Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “perbandingan” telah ditakrifkan sebagai “hal berbanding atau dibandingkan”. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, “bahasa” telah ditakrifkan “sistem lambang bunyi yang digunakan untuk mengidentifikasikan diri”.

Bahasa Jakun dituturkan oleh 28 000 orang di Malaysia. Bahasa tersebut boleh ditemui di negeri Pahang dan Johor. Bahasa tersebut dikenali sebagai “Orang Hulu”.

Bahasa Temuan dituturkan oleh 23 000 orang di Malaysia. Bahasa tersebut boleh ditemui di negeri Selangor, Pahang, Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan. Bahasa tersebut dikenali sebagai “Bahasak Temuan”.

Bahasa Seletar dituturkan oleh 1500 orang di Malaysia dan Singapura. Bahasa tersebut boleh ditemui di negeri Johor dan Singapura. Bahasa tersebut dikenali sebagai “Orang Seletar”.

Peminat kisah-kisah mistik dipelawa membeli buku MISTIK ALAM MELAYU melalui:
https://shopee.com.my/The-Patriots-Mistik-Alam-Melayu-i.238336777.6038256542

Apakah perbezaan dan persamaan antara Bahasa Jakun, Temuan, dengan Seletar? Barangkali artikel ini akan dapat membantu sedikit persoalan kita. Harap bacalah dengan tenang dan hati yang terbuka.

ANALISIS AYAT SATU

Pertimbangkan ayat berikut dalam ketiga-tiga bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Kekal berada di rumah”.

Bahasa Jakun:
Kekal beradak di rumah kajeh.

Bahasa Temuan:
Sengoh hajak deket umah.

Bahasa Seletar:
Dudok deket umah.

Ayat Jakun di atas agak serupa dengan Bahasa Melayu. Bahasa itu mempunyai perkataan “beradak”, manakala Bahasa Melayu mempunyai “berada”. Makna dan asal-usul perkataan “kajeh” tidak dapat ditemui oleh penulis artikel ini.

Ayat Temuan di atas agak jauh dengan Bahasa Melayu. Bahasa itu mempunyai perkataan “hajak”. Perkataan “hajak” berasal daripada Sanskrit, “sahaya (सहज)”. Asal-usul perkataan “sengoh” tidak dapat ditemui oleh penulis artikel ini.

Ayat Seletar di atas serupa dengan Bahasa Melayu. Bahasa itu mempunyai perkataan “dudok”, manakala Bahasa Melayu mempunyai “duduk”. Ayat tersebut sepadan dengan ayat “Duduk dekat rumah” dalam Bahasa Melayu.

ANALISIS AYAT DUA

Pertimbangkan ayat berikut dalam ketiga-tiga bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Patuhi arahan semasa”.

Bahasa Jakun:
Hikut arahan semasak.

Bahasa Temuan:
Ekot nah arahan.

Bahasa Seletar:
Ekot arahan semasak.

Ayat Jakun di atas serupa dengan Bahasa Melayu. Bahasa itu mempunyai perkataan “hikut” dan “semasak”, manakala Bahasa Melayu mempunyai “ikut” dan “semasa”. Ayat tersebut sepadan dengan ayat “ikut arahan semasa” dalam Bahasa Melayu.

Ayat Temuan di atas agak jauh dengan Bahasa Melayu. Bahasa itu mempunyai perkataan “ekot”, manakala Bahasa Melayu mempunyai “ikut” dan “semasa”. Asal-usul perkataan “nah” tidak dapat ditemui oleh penulis artikel ini.

Ayat Seletar di atas serupa dengan Bahasa Melayu. Bahasa itu mempunyai perkataan “ekot” dan “semasak”, manakala Bahasa Melayu mempunyai “ikut” dan “semasa”. Ayat tersebut sepadan dengan ayat “ikut arahan semasa” dalam Bahasa Melayu.

Bahasa Jakun dan Seletar mempunyai perkataan “semasak”. Perkataan tersebut berasal daripada Sanskrit, “masa (मास)”.

ANALISIS AYAT TIGA

Pertimbangkan ayat berikut dalam ketiga-tiga bahasa tersebut. Ayat tersebut membawa maksud “Elakkan berita palsu”.

Bahasa Jakun:
Helak beritak palsu.

Bahasa Temuan:
Hau kelinggai berita muhung.

Bahasa Seletar:
Usah seber cita encak betul.

Ayat Jakun di atas serupa dengan Bahasa Melayu. Bahasa itu mempunyai perkataan “helak” dan “beritak”, manakala Bahasa Melayu mempunyai “elak” dan “berita”. Ayat tersebut sepadan dengan ayat “elak berita palsu” dalam Bahasa Melayu.

