Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “perbandingan” telah ditakrifkan sebagai “hal berbanding atau dibandingkan”. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, “bahasa” telah ditakrifkan “sistem lambang bunyi yang digunakan untuk mengidentifikasikan diri”.

Bahasa Portugis dituturkan oleh 220 juta orang di seluruh dunia. Bahasa tersebut dituturkan di Portugal, Brazil, Angola, Mozambique, Cape Verde, Guinea-Bissau, São Tomé e Principe, Timor Leste, dan Macau. Bahasa tersebut dikenali sebagai “português” [poɦtuˈgejʃ].

Bahasa Kristang dituturkan oleh 1000 orang di Malaysia, Singapura, Australia, Kanada, United Kingdom, dan sebagainya. Di Malaysia, bahasa tersebut dituturkan di Melaka, Kuala Lumpur, dan Pulau Pinang. Bahasa tersebut dikenali sebagai “Papia Kristang”.

Apakah perbezaan dan persamaan antara Bahasa Portugis dengan Bahasa Kristang? Barangkali artikel ini akan dapat membantu sedikit persoalan kita. Harap bacalah dengan tenang dan hati yang terbuka.

NAMA BAHASA

Perhatikan nama asal dalam kedua-dua bahasa tersebut. Nama tersebut ialah “português” dan “Papia Kristang”.

Istilah “português” bermaksud “orang Portugis” ataupun “bahasa Portugis”. Istilah tersebut berasal daripada Latin, “Portus Cale” yang bermaksud “Pelabuhan Cale”. Nama “Cale” berasal daripada nama tuhan orang Keltik iaitu “Cailleach” [kɪˈl̠ʲax].

Istilah “Papia Kristang” membawa maksud “Cakap Kristang”. Perkataan “Papia” dan “Kristang” masing-masing dipercayai berasal daripada Portugis, “papear” (sembang) dan Portugis, “cristão” (Kristian). Papia Kristang secara harfiahnya bermaksud “Cakap Kristian”.

KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA (KGND3)

Perbandingan yang dapat kita lihat dalam Bahasa Portugis dan Papia Kristang ialah “Kata Ganti Nama Diri Ketiga”. Kata Ganti Nama Diri Ketiga digunakan untuk menggantikan nama orang yang kita cakapkan.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga yang terdapat dalam Bahasa Portugis ialah “ele”, “ela”, dan “isto”. Fungsi bagi ketiga-tiga perkataan tersebut adalah sepadan dengan perkataan “he”, “she”, dan “it” dalam Bahasa Inggeris.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga yang terdapat dalam Bahasa Kristang ialah “eli”. Perkataan tersebut boleh digunakan dalam semua keadaan. Tiada “he” dan “she” dalam bahasa tersebut.

ANALISIS AYAT SATU

Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat berkenaan membawa maksud “adaseseorang di luar sana”.

Bahasa Portugis:
Tem alguém lá fora.

Bahasa Kristang:
Teng jenti na fora.

Perkataan “tem” dan “teng” merujuk kepada kata ganti nama diri ketiga seorang. Kedua-dua perkataan tersebut masing-masing berbunyi [ˈtɐ̃ɪ̯̃] dan [teŋ].

Perkataan “alguém” dan “jenti” membawa maksud “seseorang”. Bahasa Portugis juga mempunyai perkataan “gente” [ˈʒẽ.tɨ] yang sepadan dengan perkataan “jenti” [dʒenti] dalam Bahasa Kristang.

Perkataan “lá” dan “na” bermaksud “di sana”. Perkataan “lá” Portugis berasal daripada Latin, “ad illac” yang bermaksud “jalan itu”. Perkataan “na” Kristang dipercayai berasal daripada Melayu, “sana”.

Perkataan “fora” dan “fora” bermaksud “luar”. Kedua-dua bahasa tersebut mempunyai perkataan dan makna yang sama. Walaubagaimanapun mereka mempunyai sebutan yang berbeza.

ANALISIS AYAT DUA

Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat berkenaan membawa maksud “Saya tidak dapat menahan kemarahannya”.

Bahasa Portugis:
Não posso suportar seu raiva.

Bahasa Kristang:
Eli sa ráiba you mpodi aguéntá.

Frasa “seu raiva” dalam Bahasa Portugis membawa maksud “marahnya”. Perkataan “seu” dalam bahasa tersebut merujuk kepada kata ganti nama diri ketiga seorang posesif yakni “dia punya”.

Frasa “eli sa ráiba” dalam Bahasa Kristang membawa maksud “Dia punya marah”. Perkataan “sa” dalam bahasa tersebut merujuk kepada genitif yakni menunjukkan “yang dimiliki”.

