Maulidur Rasul adalah hari memperingati keputeraan Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa salaam (SAW). Nabi Muhammad SAW adalah putera tunggal kepada Abdullah Bin Abdul Mutallib (546-571) dan Aminah Binti Wahab (557-578).
Baginda telah diputerakan pada tarikh 22hb April 571 di Mekah. Baginda wafat pada tarikh 8hb Jun 632 di Madinah. Baginda dimakamkan di Masjid Nabawi, Madinah. Untuk pengetahuan, baginda hidup di dunia selama 61 tahun 01 bulan 17 hari.
Tanpa mengira mazhab dan aliran dalam agama Islam, Maulidur Rasul disambut oleh banyak negara di seluruh dunia khususnya negara Islam. Negara seperti Malaysia, Brunei dan sebagainya juga telah menjadikan hari tersebut sebagai cuti umum.
Sebenarnya, banyak istilah berbeza yang merujuk kepada sambutan tersebut. Persoalannya, apakah nama tersebut? Adalah diharapkan artikel ini dapat menjawab sedikit persoalan kita.
MAULIDUR RASUL
Antara istilah yang merujuk kepada Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW adalah “Maulidur Rasul”. Malaysia adalah antara negara di dunia yang menggunakan istilah tersebut.
Perkataan “maulidur” berasal daripada akar “w-l-d”. Perkataan “maulidur” membawa maksud “Hari Lahir”. Akar “w-l-d” membawa konsep yang berkaitan dengan perbuatan beranak.
Perkataan “rasul” berasal daripada akar “r-s-l”. Perkataan “rasul” memnawa maksud “utusan”. Akar “r-s-l” pula membawa konsep yang berkaitan dengan perbuatan menghantar.
MAULID AN-NABAWI
Antara istilah yang merujuk kepada Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW adalah “Maulid An-Nabawi”. Maghribi adalah antara negara di dunia yang menggunakan istilah tersebut.
Perkataan “Maulid” berasal daripada akar “w-l-d”. Perkataan “Maulid” membawa maksud “Hari Lahir”. Akar “w-l-d” membawa konsep yang berkaitan dengan perbutan beranak.
Perkataan “Nabawi” berasal daripada akar “n-b-w”. Perkataan “Nabawi” membawa maksud “Nabi”. Akar “n-b-w” berasal daripada Bahasa Aramaik iaitu n’ḇiyyā (נביא) yang membawa maksud yang sama.
EID-E-MILAD UN-NABI
Antara istilah yang merujuk kepada Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW adalah “Eid-E-Milad Un-Nabi”. India adalah antara negara di dunia yang menggunakan istilah tersebut.
Perkataan “Eid” berasal daripada Bahasa Arab, “id (عيد)”. Perkataan “id” berasal daripada Bahasa Suryani, “ʿīḏā”. Perkataan dalam Bahasa Suryani membawa maksud “pesta”.
Perkataan “Milad” berasal daripada Bahasa Arab, “milad (ميلاد)”. Perkataan “milad” berasal daripada akar “w-l-d”. Akar “w-l-d” membawa konsep yang berkaitan dengan perbutan beranak.
Perkataan “Nabi” berasal daripada akar “n-b-w”. Perkataan “Nabi” membawa maksud “Nabi”. Akar “n-b-w” berasal daripada Bahasa Aramaik iaitu n’ḇiyyā (נביא) yang membawa maksud yang sama.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
PERANANGAN KIJENG
Dalam Beka Melayu, perayaan tersebut dikenali selaku “Peranangan Kijeng”. Beka Melayu itu Lidah Melayu sekiranya tidak dipengaruhi butir-butir luar. Butir-butir luar digantikan sepenuhnya dengan lidah sanaknya seperti Terengganu, Minangkabau, Iban dan selainnya.
Pertuturan “Peranangan Kijeng” berakar dari tutur dasar “anang”, “kiai” dan “ajengan”. Pertuturan “ranang” dan “ajengan” masing-masing memberi isi “anak” dan “orang terkenal”. Pertuturan “Kiai” memberi isi “orang yang tahu tentang anutan”.
Sebenarnya terdapat pilihan lain iaitu “Peranakan Utusan”. Pertuturan “peranakan” memberi isi “urusan yang berkaitan dengan baka yang diturunkan oleh emak dan abah”. Pertuturan “utusan” memberi isi “orang suruhan”.
MEVLUD KANDILI
Antara istilah yang merujuk kepada Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW adalah “Mevlud Kandili”. Turki adalah antara negara di dunia yang menggunakan istilah tersebut.
Perkataan “mevlud” berasal daripada Bahasa Arab, “maulid (مولد)”. Perkataan “Maulid” berasal daripada akar “w-l-d”. Akar “w-l-d” membawa konsep yang berkaitan dengan perbutan beranak.
Perkataan “Kandili” bermaksud “lilin” dalam Bahasa Turki. Perkataan tersebut berasal daripada Bahasa Latin, “CANDELA”. Perkataan Latin tersebut membawa maksud yang sama iaitu “lilin”.
NEGARA-NEGARA AFRIKA
Nama yang merujuk kepada Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW boleh dikatakan berbeza di setiap negara di benua tersebut. Sambutan tersebut masing-masing dikenali sebagai “hevliye”, “donba” dan “Gani-gani-rite de passages” di Sudan, Mali dan Nigeria.
Togo mengenal hari tersebut sebagai “fête des couteaux”. Nama tersebut secara harfiahnya membawa maksud “Pesta Pisau”. Perkataan “fête” dan “couteaux” masing-masing berasal daripada Bahasa Latin, “FESTA” dan “CVLTELLVS”.
AKHIR KATA
Kesimpulannya, itu adalah antara nama sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW yang terdapat di seluruh dunia. Banyak negara yang mempunyai sebutan yang berbeza.
Apakah yang kami terlupa tentang nama-nama tersebut? Harap berikan ulasan anda di dalam ruang ulasan di bawah. Semoga bermanfaat.
Tamat.
RUJUKAN
Tahukah anda? Apakah itu Maulidur Rasul? Dicapai pada 28hb Oktober 2020 dari https://m.facebook.com/blackoutjusticatimur/posts/813768231995510
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Dicapai pada 28hb Oktober 2020 dari http://www.islam.gov.my/component/finder/search…
Eid Al-Mawlid An-Nabawi: Religious Festival In Marrakech. Dicapai pada 28hb Oktober dari https://www.google.com/…/eid-al-mawlid-an-nabawi…/
The Indian Express. Dicapai pada 28hb Oktober 2020 dari https://www.google.com/…/eid-e-milad-un-nabi-2020…/lite/
Mübarek Mevlid Kandili önemi ve kandil günü yapılması gerekenler! Mevlid Kandili nedir, önemi ve anlamı nelerdir? Dicapai pada 28hb Oktober 2020 dari https://www.google.com/…/mevlid-kandilinin-onemi…/amp
Mawlid in Africa. Dicapai pada 28hb Oktober 2020 dari https://www.lastprophet.info/mawlid-in-africa