Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “perbandingan” telah ditakrifkan sebagai “hal berbanding atau dibandingkan”. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, “bahasa” telah ditakrifkan “sistem lambang bunyi yang digunakan untuk mengidentifikasikan diri”.

Bahasa Melayu Selangor dituturkan di Selangor, Malaysia. Bahasa tersebut dikenali sebagai “Base Slango”, “Dailék Slango”, dan “Loghat Slango”.

Bahasa Melayu Johor dituturkan di Johor, Malaysia. Bahasa tersebut dikenali sebagai “Base Joho”, “Dailék Joho”, dan “Loghat Joho”.

Apakah perbezaan dan persamaan antara Bahasa Melayu Selangor dengan Bahasa Melayu Johor? Barangkali artikel ini akan dapat membantu sedikit persoalan kita. Harap bacalah dengan tenang dan hati yang terbuka.

Tumpuan penulis untuk Bahasa Melayu Selangor adalah yang digunakan di sekitar Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Tumpuan penulis untuk Bahasa Melayu Johor adalah yang digunakan oleh penulis artikel ini.

NAMA BAHASA

Perhatikan nama asal dalam kedua-dua bahasa tersebut. Bahasa Melayu Selangor dikenali sebagai “Base Slango”, “Dailék Slango”, dan “Loghat Slango”. Bahasa Melayu Johor pula dikenali sebagai “Base Joho”, “Dailék Joho”, dan “Loghat Joho”.

Perkataan “base”, “dailék”, dan “loghat” masing-masing berasal daripada Sanskrit, Inggeris, dan Arab iaitu “bhasa (भाषा)”, “dialect”, dan “lugha (لغة)”.

Nama “Selangor” dipercayai berasal daripada frasa “Salang dan Jemur”. Frasa tersebut merujuk kepada hukuman pesalah yang diikat pada palang kayu dan kemudian dijemur di bawah terik matahari.

Nama “Johor” berasal daripada Bahasa Arab, “jauhar (جوهر)”. Nama Arab tersebut membawa maksud “batu permata”. Pedagang Arab datang ke Johor untuk menjalankan perniagaan rempah.

ANALISIS AYAT SATU

Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Awak ini, pergilah mandi! Sudah macam orang penat saya tengok”.

Bahasa Melayu Selangor:

Ko ni, pegi mandi! Dah klabu asap aku téngok.

Bahasa Melayu Johor:

Ji ni, gi le mandi. Dah cam owang sakét kite téngok.

Kedua-dua bahasa tersebut masing-masing memakai kata “ko”, dan “ji” untuk kata ganti nama diri kedua seorang. Kedua-dua perkataan tersebut masing-masing sepadan dengan “engkau” dan “aji” dalam Bahasa Melayu.

Kedua-dua bahasa tersebut masing-masing memakai kata “aku”, dan “kite” untuk kata ganti nama diri pertama seorang. Kedua-dua perkataan tersebut masing-masing sepadan dengan “aku” dan “kita” dalam Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Selangor mempunyai perkataan “klabu asap”. Perkataan berkenaan membawa maksud “orang penat”. Perkataan tersebut sepadan dengan perkataan “kelabu asap” dalam Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Johor mempunyai perkataan “owang sakét”. Perkataan berkenaan membawa maksud “orang penat”. Perkataan tersebut sepadan dengan perkataan “orang sakit” dalam Bahasa Melayu.

ANALISIS AYAT DUA

Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Tolong ambilkan baju kurung saya yang berwarna hijau”.

Bahasa Melayu Selangor:

Tolong amékkan baju kughong saye wane ijau.

Bahasa Melayu Johor:

Tolong ambékkan baju kughong kite kale ijo.

Kedua-dua bahasa tersebut masing-masing memakai “amékkan”, dan “ambékkan” untuk perkataan “ambilkan”. Bahasa Melayu Selangor telah menggugurkan konsonan “b” selepas dengung “m”.

Kedua-dua bahasa tersebut masing-masing memakai kata “wane”, dan “kale” untuk “warna”. Kedua-dua perkataan tersebut masing-masing berasal daripada Sanskrit, dan Inggeris iaitu , “varna (वर्ण)” dan “colour”.

Kedua-dua bahasa tersebut masing-masing memakai kata “saye”, dan “kite” untuk kata ganti nama diri pertama seorang. Perkataan “saye” berasal daripada Sanskrit, “sahaya (सहाय)”.

Kedua-dua bahasa tersebut masing-masing memakai kata “ijau”, dan “ijo” untuk kata ganti nama diri pertama seorang. Bahasa Melayu telah membuang diftong “au”.

ANALISIS AYAT TIGA

Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Kereta Gen-2 berwarna ungu sebentar tadi kelihatan sangat cantik”.

Bahasa Melayu Selangor:

Keréta Jéntu wane ungu tadi nampak sangat canték.

Bahasa Melayu Johor:

Canték no kéte Jéntu pepel tadi tu.

