Indonesia ataupun nama rasminya “Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI)” adalah sebuah negara Asia Tenggara yang terletak di sekitar kawasan Khatulistiwa. Negara seluas 1,904,569 kilometer persegi (km2)  yang berpenduduk lebih 267 juta orang itu bersempadan laut dan/atau darat dengan Papua New Guinea, Timor Leste, Malaysia, Singapura, Filipina, Vietnam, Australia, Palau dan India.

Sebagaimana banyak negara di seluruh dunia, Indonesia juga terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Kaum Cina ataupun Tionghua adalah antara kaum yang terdapat di negara berkenaan. Untuk pengetahuan semua, hampir tiga juta orang kaum Cina telah menjadi warganegara di Indonesia. Artikel ini membincangkan tentang penggunaan nama keluarga kaum yang terdiri daripada 1.2% penduduk Indonesia.

Karakter “陳” yang bermaksud pamer, jelaskan, purba, negara kota Chen dan Dinasti Chen adalah antara nama keluarga kaum tersebut. Nama karakter berkenaan disebut sebagai Chen, Tan, Tan, Tjan/Chan, dan Tjin/Chin dalam bahasa Mandarin, Hokkien, Teochew, Kantonis dan Hakka masing-masing. Antara contoh pengubahsuaian nama tersebut adalah Tanjung, Iskandar, Chandra, Tanuwijaya dan Setiawan.

Karakter “李” yang bermaksud buah serta pokok pelam, Zeta Virginis ataupun keadilan adalah nama keluarga kaum tersebut. Dalam bahasa Mandarin, Hokkien, Teochew, Kantonis dan Hakka masing-masing; nama karakter berkenaan disebut sebagai Li, Li/Le/Lee, Li/Lie/Lee, Li/Lie/Lee dan Li/Lie/Lee. Antara contoh pengubahsuaian nama tersebut adalah Ramli, Lieberman, Leman, Leonardo dan Ali.

Karakter “林” yang bermaksud hutan, kayu ataupun belukar adalah nama keluarga kaum tersebut. Dalam bahasa Mandarin, Hokkien, Teochew, Kantonis dan Hakka masing-masing; nama karakter berkenaan disebut sebagai Lin, Liem/Lim, Liem/Lim, Lam dan Liem/Liem. Antara contoh pengubahsuaian nama tersebut adalah Halim, Salim, Muslim, Alim dan Laksana.

Karakter “王” yang bermaksud raja, juara ataupun hebat adalah nama keluarga kaum tersebut. Dalam bahasa Mandarin, Hokkien, Teochew, Kantonis dan Hakka masing-masing; nama karakter berkenaan disebut sebagai Wang, Ong/Bong, Ong/Bong, Wong dan Wong. Antara contoh pengubahsuaian nama tersebut adalah Dharmawangsa, Wangsadinata, Ongkowijoyo, Enggano dan Pranata.

Karakter “郭” yang bermaksud luar kota adalah nama keluarga kaum tersebut. Dalam bahasa Mandarin, Hokkien, Teochew, Kantonis dan Hakka masing-masing; nama karakter berkenaan disebut sebagai Guo, Kwee/Kwi/Que, Kwee/Kwi/Que, Kuok/Kwok/Kok dan Kuok/Kwok/Kok. Antara contoh pengubahsuaian nama tersebut adalah Kusumawijaya, Kusuma, Kuncoro, Soewito dan Swito.

Karakter“韓” yang bermaksud pagar, Zeta Ophiuchi dan kerajaan Han adalah nama keluarga kaum tersebut. Dalam bahasa Mandarin, Hokkien, Teochew, Kantonis dan Hakka masing-masing; nama karakter berkenaan disebut sebagai Han, Han, Han, Hon dan Hon. Antara contoh pengubahsuaian nama tersebut adalah Hanjoyo, Suhandi, Hanjaya, Handoko dan Handaya.