Perkataan “suportar” dan “aguéntá” membawa maksud “tahan”. Bahasa Portugis juga mempunyai perkataan “aguentar” [a.ɡwẽ.ˈta(ʁ)] yang sepadan dengan perkataan “aguéntá” dalam Bahasa Kristang.

Perkataan “não” dan “mpodi” membawa maksud “tidak”. Mereka menggunakan perkataan yang berbeza. Penulis tidak dapat mengenal asal-usul perkataan “mpodi”.

Ayat Portugis dan Kristang tersebut masing-masing secara harfiahnya bermaksud “tidak saya boleh tahan dianya marah”, dan “dia punya marah ialah tidak boleh tahan”.

ANALISIS AYAT TIGA

Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat berkenaan membawa maksud “tiada sesiapa pun dalam rumah ini”.

Bahasa Portugis:
Absolutamente ninguém nessa casa.

Bahasa Kristang:
Kengkeng pun nté na kaza.

Perkataan “kengkeng” dalam Bahasa Kristang membawa maksud “sesiapa”. Perkataan “keng” berasal daripada Portugis, “quem” yang bermaksud “siapa”.

Perkataan “casa” dan “kaza” membawa maksud “rumah”. Perkataan Portugis tersebut mewakili bunyi [ˈka.zɐ], manakala Kristang bunyi [ka.za].

Perkataan “pun” dalam Bahasa Kristang dipercayai berasal daripada Bahasa Melayu, “pun”. Perkataan “pun” membawa maksud “juga”, “sedangkan”, dan “bahkan”.

Ayat Portugis dan Kristang tersebut masing-masing secara harfiahnya bermaksud “secara mutlak tiada sesiapa di dalam ini rumah”, dan “sesiapa juga tiada di rumah”.

SENARAI KOSA KATA

Kedua-dua bahasa tersebut mempunyai kosa kata yang tersendiri. Ada di antaranya yang wujud tetapi berlainan ejaan. Ada juga yang tidak wujud dalam bahasa lain.

Contoh perkataan dalam Bahasa Portugis ialah “gordura”, “queijo”, “peixe”, “igreja”, dan “garfo”. Kelima-lima perkataan tersebut masing-masing bermaksud “lemak”, “keju”, “ikan”, “gereja”, dan “garfu.”.

Contoh perkataan dalam Bahasa Kristang ialah “tongkah”, “changkol”, “kakus”, “blachan”, dan “churutu”.

Kelima-lima perkataan tersebut masing-masing bermaksud “tongkat”, “cangkul”, “tandas”, “belacan”, dan “kapur”.

KEBOLEHFAHAMAN BERSAMA

Kebolehfahaman Bersama ataupun dalam bahasa Inggeris “Mutual Intelligibility” secara ringkasnya adalah situasi di mana penutur dapat memahami antara satu sama lain tanpa perlu pelajarinya.

Bolehkah penutur Bahasa Portugis dan Bahasa Kristang dapat faham satu sama lain? Dengan keadaan, mereka tidak mengenali Bahasa Inggeris, atau sebagainya, tidak pernah bertemu, dan mereka perlu berbual dengan menggunakan bahasa masing-masing.

Sejujurnya, penulis tiada jawapan untuk soalan tersebut. Harap mereka yang berkenaan dapat memberikan ulasan di dalam ruangan ulasan di bawah.

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah artikel tentang perbandingan antara Bahasa Portugis, dan Bahasa Kristang. Kedua-dua bahasa tersebut mempunyai pengaruh yang pelbagai mengikut tempat.

Pada hakikatnya, penulis hendak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dalan menyiapkan artikel ini. Jasa mereka tidak terhitung banyaknya.

Apakah yang penulis terlupa tentang kedua-dua bahasa tersebut? Harap berikan ulasan anda di dalam ruangan ulasan di bawah.

Semoga artikel ini membawa manfaat kepada semua pihak baik secara langsung ataupun tidak langsung.

TAMAT.

RUJUKAN:

Dewan Bahasa dan Pustaka: Perbandingan. Dicapai pada 29hb November 2021 dari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perbandingan

Kamus Besar Bahasa Indonesia: Bahasa. Dicapai pada 29hb November 2021 dari https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/bahasa

Omniglot: Portuguese. Dicapai pada 29hb November 2021 dari https://omniglot.com/writing/portuguese.htm

A Grammar of Kristang. Dicapai pada 29hb November 2021 dari https://openresearch-repository.anu.edu.au/…/1/PL-B95.pdf

Kata Ganti Nama Diri. Dicapai pada 29hb November 2021 dari http://mdfadilmin.blogspot.com/…/kata-ganti-nama-diri…


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Leave A Reply