Avatar: Pelentur Angin Yang Terakhir (ATLA) adalah sebuah siri animasi televisyen Amerika yang dicipta oleh Michael Dante DiMartino dan Bryan Konietzko. Siri tersebut mula ditayangkan pada 21hb Februari 2005 sehingga 19hb Julai 2008 di Nickelodeon. Pelentur Angin Terakhir (TLA) adalah sebuah fantasi filem lagak-pengembaraan yang dicipta sepenuhnya oleh M. Night Shyamalan.

Filem tersebut mula ditayangkan pada 30hb Jun 2020 di New York, Amerika Syarikat. Sebelum mengenal Detektif Conan, kami iaitu penulis adalah peminat setia ATLA dan legasinya. Sejujurnya, kemunculan lagak langsung siri berkenaan sangat ditunggu-tunggu kami. Dan akhirnya, TLA ditayangkan di seluruh dunia dan kami meluangkan masa untuk menontonnya di pawagam.

Untuk kali ini, kami hendak membuat perbandingan antara ATLA dan TLA. Perbandingan tersebut adalah sepenuhnya daripada pemerhatian kami selaku peminat setia. Harap tuan dan puan dapat membacanya dengan hati yang terbuka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


UMUM

ATLA mengandungi enam puluh satu (61) episod. Episod sepanjang 23 minit itu pula dipecahkan kepada tiga buku iaitu “Air”, “Tanah” dan “Api”. Pecahan tersebut adalah turutan unsur yang perlu dikuasai oleh Avatar Aang untuk berlawan dengan Dewa Api Ozai.

ATLA adalah sepanjang 103 minit ataupun 1 Jam 43 minit 01 saat. Filem tersebut mengisahkan tentang pengembaraan Avatar Aang ke Puak Air Utara untuk mempelajari kuasa Lenturan Air. Ini bermakna, semua dua puluh (20) episod dalam buku “Air” dimampatkan ke dalam sebuah filem.

NAMA WATAK

Kesemua nama watak adalah sama dalam ATLA dan TLA. Pembeza agung antara kedua-dua karya tersebut adalah sebutan nama watak berkenaan. Pertimbangkan nama “Aang” dan “Iroh” dalam kedua-dua karya itu.

Dalam ATLA, nama watak “Aang” disebut sebagai [‘æŋ] manakala [‘ɔŋ] dalam TLA. Nama tersebut dipercayai berasal daripada Bahasa Mandarin iaitu “Ān’áng (安昂)”. Tulisan Cina tersebut masing-masing secara harfiahnya bermaksud “tenang” dan “bersemangat tinggi”.

Dalam ATLA, nama watak “Iroh” disebut sebagai [‘aɪːɹoh] manakala [‘iːɹoh] dalam TLA. Nama tersebut dipercayai berasal daripada Bahasa Mandarin iaitu “Aìluò (艾洛)”. Tulisan Cina tersebut masing-masing secara harfiahnya bermaksud “hijau” dan “Luo”. Luo adalah nama sungai yang terletak di China.

Sebutan “Aang” dalam TLA adalah secara relatifnya lebih hampir dengan Bahasa Mandarin berbanding dalam ATLA. Sebutan “Iroh” dalam ATLA adalah secara relatifnya lebih hampir dengan Bahasa Mandarin berbanding dalam TLA.

PARAS RUPA

Kesemua watak dalam ATLA terbahagi kepada empat kaum iaitu Puak Air, Kerajaan Tanah, Bangsa Api dan Nomad Angin. Bentuk muka dalam setiap kaum agak berbeza dengan yang lain. Sebagai contoh, Puak Air berwajah seperti orang Inuit dalam dunia sebenar manakala Bangsa Api berwajah Jepun.

Kesemua watak dalam ATLA terbahagi kepada empat kaum iaitu Puak Air, Kerajaan Tanah, Bangsa Api dan Nomad Angin. Bentuk muka dalam setiap kaum agak berbeza dengan yang lain. Sebagai contoh, Puak Air berwajah seperti orang Eropah dalam dunia sebenar manakala Bangsa Api berwajah seperti orang India.

KELUAR DARI PENJARA

Ketika Bangsa Api meluaskan kuasanya di seluruh dunia, penduduk Kerajaan Tanah tidak dibenarkan untuk Melentur Tanah. Jika didapati berbuat demikian, mereka boleh ditangkap dan dipenjarakan. Penangkapan dan pemenjaraan tersebut adalah untuk melemahkan pihak lawan.

Dalam ATLA, mereka yang ditangkap akan dipenjarakan di sebuah pelantar. Pelantar tersebut diperbuat daripada besi dan sumber tanah sangat jauh daripada pelantar itu. Ketika itu, tiada Pelentur Tanah yang mampu Melentur Besi. Satu-satunya sumber tanah yang terdapat di sana adalah arang batu.

Dalam TLA, mereka yang ditangkap akan dipenjarakan di sebuah kawasan yang terletak di hutan. Hutan tersebut dikelilingi oleh unsur-unsur dan punca tanah. Biarpun begitu, mereka tidak mampu Melentur Tanah kerana berputus asa dalam hidupnya.

LENTURAN API

Lenturan Api adalah sebuah kuasa yang mampu mengawal api dengan tangannya. Ada di antara mereka yang mampu mengawal sub-lenturannya seperti Lenturan Kilat, Lenturan Lahar dan sebagainya.

Dalam ATLA, Bangsa Api mampu menghasilkan Lenturan Api. Setiap kelompok dalam bangsa tersebut mempunyai gaya lenturan yang tersendiri. Setiap gaya mempunyai lenturan yang hebat.

Dalam TLA, Bangsa Api Melentur Api daripada punca yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh, obor dan unggun api. Mereka tidak mampu Melentur Api sekiranya tiada punca. Dalam filem tersebut, hanya Jeneral Iroh sahaja yang mampu Melentur Api tanpa menggunakan punca.

PLOT PENTING

Banyak plot penting yang menjadi penentu dalam siri ATLA. Sebagai contoh pertemuan Roku untuk memberitahu Aang akan tujuan dan tanggungjawab sebagai Avatar. Pemburuan Zuko ke atas Aang untuk meminta kasih sayang daripada bapanya.

Kelihatannya, plot berkenaan tidak ditemui dalam TLA. Jika ada pun, ia agak terhad. Hal ini kerana, kesemua dua puluh episod dalam buku “Air” dimampatkan menjadi sebuah filem sepanjang 1 jam 43 minit 01 saat. Justeru, banyak plot-plot penting yang terlepas pandang.

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah antara perbandingan antara ATLA dan TLA. Kemunculan filem TLA menerima pelbagai tindakbalas daripada pelbagai pihak terutamanya daripada peminat setia ATLA dan legasinya. Tindakbalas tersebut sama ada ulasan membina mahupun sebaliknya.

Apakah pendapat anda tentang ATLA, TLA dan apa-apa legasi yang berkaitan dengannya? Harap berikan ulasan anda di dalam ruangan ulasan di bawah.

RUJUKAN:

Siri Avatar: Pelentur Angin Terakhir yang ditonton penulis buat kesekian kalinya.

Filem Pelentur Angin Terakhir yang ditonton penulis buat kesekian kalinya.

 

Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.