Karakter “梁” yang bermaksud jambatan dan kerajaan Liang adalah nama keluarga kaum tersebut. Dalam bahasa Mandarin, Hokkien, Teochew, Kantonis dan Hakka masing-masing; nama karakter berkenaan disebut sebagai Liang, Nio/Neo, Nio/Neo, Leong/Liong/Leung dan Leong/Liong. Antara contoh pengubahsuaian nama tersebut adalah Neonardi, Antonio, Nurjaman, Nurtanio dan Rovanio.

Karakter “范” yang bermaksud lebah adalah nama keluarga kaum tersebut. Dalam bahasa Mandarin, Hokkien, Teochew, Kantonis dan Hakka masing-masing; nama karakter berkenaan disebut sebagai Fan, Hoan/Hwoan/Huang, Hoan/Hwoan/Huang, Fan/Faan, dan Fam/Hoan/Hwan/Fan. Antara contoh pengubahsuaian nama tersebut adalah Handoko, Limantara, Fania, Fandi dan Hoana.

Karakter “彭” yang bermaksud Peng (Nama kota kuno) adalah nama keluarga kaum tersebut. Dalam bahasa Mandarin, Hokkien, Teochew, Kantonis dan Hakka masing-masing; nama karakter berkenaan disebut sebagai Peng, Phe/Phi, Phe/Phi, Pang/Fhang dan Phang. Antara contoh pengubahsuaian nama tersebut adalah Pangestu.

Karakter “劉” yang bermaksud bunuh ataupun sembelih adalah nama keluarga kaum tersebut. Dalam bahasa Mandarin, Hokkien, Teochew, Kantonis dan Hakka masing-masing; nama karakter berkenaan disebut sebagai Liu, Lau/Lauw/Law, Lau/Lauw/Law, Lau/Lauw/Law dan Lioe/Liauw/Liu. Antara contoh pengubahsuaian nama tersebut adalah Leo, Lawang, Pahlawan, Lawrence dan Lovin.

Kesimpulannya, itu adalah antara pengindonesiaan nama keluarga kaum itu di Indonesia. Untuk pengetahuan semua; Agnes Monica, Baim Wong dan Basuki Tjahaya Purnama (Ahok) adalah antara individu terkenal berbangsa Cina ataupun Tionghua di negara berkenaan.

Presiden Kedua Indonesia iaitu Suharto (1921-2008) dari tahun 1968 hingga 1998 telah menggalakkan penggunaan nama berbaur Indonesia dengan mengubahsuai pada bahagian awal ataupun akhir nama keluarga mereka sebelum undang-undang tersebut dimansuhkan mulai tahun 2000.

RUJUKAN:

Map of Indonesia. Retrieved November 19, 2019 from https://www.lonelyplanet.com/maps/asia/indonesia/

Indonesian Demographic. Retrieved November 19, 2019 from http://unstats.un.org/unsd/demographic/products/dyb/DYB2004/Table03.pdf

Population of Indonesia in UN. Retrieved November 19, 2019 from  https://population.un.org/wpp/

Population Indicator in Indonesia. Retrieved November 19, 2019 from https://population.un.org/wpp/Download/Files/1_Indicators%20(Standard)/EXCEL_FILES/1_Population/WPP2019_POP_F01_1_TOTAL_POPULATION_BOTH_SEXES.xlsx

Kewarganegaraam, Suku, Bangsa, Agama dan Bahasa. Retrieved November 19, 2019 from https://www.bps.go.id/website/pdf_publikasi/watermark%20_Kewarganegaraan,%20Suku%20Bangsa,%20Agama%20dan%20Bahasa_281211.pdf

Ganti Nama di Kalangan Keturunan Tionghoa, Peraturan dan Kebebasan. Retrieved November 19, 2019 from  https://web.archive.org/web/20080130133021/http://www.fib.ui.ac.id/index1.php?id=view_news&ct_news=75


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.