Penghijrahan ataupun “Aliyah” dari China masih berterusan. Dalam siri ini, kita akan teruskan dengan alkisah seorang perempuan muda dari Kaifeng yang akan berhijrah ke Israel pada bulan hadapan. Orang yang dimaksudkan adalah Li Cheng Jin.

Li Cheng Jin melihat aliyah ke Israel sebagai peluang daripada semua segi. Peluang untuk memantapkan akidahnya dan keimanannya, memperkuatkan mitzvot yakni Perintah Yahudi serta menukar kerjayanya. “Saya seorang jururawat, tetapi saya tidak berasa bangga dengannya. Saya hendak mencuba sesuatu yang berbeza”.

Li yang berusia 28 tahun akan berhijrah ke Israel dalam masa beberapa bulan. Pastinya, segala-galanya akan berbeza. Daripada makanan sehinggalah ke bahasa sehariannya. Mempelajari Bahasa Ibrani, mempelajari kitab Taurat untuk persediaannya menukar ke agama Yahudi.

Li sudah sedia. Beliau sudah mempelajarinya selama bertahun-tahun, namun beliau mengetahui yang banyak lagi perkara yang harus dipelajari dan buatnya. Melalui keimanan, usrah dan amalan; Li menambah keyakinan dengan “segalanya akan berubah menjadi lebih baik dan akan bertambah baik – untuk saya, komuniti Kaifeng dan semua Yahudi di seluruh dunia”.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Di sebaliknya, Li Cheng Jin adalah merupakan seorang perempuan muda yang sangat gemar memasak, membaca, melancong, mendengar muzik dan menghabiskan masa dengan kawan-kawan karibnya. Hidupnya mempunyai sedikit perbezaan yang ketara daripada kenalannya di Kaifeng.

Li adalah orang biasa yang ditaja Shavei Israel untuk segala kegiatan komuniti Yahudi di Kaifeng. Seperti Gao Yi Chen, bapa kepada Li juga salah seorang ketua komuniti di sana.

Li mendapat tahu yang beliau itu adalah seorang Yahudi. Bapanya telah memberitahu 10 tahun yang lepas. Beliau terkejut pada mulanya lalu menjadi sangat gembira. Pada hari ini, beliau beramal pada hari Sabbath dan meraikan segala hari kebesaran Yahudi. Rosh Hashana, Passover, Hanukkah dan Sukkot.

Menurut perspektifnya, semakin banyak dipelajari semakin banyak yang tidak diketahui. Kosher (Halal versi Yahudi) juga beliau tegas dalam mengamalkannya. Beliau mendakwa, kawan-kawan karibnya menghormati ketegasannya.

Tetapi, untuk kembali kepada fitrah yakni Agama Yahudi, beliau menyedari yang “Saya perlu berada di Israel. Saya bersedia untuk pulang”. Untuk persediaan aliyahnya, Li Cheng Jin meninggalkan kerjayanya beberapa bulan yang lalu untuk mempelajari Bahasa Ibrani sepenuh masa.

Beliau juga bekerja dengan pengajar atas talian yang disediakan Shavei Israel. Beliau bersama pendakwah Israel baharu kepada komuniti Yahudi di Kaifeng, China.

Li Cheng Jin mengetahui yang semuanya bukanlah “makan kacang”. Terdapat beberapa orang di Kaifeng yang beliau perlu ajari sehingga peringkat mendalam. Apabila ditanya tentang perkara yang paling membanggakannya dalam sepanjang hidupnya. Dengan selambanya menjawab, “Saya adalah orang Yahudi”.

Tidak lama lagi, Li akan menjadi warganegara Israel yang paling dibanggakan.

Kami bertanya Li Cheng Jin satu soalan lagi, apakah saat yang paling menggembirakan dalam hidup? Li Cheng Jin menjawab soalan tersebut tanpa teragak-agak. “Apabila saya mendapat tahu yang Shavei Israel akan menaja saya untuk berhijrah ke Israel. Itulah pusingan yang terbesar dalam hidup saya”.

Untuk pengetahuan semua, Shavei Israel adalah sebuah organisasi jnik tanpa keuntungan. Organisasi tersebut dibangunkan untuk membantu keturunan Yahudi dan Bani Israel yang hilang untuk mencari akarnya. Organisasi tersebut menjadi wasilah untuk warisan dan keturunan Yahudi yang ingin pulang ke tanah asalnya.

Shavei Israel dibangunkan oleh Michael Freund dengan tujuan untuk menguatkan ikatan antara kaum Yahudi, Medinat Israel (Nama rasmi negara Israel) dan keturunan Yahudi dari seluruh dunia. Organisasi itu pada masa kini aktif di belasan negara dan menyediakan bantuan untuk banyak komuniti.

Artikel ini telah diterjemah, dipermudah dan ditambahbaik oleh #AlamBahasa12 dari https://shavei.org/campaign-kaifeng-meet-li-chengjin/ yang dicapai pada hari Khamis bertarikh 5hb Mac 2020.
Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.