perkataan tersebut membawa maksud “sagu”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Melayu iaitu “Sagu”.

“Zīrán (孜然)” adalah antara perkataan Mandarin yang berasal daripada Bahasa Asing. Perkataan tersebut membawa maksud “jintan”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Uyghur iaitu “zire (زىرە)”.

Akhir sekali, “Sūosūo (梭梭)” adalah antara perkataan Mandarin yang berasal daripada Bahasa Asing. Perkataan tersebut membawa maksud “saxaul”, iaitu nama sejenis tumbuh-tumbuhan. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Uyghur iaitu “söksök (سۆكسۆك‎ )”.

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah antara perkataan Mandarin yang berasal daripada pelbagai bahasa asing. Pengaruh asing menunjukkan sesuatu bahasa itu mengalami “kemajuan”.

Banyak tamadun yang pernah dan sedang berinteraksi di sekitar kawasan asal penutur bahasa tersebut. Sebagai contoh Dinasti Yuan (1271-1368), Dinasti Ming (1368-1644) , Dinasti Qing (1644-1912), Republik China (1912-1949), dan Republik Rakyat China (1949-Kini).

Tidak dinafikan, tidak semua perkataan Mandarin tersebut digunakan dalam kalangan penutur Mandarin di Malaysia dan mungkin Singapura. Ada juga yang tidak pernah didengari mereka.

Apakah perkataan asing dalam Bahasa Mandarin yang kami lupai? Harap berikan ulasan anda di dalam ruang ulasan di bawah. Semoga artikel ini memberikan manfaat untuk semua orang.

RUJUKAN

Omniglot: Mandarin Chinese. Dicapai pada 11hb April 2021 dari https://omniglot.com/chinese/mandarin.htm

Dewan Bahasa dan Pustaka: Kata Pinjaman. Dicapai pada 11hb April 2021 dari https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kata+pinjaman

8 Chinese Words Borrowed From English That Will Finally Make Sense to You. Dicapai pada 11hb April 2021 dari https://www.yoyochinese.com/…/8-Chinese-words-borrowed…

What are some loan words from Mongolian to Chinese language? Dicapai pada 11hb April 2021 dari https://www.quora.com/What-are-some-loan-words-from…

What are some Manchu loan words in Chinese language? Dicapai pada 11hb April 2021 dari https://www.quora.com/What-are-some-Manchu-loan-words-in…

What words of Indo-European origin were incorporated into Chinese vocabulary long before Marco Polo and the Jesuits? Dicapai pada 11hb April 2021 dari https://www.quora.com/What-words-of-Indo-European-origin…

Malay (and Javanese) Loan-words in Chinese as a Mirror of Cultural Exchanges. Dicapai pada 11hb April 2021 dari https://www.researchgate.net/…/Malay-and-Javanese-Loan…

Are there any Turkic loan words in Chinese? Dicapai pada 11hb April 2021 dari https://www.quora.com/Are-there-any-Turkic-loan-words-in…


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.