Boleh dikatakan hampir semua orang terutamanya golongan belia mempunyai kegemarannya masing-masing untuk mengisi masa lapang. Bermain permainan video ataupun kita lebih kenali sebagai “Video Games” adalah antara kegiatan yang sangat digemari oleh mereka. Pada hari ini, terdapat banyak syarikat yang menawarkan pelbagai jenis genre dalam Permainan Video seperti Penembak Orang Pertama (First Person Shooter), Rancangan Waktu Sebenar (Real Time Strategy) dan sebagainya.

Electronics Arts Incorporated ataupun singkatannya EA adalah antara nama syarikat permainan video yang dikenali oleh pihak yang berkenaan. EA adalah sebuah syarikat permainan video yang beribu pejabat di Redwood City, California, Amerika Syarikat.  Syarikat tersebut ditubuhkan pada 27 Mei 1982 oleh seorang pekerja Apple, Trips Hawkins. Sejak penubuhannya, pelbagai permainan video telah berjaya dihasilkan seperti “Starwars Rise of Power”, “Plants VS Zombies”, “APEX Legend”, “Battlefield V”, “The Sims” dan sebagainya.

The Sims iaitu sebuah pemainan video yang bercorakkan simulasi kehidupan telah dicipta oleh Maxis lalu diterbitkan oleh EA. Maxis yang dimaksudkan bukanlah nama sebuah syarikat komunikasi Malaysia tetapi nama anak syarikat EA. Apa yang menarik perhatian penulis artikel ini mengenai The Sims adalah penggunaan bahasanya. Bahasa yang dituturkan dalam watak The Sims adalah Bahasa Simlish.

Bahasa Simlish adalah bahasa fiksyen dalam siri permainan video The Sims. Bahasa tersebut telah dicipta oleh seorang pereka permainan iaitu William Ralph Wright pada tahun 1996. Sebagai seorang pereka, beliau tahu yang permainan video memerlukan perbualan untuk menyampaikan sesuatu tujuan. Wright membuat keputusan untuk mencipta bahasa Simlish kerana berpendapat bahasa sedia ada seperti Inggeris akan menyebabkan pengulangan. Secara dasarnya, Simlish diperbuat daripada gibberish iaitu ucapan bunyi yang bukannya perkataan sebenar. 

Sistem tulisan adalah aspek yang dapat diperhatikan oleh penulis artikel ini. Kelihatannya bahasa Simlish menggunakan sistem Alphabet. Alphabet adalah set huruf yang mewakili bunyi. Bahasa Simlish mempunyai dua puluh enam huruf iaitu Aa, Bb, Cc, Dd, Ee, Ff, Gg, Hh, Ii, Jj, Kk, Ll, Mm, Nn, Oo, Pp, Qq, Rr, Ss, Tt, Uu, Vv, Ww, Xx, Yy dan Zz. Setiap huruf tersebut sama ada huruf besar (Upper Case) ataupun huruf kecil (Lower Case) mempunyai bentuknya yang tersendiri. Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari Bahasa Simlish, anda perlu menghafal lima puluh dua (52) bentuk.

Tatabahasa adalah aspek yang dapat diperhatikan oleh penulis artikel ini. Untuk pengetahuan semua, bahasa fiksyen ini tiada tatabahasa serta set hukum, prinsip dan proses dalam struktur ayat. Kebanyakan ayat Simlish yang ditemui dalam pelbagai laman sesawang adalah tidak rasmi.

Homonim adalah aspek yang dapat diperhatikan oleh penulis artikel ini. Homonim adalah perkataan yang mempunyai ejaan dan sebutan yang sama tetapi mempunyai makna yang berbeza. Perkataan dalam Simlish yang mempunyai homonim adalah “Chumcha!”. Perkataan tersebut membawa dua maksud iaitu “Piza” dan “Makanan Cina”.

Dwigraf adalah aspek yang dapat diperhatikan oleh penulis artikel ini. Dwigraf adalah gabungan dua huruf untuk menghasilkan satu bunyi. Perhatikan ayat “Benzi Chibna looble bazebnu gweb.” dalam Simlish yang bermaksud “Tiada yang mustahil jika percaya”. Anda nampak perkataan “Gweb”? Perkataan tersebut mengandungi satu dwigraf iaitu “gw”. Dwigraf tersebut adalah gabungan daripada huruf “g” dan “w”.

