Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “perbandingan” telah ditakrifkan sebagai “hal berbanding atau dibandingkan”. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, “bahasa” telah ditakrifkan “sistem lambang bunyi yang digunakan untuk mengidentifikasikan diri”.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Bahasa Melayu Kelantan dituturkan hampir 1.4 juta orang di Malaysia. Bahasa ini tertumpu di negeri Kelantan, dan di daerah Besut serta Setiu, Terengganu. Bahasa ini dikenali sebagai “Kkecek Kelate” dalam sebutan asal.
Bahasa Melayu Patani dituturkan hampir 1.9 juta orang di Thailand dan Malaysia. Bahasa ini tertumpu di Narathiwat, Patani, Yala, Songkhla, Satun, Phuket, Ranong, Bangkok, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis. Bahasa ini dikenali sebagai “Kkecek Ttaning”.

Apakah perbezaan dan persamaan antara Bahasa Melayu Kelantan dengan Bahasa Melayu Patani? Barangkali artikel ini akan dapat membantu sedikit persoalan kita. Harap bacalah dengan tenang dan hati yang terbuka.

NAMA BAHASA

Perhatikan nama asal dalam kedua-dua bahasa tersebut. Bahasa Melayu Kelantan dikenali sebagai “Kkecek Kelate” manakala Bahasa Melayu Patani sebagai “Kkecek Ttaning”.

Perkataan “kkecek” dipercayai membawa maksud “celoteh” ataupun “borak”. Perkataan tersebut dipercayai sepadan dengan perkataan “cakap” dalam Bahasa Melayu Baku.

Nama “Kelate” dipercayai berasal daripada perkataan “gelam hutan”. Gelam hutan adalah sejenis tumbuhan yang bernama saintifik Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mendakwa “kelate” dari perkataan “kilatan”.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Nama “Ttaning” dipercayai berasal daripada perkataan “pantai ini”. Ada juga yang mendakwa nama tersebut dari perkataan “petani” dan “pak tani”.

BUNYI “R”

Untuk pengetahuan semua, Bahasa Melayu Kelantan mempunyai bunyi “R”. Bunyi “R” dalam bahasa tersebut adalah dinamakan sebagai “Geseran Lelangit Lembut Bersuara [ɣ]”.

Untuk pengetahuan semua, Bahasa Melayu Patani mempunyai bunyi “R”. Bunyi “R” dalam bahasa tersebut adalah dinamakan sebagai “Geseran Lelangit Lembut Bersuara [ɣ]”.

Lelangit lembut dan belakang lidah terlibat dalam membunyikan bunyi tersebut. Bunyi berkenaan adalah serupa dengan bunyi ghain (غ) dalam Bahasa Arab.

Pertimbangkan perkataan yang bermaksud “terbang” dalam kedua-dua bahasa tersebut. Perkataan itu masing-masing diterjemahkan menjadi “teghube” dan “teghebé” dalam Melayu Kelantan dan Bahasa Melayu Patani.

ANALISIS AYAT SATU

Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Letih benar kelihatan muka Kasih selepas peperiksaan”.

Bahasa Melayu Kelantan:
Letih sungoh muko Kasih lepah perekso.

Bahasa Melayu Patani:
Letih sungoh tengok Kasih lepah fekso.

Bahasa Melayu Kelantan dan Bahasa Melayu Patani masing-masing menggunakan “perekso” dan “fekso” untuk “peperiksaan”. Kedua-dua perkataan tersebut berasal daripada Sanskrit, “pariksa (परीक्षा)”.

Kedua-dua bahasa tersebut menggunakan perkataan “lepah” untuk membawa maksud “selepas”. Bunyi Geseran Gusi Tak Bersuara, [s] telah berubah menjadi bunyi Geseran Glotis Tak Bersuara, [h].

Kedua-dua bahasa tersebut menggunakan perkataan “sungoh” untuk membawa maksud “sungguh”. Huruf “g” telah berasimilasi dengan huruf sebelah. Jadi, huruf “g” hilang.

ANALISIS AYAT DUA

Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Bagaimana dia hendak terbang?”.

Bahasa Melayu Kelantan:
Lagu mano demo no tghube?

Bahasa Melayu Patani:
Nok teghebe balah mano?

Bahasa Melayu Kelantan dan Bahasa Melayu Patani masing-masing menggunakan “tghube” dan “teghebe” untuk “terbang”. Perkataan “-ang” dalam Bahasa Melayu Baku sepadan dengan “-be” dalam kedua-dua bahasa tersebut.

Bahasa Melayu Kelantan dan Bahasa Melayu Patani masing-masing menggunakan “lagu mano” dan “balah mano” untuk “bagaimana”. Perkataan “lagu mano” sepadan dengan “lagu mana” dalam Bahasa Melayu Kedah. Penulis tidak mengenali “balah”.

Bahasa Melayu Kelantan dan Bahasa Melayu Patani masing-masing menggunakan “no” dan “nok” untuk “hendak”. Huruf “d” telah berasimilasi dengan huruf sebelah. Jadi, huruf “d” telah hilang.

Perkataan “demo” adalah Kata Ganti Nama Diri Ketiga Seorang dalam Bahasa Melayu Kelantan. Untuk ayat Patani, tidak disebutkan perkataan yang sepadan itu.

ANALISIS AYAT TIGA

Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Dia membaca buku itu pada waktu malam”.

Bahasa Melayu Kelantan:
Demo tu baco buku tengoh male.

Bahasa Melayu Patani:
Yotu baco sughattu lek male.

