Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “perbandingan” telah ditakrifkan sebagai “hal berbanding atau dibandingkan”. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, “bahasa” telah ditakrifkan “sistem lambang bunyi yang digunakan untuk mengidentifikasikan diri”.

Bahasa Jawa dituturkan oleh 80 juta orang di Indonesia dan Surinam. Bahasa Austronesia tersebut dituturkan di Jawa Tengah, Jawa Timur, Jawa Barat, Madura, Bali, dan Lombok, Indonesia. Bahasa tersebut dikenali sebagai “Båså Jåwå”.

Bahasa Sunda dituturkan oleh 39 juta orang di Indonesia. Bahasa Austronesia tersebut dituturkan di Jawa Tengah, Banten, Jakarta, dan Lampung. Bahasa tersebut dikenali sebagai “Basa Sunda”.

Apakah perbezaan dan persamaan antara Bahasa Jawa dengan Bahasa Sunda? Barangkali artikel ini akan dapat membantu sedikit persoalan kita. Harap bacalah dengan tenang dan hati yang terbuka.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Tumpuan penulis untuk artikel ini adalah Bahasa Jawa Ngoko. dan Bahasa Sunda Biasa.

NAMA BAHASA

Perhatikan nama asal dalam kedua-dua bahasa tersebut. Bahasa Jawa dikenali sebagai “Båså Jåwå” manakala Bahasa Sunda sebagai “Basa Sunda”.

Perkataan “båså” membawa maksud “ucapan”. Nama “Jåwå” dipercayai merujuk kepada nama sejenis tumbuhan yang bernama saintifik “Panicum viride”. Perkataan “båså” berasal daripada Sanskrit, “bhasa (भाषा)”.

Perkataan “basa” membawa maksud “bahasa”. Nama “Sunda” dipercayai berasal daripada imbuhan Sanskrit, “su-” yang bermaksud “kebaikan”. Perkataan “basa” berasal daripada Sanskrit, “bhasa (भाषा)”.

NOMBOR

Antara perbandingan yang dapat dilihat dalam kedua-dua bahasa tersebut ialah “nombor”. Nombor telah ditakrifkan sebagai “tanda yang menyatakan bilangan” menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.

Antara nombor yang terdapat dalam Bahasa Jawa ialah “songo” yang bermaksud “sembilan”. Perkataan tersebut berasal daripada Proto-Austronesian, *Siwa. Nombor tersebut harfiahnya bermaksud “sembilan”.

Antara nombor yang terdapat dalam Bahasa Sunda ialah “salapan” yang bermaksud “sembilan”. Nombor tersebut berasal daripada perkataan “sa-alapan” yang masing-masing bermaksud “satu ambilan”. Nombor tersebut harfiahnya bermaksud “-1+10”.

ANALISIS AYAT SATU

Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Saya suka minum air kelapa”.

Bahasa Jawa:
Aku sênêng ngombé banyu dêgan.

Bahasa Sunda:

Abdi reseup nginum cai dewegan.

Bahasa Jawa dan Bahasa Sunda masing-masing menggunakan “aku” dan “abdi” untuk Kata Ganti Nama Diri Pertama seorang. Perkataan “aku” berasal daripada Proto-Austronesia, *i-aku. Perkataan “abdi” berasal daripada Arab, “abdi (عَبْد‎)” yang bermaksud “hamba”.

Bahasa Jawa dan Bahasa Sunda masing-masing menggunakan “sênêng” dan “reseup” untuk “suka”. Perkataan “sênêng” sepadan dengan “senang” dalam Bahasa Melayu. Tiada padanan bagi perkatan “reseup”.

Bahasa Jawa dan Bahasa Sunda masing-masing menggunakan “banyu” dan “cai” untuk “air”. Kedua-dua perkataan tersebut masing-masing sepadan dengan perkataan “danau”, dan “cair” dalam Bahasa Melayu.

ANALISIS AYAT DUA

Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Saya tidak suka makan ikan”.

Bahasa Jawa:
Pådhå ora sênêng mangan iwak.

Bahasa Sunda:
Aranjeunna henteu reseup dahar lauk.

Bahasa Jawa dan Bahasa Sunda masing-masing menggunakan “ora” dan “henteu” untuk “tidak”. Perkataan “ora” sepadan dengan “tidak” dalam Bahasa Melayu. Perkataan “henteu” sepadan dengan “hindi” dalam Bahasa Tagalog.

Bahasa Jawa dan Bahasa Sunda masing-masing menggunakan “mangan” dan “dahar” untuk “makan”. Perkataan “mangan” sepadan dengan “makan” dalam Bahasa Melayu. Tiada padanan bagi perkataan “dahar”.

Bahasa Jawa dan Bahasa Sunda masing-masing menggunakan “iwak” dan “lauk” untuk “ikan”. Perkataan “iwak” sepadan dengan “faiva” dalam Bahasa Samoa. Perkataan “lauk” sepadan dengan “lauk” dalam Bahasa Melayu.

ANALISIS AYAT TIGA

Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Saya akan makan nasi ayam di restoran ini”.

Bahasa Jawa:
Aku arêp mangan segå pithik ning warung kaé.

Bahasa Sunda:
Abdi badé tuang sangu hayam di warung kitu.

Bahasa Jawa dan Bahasa Sunda masing-masing menggunakan “aku” dan “abdi” untuk Kata Ganti Nama Diri Pertama seorang. Perkataan “aku” berasal daripada Proto-Austronesia, *i-aku. Perkataan “abdi” berasal daripada Arab, “abdi (عَبْد‎)” yang bermaksud “hamba”.