Ayat Temuan di atas agak jauh dengan Bahasa Melayu. Bahasa itu mempunyai perkataan “berita muhung”, manakala Bahasa Melayu mempunyai “berita bohong”. Asal-usul perkataan “hau” dan “kelinggai” tidak dapat ditemui oleh penulis artikel ini.

Ayat Seletar di atas agak serupa dengan Bahasa Melayu. Bahasa itu mempunyai perkataan “seber”, manakala Bahasa Melayu mempunyai perkataan “sebar”. Asal-usul perkataan “encak” tidak dapat ditemui oleh penulis artikel ini.

Bahasa Jakun, Temuan, dan Seletar masing-masing mempunyai perkataan “beritak palsu”, “berita”, dan “cita”. Perkataan “beritak” dan “berita” berasal daripada Sanskrit, “vrrta (वृत्त)”. Perkataan “palsu” dan “cita” pula masing-masing berasal daripada Portugis, “falso” dan Pali, “citta”.

KOSA KATA

Ketiga-tiga bahasa tersebut mempunyai kosa kata yang mungkin tidak wujud dalam bahasa lain. Sebahagiannya boleh diagak manakala sebahagian yang lain sukar difahami. Antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Jakun ialah “ajeh”, “kam”, “napa”, “muat”, dan “bajuk”. Kelima-lima perkataan tersebut membawa maksud “awak”, “saya”, “apa”, “buat” dan “baju”.

Antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Temuan ialah “genui”, “aki”, “wa’ak”, “laki’ek”, dan “bini’ek”. Kelima-lima perkataan tersebut membawa maksud “nenek”, “datuk”, “pakcik”, “suami” dan “isteri”. Antara perkataan yang terdapat dalam Bahasa Seletar ialah “man”, “nimun”, “isum”, “aheq”, dan “angguk”. Kelima-lima perkataan tersebut membawa maksud “makan”, “minum”, “khinzir”, “air” dan “anjing”.

KEBOLEHFAHAMAN BERSAMA

Kebolehfahaman Bersama ataupun dalam bahasa Inggeris “Mutual Intelligibility” secara ringkasnya adalah situasi di mana penutur dapat memahami antara satu sama lain tanpa perlu pelajarinya.

Bolehkah penutur Jakun, Temuan, dan Seletar dapat faham satu sama lain? Dengan keadaan, mereka tidak mengenali Bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, tidak pernah bertemu, dan mereka perlu berbual dengan menggunakan bahasa masing-masing.

Sejujurnya, penulis tiada jawapan untuk soalan tersebut. Harap mereka yang berkenaan dapat memberikan ulasan di dalam ruangan ulasan di bawah.

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah artikel tentang perbandingan antara Bahasa Jakun, Temuan, dan Seletar. Mereka adalah antara Malayik di bawah Austronesia. Ketiga-tiga bahasa tersebut serumpun dengan Melayu, Iban, Minangkabau, Kedayan, dan lain-lain.

Pada hakikatnya, penulis hendak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang membantu dalan menyiapkan artikel ini. Jasa mereka tidak terhitung banyaknya. Apakah yang penulis terlupa tentang ketiga-tiga bahasa tersebut? Harap berikan ulasan anda di dalam ruangan ulasan di bawah. Semoga artikel ini membawa manfaat kepada semua pihak baik secara langsung ataupun tidak langsung.

TAMAT.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Dewan Bahasa dan Pustaka: Perbandingan. Dicapai pada 5hb April 2022 dari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perbandingan
Kamus Besar Bahasa Indonesia: Bahasa. Dicapai pada 5hb April 2022 dari https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/bahasa


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Masyarakat Orang Asli: Suatu Pengenalan. Dicapai pada 5hb April 2022 dari http://skmensoncameron.blogspot.com/…/masyarakat-orang…

Jakun Language. Dicapai pada 5hb April 2022 dari https://www.ethnologue.com/archive-redirect

Temuan Language. Dicapai pada 5hb April 2022 dari https://www.ethnologue.com/archive-redirect

Orang Seletar. Dicapai pada 5hb April 2022 dari http://www.unesco.org/…/en/atlasmap/language-id-2282.html
Bahasa dan Dialek Pribumi Malaysia. Dicapai pada 5hb April 2022 dari https://m.facebook.com/102664131233399/posts/141873487312463/?app=fbl

Mari belajar bahasa asli Jakun. Dicapai pada 5hb April 2022 dari http://roniironi.blogspot.com/…/normal-0-21-false-false…

Belaja’r Bahasa Temuan – 2. Dicapai pada 5hb April 2022 dari http://inak-temuan.blogspot.com/…/belajar-bahasa-temuan…

Belajar Bahasa Asli Seletar. Dicapai pada 5hb April 2022 dari http://kedapskdanga.blogspot.com/…/belajar-bahasa-asli…

Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Leave A Reply