Bahasa Melayu Kelantan dan Bahasa Melayu Patani masing-masing menggunakan “demo” dan “yotu” untuk Kata Ganti Nama Diri Ketiga Seorang. Perkataan “demo” dan “yotu” masing-masing dipercayai berasal daripada “tuan hamba” dan “dio itu”.

Perubahan yang terlibat untuk “demo” ialah tuan hamba > twan-amba > tan-mba > te-mba > de-mba > de-ma > demo. Perubahan yang terlibat untuk “yotu” ialah dia itu > dia-tu > dya-tu > ya-tu> yo-tu > yotu.
Bahasa Melayu Kelantan menggunakan perkataan “buku”, manakala Patani “sughattu”. Perkataan “buku” adalah serapan Belanda “boek”, manakala “sughattu” dipercayai berkaitan dengan “surat”. Perkataan “surat” adalah asli Austronesia.

Bahasa Melayu Kelantan dan Bahasa Melayu Patani masing-masing menggunakan “tengoh” dan “lek”. Kedua-dua perkataan tersebut masing-masing dipercayai sepadan dengan perkataan “tengah” dan “balik” dalam Bahasa Melayu Baku.

Bahasa Melayu Kelantan dan Bahasa Melayu Patani menggunakan perkataan “male” untuk “malam”. Perkataan “-am” dalam Bahasa Melayu Baku sepadan dengan “-e” dalam kedua-dua bahasa tersebut.
Kedua-dua bahasa tersebut menggunakan susunan SVO. Di mana subjek diletakkan di bahagian permulaan lalu diikuti oleh Kata Kerja dan Objek. Kata Keterangan diletakkan pada bahagian akhir ayat.

KOSA KATA UNIK

Kedua-dua bahasa tersebut mempunyai kosa kata yang mungkin tidak wujud dalam bahasa lain. Sebahagiannya boleh diagak manakala sebahagian yang lain sukar difahami.
Antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Kelantan ialah “Yawi”, “sokmo”, dan “dedes”. Ketiga-tiga perkataan tersebut membawa maksud “Melayu”, “selalu”, dan “nama sejenis haiwan yang bernama saintifik Viverra spp”.

Antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Patani ialah “dadu”, “cegha”, dan “bomoh”. Ketiga-tiga perkataan tersebut membawa maksud “polis”, “cerai”, dan “doktor”.

PENGARUH ASING

Bahasa Melayu Kelantan dan Bahasa Melayu Patani mempunyai pengaruh yang berbeza. Bahasa Melayu Kelantan dipengaruhi oleh Melayu Baku, dan Inggeris, manakala Bahasa Melayu Patani dipengaruhi oleh Thai.
Antara perkataan yang terdapat dalam Melayu Kelantan dan Patani ialah “wau”. Wau adalah sejenis layang-layang. Perkataan tersebut berasal daripada Bahasa Thai, “waao (ว่าว)” menurut laman sesawang Loanword in Indonesian/Malay.

KEBOLEHFAHAMAN BERSAMA

Kebolehfahaman Bersama ataupun dalam bahasa Inggeris “Mutual Intelligibility” secara ringkasnya adalah situasi di mana penutur dapat memahami antara satu sama lain tanpa perlu pelajarinya.

Bolehkah penutur Melayu Kelantan dan Melayu Patani dapat faham satu sama lain? Dengan keadaan, mereka tidak mengenali Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia Baku, tidak pernah bertemu, dan mereka perlu berbual dengan menggunakan bahasa masing-masing.

Sejujurnya, penulis tiada jawapan untuk soalan tersebut. Harap mereka yang berkenaan dapat memberikan ulasan di dalam ruangan ulasan di bawah.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah artikel tentang perbandingan antara Bahasa Melayu Kelantan, dan Bahasa Melayu Patani. Perlu diingatkan, mereka adalah adik-beradik dengan Johor-Riau yang beribu-bapakan Proto-Malayik.

Pada hakikatnya, penulis hendak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang membantu dalan menyiapkan artikel ini. Jasa mereka tidak terhitung banyaknya.

Apakah yang penulis terlupa tentang kedua-dua bahasa tersebut? Harap berikan ulasan anda di dalam ruangan ulasan di bawah.

Semoga artikel ini membawa manfaat kepada semua pihak baik secara langsung ataupun tidak langsung.

TAMAT.

RUJUKAN:

Temubual penulis dengan penutur Bahasa Melayu Kelantan dan Bahasa Melayu Patani.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Perbandingan. Dicapai pada 8hb November 2021 dari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perbandingan

Kamus Besar Bahasa Indonesia: Bahasa. Dicapai pada 8hb November 2021 dari https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/bahasa

“Laporan Kiraan Permulaan 2010″. Jabatan Perangkaan Malaysia. p. 27. Archived from the original on July 8, 2011. Retrieved 2016-02-07.

Thailand: Ethnicity, Regionalism, and Language”. Dicapai pada 8hb November 2021 dari lcweb2.loc.gov.
Asal-usul nama negeri Kelantan. Dicapai pada 8hb November 2021 dari http://anak-bumi-temalir.blogspot.com/…/asal-usul-nama…

Turutan Kronologi Sejarah Langkasuka/Pattani. Dicapai pada 8hb November 2021 dari https://m.facebook.com/…/a.15118267161…/462617883805240/

Demo/Deme. Dicapai pada 8hb November 2021 dari https://www.facebook.com/100000605260666/posts/3150813188282159/?app=fbl

Kamus Kelantan. Dicapai pada 8hb November 2021 dari http://w3hafizm.blogspot.com/…/kamus-kelantan-loghat…
Loanword in Indonesian/Malay. Dicapai pada 8hb November 2021 dari http://sealang.net/lwim/

Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Leave A Reply