Bahasa Jawa dan Bahasa Sunda masing-masing menggunakan “pithik” dan “hayam” untuk “ayam”. Perkataan “hayam” sepadan dengan “ayam” dalam Bahasa Melayu. Tiada padanan bagi perkataan “pithik”.

Bahasa Jawa dan Bahasa Sunda masing-masing menggunakan “kaé” dan “kitu” untuk “ini”. Perkataan “kitu” sepadan dengan “itu” dalam Bahasa Melayu. Tiada padanan bagi perkataan “kaé”.

KOSA KATA UNIK

Kedua-dua bahasa tersebut mempunyai kosa kata yang mungkin tidak wujud dalam bahasa lain. Sebahagiannya boleh diagak manakala sebahagian yang lain sukar difahami.

Antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Jawa ialah “alaki”, “alas”, “alun”, “ampal”, dan “angsang”. Kelima-lima perkataan tersebut masing-masing bermaksud “kahwin”, “hutan”, “ombak”, “kumbang”, dan “insang”.

Antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Sunda ialah “anuna”, “apuy”, “asang”, “awak”, dan “babar”. Kelima-lima perkataan tersebut masing-masing bermaksud “dia”, “api”, “insang”, “badan”, dan “untuk melahirkan”.

Bagi penulis, perkataan “alaki” dalam Bahasa Jawa seolah-olah seperti perkataan “berlaki” dalam Bahasa Melayu. Perkataan “apuy” dalam Bahasa Sunda seolah-olah seperti perkataan “api” dalam Bahasa Melayu.

KEBOLEHFAHAMAN BERSAMA

Kebolehfahaman Bersama ataupun dalam bahasa Inggeris “Mutual Intelligibility” secara ringkasnya adalah situasi di mana penutur dapat memahami antara satu sama lain tanpa perlu pelajarinya.

Bolehkah penutur Jawa dan Sunda dapat faham satu sama lain? Dengan keadaan, mereka tidak mengenali Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia Baku, tidak pernah bertemu, dan mereka perlu berbual dengan menggunakan bahasa masing-masing.

Sejujurnya, penulis tiada jawapan untuk soalan tersebut. Harap mereka yang berkenaan dapat memberikan ulasan di dalam ruangan ulasan di bawah.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah artikel tentang perbandingan antara Bahasa Jawa, dan Bahasa Sunda. Kedua-dua bahasa tersebut adalah serumpun dengan Melayu, Tagalog, Hawaii, Malagasy, Amis, dan sebagainya di bawah keluarga Austronesia.

Menurut saudara @/amrandika di Twitter, terdapat beberapa perkataan Jawa telah masuk ke dalam Bahasa Melayu. Antara perkataan tersebut ialah “ratu”, “pedoman”, “patut”, dan “anut”.

Menurut laman sesawang SEAlang Library Indonesia, terdapat beberapa perkataan Sunda telah masuk ke dalam Bahasa Indonesia. Antara perkataan tersebut ialah “awewe”, “babahu”, “bagong”, dan “baheula”.

Pada hakikatnya, penulis hendak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang membantu dalam menyiapkan artikel ini. Jasa mereka tidak terhitung banyaknya.

Apakah yang penulis terlupa tentang kedua-dua bahasa tersebut? Harap berikan ulasan anda di dalam ruangan ulasan di bawah.

Semoga artikel ini membawa manfaat kepada semua pihak baik secara langsung ataupun tidak langsung.

Kalau anda berminat dengan artikel-artikel yang membahaskan mengenai kebudayaan Alam Melayu, kami nak cadangkan karya terbaru kami iaitu Hikayat Adiwangsa yang merupakan sebuah karya fantasi yang sangat penuh dengan elemen-elemen Tamadun Melayu. Boleh beli di: http://bit.ly/HikayatAdiwangsa

RUJUKAN:

Temubual penulis bersama penutur jati Bahasa Jawa dan Bahasa Sunda.

Dewan Bahasa dan Pustaka: Perbandingan. Dicapai pada 22hb Disember 2021 dari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perbandingan

Kamus Besar Bahasa Indonesia: Bahasa. Dicapai pada 22hb Disember 2021 dari https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/bahasa

Javanese Alphabet. Dicapai pada 22hb Disember 2021 dari https://omniglot.com/writing/javanese.htm

Omniglot: Sundanese. Dicapai pada 22hb Disember 2021 dari https://omniglot.com/writing/sundanese.php

The Sound of Javanese Language. Dicapai pada 22hb Disember 2021 dari https://youtu.be/39x8nLpuxxg

The Sound of Sundanese Language. Dicapai pada 22hb Disember 2021 dari https://youtu.be/aDnXvKO6DgY

Austronesian Comparative Dictionary: Javanese. Dicapai pada 22hb Disember 2021 dari https://www.trussel2.com/ACD/acd-l_j.htm#Javanese

Austronesian Comparative Dictionary: Sundanese. Dicapai pada 22hb Disember 2021 dari https://www.trussel2.com/ACD/acd-l_s.htm#Sundanese

Kembar Kata Etimologi. Dicapai pada 22hb Disember 2021 dari https://mobile.twitter.com/amr…/status/1263878138347393024

SEAlang Library Indonesia. Dicapai pada 22hb Disember 2021 dari http://sealang.net/indonesia/dictionary.htm


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Leave A Reply