Filem animasi Moana menceritakan tentang seorang puteri Polynesia yang perlu mencari Maui, seorang makhluk separa-dewa legenda demi membantunya mempersatukan semula sebuah relik mistik dengan seorang dewi agar dapat menyelamatkan masyarakatnya.

Namun tidak seperti kebanyakan filem Disney yang lain, kisah yang menghiasi filem Moana bukanlah sekadar fiksyen fantasi. Akan tetapi, ianya dihasilkan dengan bersandarkan pada mitologi purba Hawaii, Mangareva, Tahiti, Tonga, Samoa dan Polynesia.Walaupun filem ini cenderung mengutamakan versi mitos masyarakat Polynesia berbanding versi-versi lain, Maui pada hakikatnya masih merupakan satu figura yang sangat penting dalam budaya-budaya lain.

Sebagai contoh, dalam mitos Hawaii, Maui memainkan peranan yang penting dalam kisah penciptaan mereka memandangkan Maui bertanggungjawab menyerahkan rahsia (penciptaan) api kepada manusia. Maui juga berperanan menghambat matahari agar ia bergerak lebih perlahan di langit sekaligus membuatkan siang menjadi semakin panjang.

Maui si separa-dewa

MITOS MAUI YANG TIDAK DICERITAKAN

Gambaran yang diberikan oleh Disney tentang Maui agak berbeza dari mitologi sebenar memandangkan Disney perlu menyesuaikannya dengan penonton yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam mitologi sebenar, Maui mempunyai empat orang saudara dan beberapa aksinya yang bersifat g4nas tidak dimunculkan di dalam filem. Tambahan lagi, Maui yang dipaparkan oleh Disney digambarkan sebagai seorang yang ditinggalkan oleh tuanya ketika beliau masih kecil, sebelum kemudiannya dibesarkan oleh seorang dewa. Sementara itu di dalam mitos, Maui secara umum dilihat sebagai seorang putera yang berbapakan dewa dan beribukan wanita manusia, sekaligus menjadikannya seorang separa-dewa.

Salah satu pemilihan besar yang dilakukan oleh pasukan animasi Disney adalah penampilan fizikal Maui. Dalam kebanyakan legenda, Maui digambarkan sebagai seorang pemuda yang bertubuh kurus dan usianya masih sekitar remaja, Rambutnya pula diikat dengan simpul di atas.

Namun di dalam animasi Disney, Maui ditampilkan sebagai seorang lelaki asli yang rambutnya kusut-masai (keriting) dan terjuntai ke paras bahu. Pada asalnya, Maui dilukis dengan tubuh yang lebih kurus. Namun kemudiannya, saiz badan karakter ini diubah selepas perbincangan dilakukan dengan pakar-pakar dari Oceanic Story Trust. Menurut mereka, Maui di dalam Disney perlu ditampilkan sebagai seorang lelaki yang bertubuh badan besar dan berperwatakan seorang perwira.

Kiri: Gambaran Maui yang lebih tradisional. Kanan: Maui versi Disney

BEBERAPA KISAH YANG KONSISTEN DALAM MITOS MAUI

Walaupun terdapat kepelbagaian dalam legenda-legenda Maui, terdapat dua buah kisah yang konsisten. Kisah yang pertama melibatkan kisah di mana Maui mencipta kepulauan. Untuk melaksanakan tugas tersebut, Maui mengajak saudara-saudaranya untuk keluar memancing bersamanya.

Ketika mereka sedang ralit memancing, Maui mendapatkan cangkuk pancing ajaibnya di dasar laut. Kemudian, beliau memujuk saudara-saudaranya agar mendayung perahu dengan sekuat mungkin, kononnya kerana beliau telah berjaya menangkap seekor ikan besar. Maui kemudian mengambil kesempatan itu untuk mencipta beberapa buah pulau yang membentuk Kepulauan Hawaii (dan banyak lagi pulau lain).

Kisah kedua yang konsisten dalam mitos Maui adalah kisah di mana beliau menahan atau menghambat matahari. Dalam kisah ini, Maui dihikayatkan menangkap matahari dengan menggunakan rambut saudara perempuannya. Beliau melakukan hal yang sedemikian bagi membantu ibunya. Untuk tujuan itu, Maui menghvkum matahari sehingga ia bersetuju untuk membenarkan siang berlalu lebih panjang pada musim panas dan lebih pendek pada musim sejuk.

Dalam versi yang lain, Maui tidak menggunakan rambut saudaranya. Akan tetapi, beliau mengambil tulang rahang nenek-moyangnya yang bernama Muri-ranga-whenua lalu menggunakannya sebagai senjata untuk menvndukkan matahari demi membantu manusia mendapatkan hari siang yang lebih panjang.