Kedua-dua bahasa tersebut masing-masing memakai kata “ungu”, dan “pepel” untuk “ungu”. Perkataan “pepel” dalam Bahasa Melayu Johor berasal daripada Bahasa Inggeris, “purple”.

Kedua-dua bahasa tersebut masing-masing memakai kata “sangat canték”, dan “canték no” untuk “sangat cantik”. Perkataan “no” dalam Bahasa Melayu Johor berasal daripada perkataan “benar”.

Kedua-dua bahasa tersebut memakai kata “Jéntu” untuk “Gen-2”. Perkataan “Jéntu” adalah singkatan daripada “Generation Two”. Perkataan Inggeris, “gen-” dan “two” masing-masing membawa bunyi “[ˌd͡ʒɛn]” dan “[tuː]”.

KONSEP MENGIRA

Kedua-dua bahasa tersebut mempunyai konsep mengira yang agak menarik. Pertimbangkan kiraan satu hingga sepuluh dalam bahasa tersebut.

Bahasa Melayu Selangor mengira nombor tersebut dengan “satwu”, “dwuwe”, “tige”, “pat'”, “lime”, “nam”, “tujòh”, “lapan'”, “semilan”, “sepulòh”. Huruf “o-grave (ò)” mewakili bunyi vokal bundar belakang separuh luas [ɔ].

Bahasa Melayu Johor mengira nombor tersebut dengan “satu”, “duwe”, “tige”, “pat'”, “lime”, “nam”, “tujoh”, “lapan'”, “semilan”, “spulo”.

KOSA KATA UNIK

Kedua-dua bahasa tersebut mempunyai kosa kata yang mungkin tidak wujud dalam bahasa lain. Sebahagiannya boleh diagak manakala sebahagian yang lain sukar difahami.

Antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Selangor ialah “itam”, “ati”, “jato”, “nipés”, dan “obat”. Kelima-lima perkataan tersebut membawa maksud “hitam”, “hati”, “jatuh”, “nipis” dan “ubat”.

Antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Johor ialah “cenonet”, “bladong”, “sogame”, “sokabo”, dan “ésbok”. Kelima-lima perkataan tersebut membawa maksud “kecil”, “melimpah”, “sekolah agama”, “surat khabar” dan “peti ais”.

KEBOLEHFAHAMAN BERSAMA

Kebolehfahaman Bersama ataupun dalam bahasa Inggeris “Mutual Intelligibility” secara ringkasnya adalah situasi di mana penutur dapat memahami antara satu sama lain tanpa perlu pelajarinya.

Bolehkah penutur Melayu Selangor dan Melayu Johor dapat faham satu sama lain? Dengan keadaan, mereka tidak mengenali Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia Baku, tidak pernah bertemu, dan mereka perlu berbual dengan menggunakan bahasa masing-masing.

Sejujurnya, penulis tiada jawapan untuk soalan tersebut. Harap mereka yang berkenaan dapat memberikan ulasan di dalam ruangan ulasan di bawah.

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah artikel tentang perbandingan antara Bahasa Melayu Selangor, dan Bahasa Melayu Johor. Perlu diingatkan, mereka adalah salah satu cabang Johor-Riau yang beribu-bapakan Proto-Malayik.

Pada hakikatnya, penulis hendak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang membantu dalan menyiapkan artikel ini. Jasa mereka tidak terhitung banyaknya.

Apakah yang penulis terlupa tentang kedua-dua bahasa tersebut? Harap berikan ulasan anda di dalam ruangan ulasan di bawah.

Semoga artikel ini membawa manfaat kepada semua pihak baik secara langsung ataupun tidak langsung.

TAMAT.

RUJUKAN:

Dewan Bahasa dan Pustaka: Perbandingan. Dicapai pada 18hb Mac 2022 dari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perbandingan

Kamus Besar Bahasa Indonesia: Bahasa. Dicapai pada 18hb Mac 2022 dari https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/bahasa

Loanwords in Indonesian/Malay. Dicapai pada 18hb Mac 2022 dari http://sealang.net/indonesia/lwim/

Kajian Dialek Melayu Selangor (Sungai Besar). Dicapai pada 18hb Mac 2022 dari https://cupdf.com/document/51680117-dialek-melayu-selangor.html

Sejarah Negeri Selangor. Dicapai pada 18hb Mac 2022 dari https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/124

Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor. Dicapai pada 18hb Mac 2022 dari https://spaj.johor.gov.my/v3/info.html

ORANG SELANGOR TIDAK SEDAR ADA DIALEK SENDIRI? INI PERBEZAAN DIALEK YANG KITA TAK TAHU. Dicapai pada 18hb Mac 2022 dari https://www.google.com/amp/s/soscili.my/orang-selangor-tidak-sedar-ada-dialek-sendiri-ini-perbezaan-dialek-yang-kita-tak-tahu/?amp=1

Kamus Bahasa Johor. Dicapai pada 18hb Mac 2022 dari https://www.vocabjohor.com/2020/10/kamus-bahasa-johor.html?m=1


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Leave A Reply