Fonetik adalah aspek yang dapat diperhatikan oleh penulis artikel ini. Fonetik adalah cabang bahasa yang mengkaji bunyi ucapan manusia. Perhatikan ayat “Benzi Chibna looble bazebnu gweb.” dalam Simlish yang bermaksud “Tiada yang mustahil jika percaya”. Berdasarkan pendengaran penulis, perkataan “gweb” diwakili dengan [gwed]. Dalam bidang bahasa, bunyi [gw] dikenali sebagai “labialised voiced velar stop”. Cara untuk menghasilkan bunyi tersebut adalah dengan meletakkan tengah lidah ke bahagian tengah lelangit lalu kecilkan bibir sambil menahan nafas untuk seketika dan kemudiannya melepaskan udara melalui mulut.

Akhir sekali, Onomatopoeia adalah aspek yang dapat diperhatikan oleh penulis artikel ini. Onomatopoeia secara ringkasnya adalah kata nama mahupun kata kerja yang berasal daripada bunyi sekeliling. Contoh perkataan dalam Simlish yang mengandungi aspek berkenaan adalah “woofum”, “sherb” dan “minicule” yang masing-masing bermaksud “anjing”, “ular” dan “kucing”.  Perkataan “woofum” dan “minicule” masing-masing berasal daripada bunyi anjing menyalak dan kucing mengiau manakala “sherb” daripada geseran ular di atas rumput ketika merayap.

Kesimpulannya, itu adalah antara pengenalan mengenai Bahasa Simlish. Penulis artikel ini cuba sedaya upaya untuk mencari unsur yang terdapat dalam bahasa itu. Walaupun kewujudan bahasa tersebut tidak rasmi, namun banyak video dalam pelbagai laman sesawang telah memberikan tunjuk ajar tentang cara mempelajari Simlish. Malah, kaki pemainan video terutamanya siri The Sims berjaya menghafal sehingga fasih dalam bahasa tersebut.

RUJUKAN:

EA. Retrieved November 15, 2019 from https://www.ea.com/games/base-games

Retrieved November 15, 2019 from

Sound Words: Examples of Onomatopoeia. Retrieved November 15, 2019 from https://examples.yourdictionary.com/5-examples-of-onomatopoeia.html

What is a Digraph. Retrieved November 15, 2019 from https://www.theschoolrun.com/What-is-a-digraph

Examples of Homonyms. Retrieved November 15, 2019 from https://examples.yourdictionary.com/examples-of-homonyms.html

10 Things Most People Don’t Know About Simlish. Retrieved November 15, 2019 from https://www.thegamer.com/the-sims-simlish-facts/?fbclid=IwAR1qTTbZXzPCQNiAIrdkHZtXA8IH2BHtuHBF7X-OvQsK9pwDkyr85NM1Jc4

Back to School: Simlish! | How to Speak Simlish. Retrieved November 15, 2019 from https://www.youtube.com/watch?v=NadDmcwUIJc&feature=youtu.be&fbclid=IwAR2wAVxBQSnBUh-a394ognprWrXGnhnILu1ykSSmk7nDundeevAjSR5X-wA

Learn how to write in Simlish. Retrieved November 15, 2019 from https://learnsimlish.blogspot.com/2012/08/simlish-alphabet-list.html?m=1&fbclid=IwAR1OCuWX3GvS1amEwPtCJavAkZBReNvjlfcdujm7ozWUlw7IDWVQNRT5mqc

A systematic examination of gibberish in a multilingual schizophrenic patient. Retrieved November 15, 2019 from http://las.sagepub.com/cgi/content/abstract/2/1/1

Video Games Genres By Shan Ray in Hacker Noon. Retrieved November 15, 2019 from https://hackernoon.com/video-game-genres-d0dfc5366b10

Are video games considered a hobby?. Retrieved November 15, 2019 from https://www.quora.com/Are-video-games-considered-a-hobby


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.