Maui si separa dewa merampas sinar cahaya. Oleh Paul Rockwood (1951)

LAGU ‘YOU’RE WELCOME’ DALAM FILEM ANIMASI

Lirik lagu ‘You’re Welcome’ dalam filem animasi Disney sememangnya selari dengan mitos-mitos Polynesia. Lagu ini mengingatkan kepada kita tentang betapa Maui sentiasa membantu manusia ketika hayatnya. Dalam mitologi masyarakat Polynesia, Maui diperlihatkan sebagai seorang separa-dewa yang terkenal dengan kenakalannya dan cangkuk pancing ajaibnya yang ikonik, yang diperbuat daripada tulang rahang Muri-ranga-whenua.

Masyarakat Polynesia juga memberikan kredit kepada Maui sebagai pencipta kepulauan mereka, sama seperti pandangan yang dipegang oleh kebanyakan budaya lain yang mengenali Maui.

Dengan sedikit penambahan berbanding mitos Hawaii yang diceritakan di atas, mitos Polynesia ada memerihalkan bahawa dalam sebuah perlayaran bersama saudara-saudaranya, Maui menggunakan d4rah dari hidungnya sendiri untuk mengumpan seekor ikan besar dari lautan dalam dan kemudian menangkapnya dengan menggunakan cangkuk pancing ajaibnya.

Sebaik sahaja ikan tersebut berjaya ditangkap, Maui segera bergegas mendapatkan seorang paderi yang boleh melaksanakan upacara dan doa yang sesuai ke atas ikan itu. Namun, saudara-saudara Maui tidak menunggu kepulangannya dan bertindak memot0ng dan membahagi-bahagikan d4ging ikan tersebut.

Daripada situlah makanya terbentung gunung-ganang, cenuram-cenuram dan lembah-lembah (dalam mitos Polynesia). Seandainya saudara-saudara Maui menuruti kata Maui, legenda menyebutkan bahawa pulau tersebut akan menjadi sebuah daratan rata sekaligus memudahkan penghuninya mengembara ke seluruh pulau.

A.W. Reed: Maui: Legends of the Demigod of Polynesia. Wellington: A.H. & A.W. Reed, 1943

MAUI DAN MITOS API

Dalam mitologi masyarakat Polynesia, Maui dipercayai sebagai anak kepada Taranga, isteri Makeatutara. Kisah kelahirannya yang ajaib ini melibatkan Taranga membvang anaknya yang masih bayi itu ke dalam lautan sambil tubuhnya dibalut dengan rambut Taranga sendiri. Kemudian, semangat lautan menemui bayi tersebut dan membalutnya pula dengan rumpai laut.

Nenek moyang Maui yang bernama Rangi lantas mengambilnya dan membesarkannya sehingga dewasa. Tatkala usianya sudah matang, Maui pun keluar mengembara mencari ibu dan saudara-saudaranya.

Mitos masyhur lain yang melibatkan Maui adalah penemuan api. Maui mendapati bahawa api sudah pun hilang dari muka bumi. Lantaran itu, beliau pun pergi mendapatkan dewi api, Mahuika dan mempelajari seni rahsia menyalakan api. Pada masa yang sama, kelakuan-kelakuan nakalnya membuatkan Mahuika naik marah.

Walaupun Maui berjaya mempelajari seni rahsia api, beliau nyaris-nyaris kehilangan nyawa di tangan Mahuika. Beliau mengubah bentuk tubuhnya menjadi seekor helang. Namun, tindakannya ini hanya menaikkan lagi kemarahan Mahuika yang lantas bertindak membakar daratan dan lautan. Maui kemudian memanjatkan doa kepada nenek-moyangnya. Setelah itu, hujan yang lebat pun turun dan memadam api yang membakar bumi.

Wira dalam mitologi Polynesia, Maui digambarkan memegang tulang rahang Murirangawhenua

Maui menemui aj4lnya semasa melaksanakan helah nakalnya yang terakhir ke atas Dewi Hine-nui-te-po. Dalam cubaan untuk menjadikan makhluk manusia itu dapat hidup abadi, Maui masuk ke dalam tubuh dewi tersebut dengan menyamar sebagai seekor cacing. Namun ketika beliau sedang cuba keluar dari tubuh Dewi Hine-nui-te-po, tubuhnya sendiri hancvr di tangan gigi dewi tersebut yang tajam lantas mengakibatkan Maui terbvnuh.

TERJEMAHAN:

Veronica Parkes. (7 Mac 2017). Disney ALMOST Got it Right: From Moana to Mayhem, The Mythology Behind the Real Maui. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends/disney-almost-got-it-right-moana-mayhem-mythology-behind-real-maui-007674

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.