Malaysia (مليسيا) adalah sebuah negara khatulistiwa yang terletak di Asia Tenggara. Negara berpenduduk lebih 32 juta orang serta seluas 330 803 km2 ini bersempadan dengan Thailand, Singapura, Vietnam, Indonesia, Brunei dan Filipina.
Antara negeri yang terdapat di Malaysia adalah Johor (جوهر). Negeri yang menghadap Selat Melaka, Laut China Selatan dan Selat Tebrau itu bersempadan dengan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri seluas 19 166 km² ini mempunyai penduduk melebihi 3.3 juta orang.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Sebagai mana negeri lain, Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim juga memiliki variasi Melayunya yang tersendiri. Untuk kali ini, kami hendak memperkenalkan variasi Bahasa Melayu yang bernama “Loghat Johor”.
KOLOP
Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Johor ialah “kolop”. Perkataan tersebut merujuk kepada seorang budak lelaki yang belum berkhatan.
Contoh ayat dalam loghat tersebut ialah “Budak Usen tu maseh kolop lagi”.
Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Baku, ayat tersebut menjadi “Budak Hussein itu masih belum berkhatan lagi”.
CEDING
Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Johor ialah “ceding”. Perkataan tersebut merujuk kepada buah penghujung ataupun baki padi yang belum dituai.
Contoh ayat dalam loghat tersebut ialah “Ceding padi itu jadi makanan tikus”.
Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Baku, ayat tersebut menjadi “Baki padi yang masih belum dituai itu menjadi makanan tikus”.
MELINTAP
Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Johor ialah “melintap”. Perkataan tersebut merujuk kepada keadaan demam yang belum kuat tetapi belum sampai ke tahap meracau.
Contoh ayat dalam loghat tersebut ialah “Demam biyase aje, belom melintap”.
Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Baku, ayat tersebut menjadi “Dia demam biasa sahaja, belum demam kuat”.
NIKAM
Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Johor ialah “nikam”. Perkataan tersebut merujuk kepada menjahit tulang belut khas untuk baju kurung Johor.
Contoh ayat dalam loghat tersebut ialah “Awak dah nikam, kami nebok pon belum.”.
Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Baku, ayat tersebut menjadi “Kamu sudah pun menjahit tulang belut pada leher baju, saya masih belum menebuk leher baju”.
MANTAN
Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Johor ialah “mantan”. Perkataan tersebut merujuk kepada kelapa yang belum berlemak dan digunakan untuk membuat inti kuih.
Contoh ayat dalam loghat tersebut ialah “Tolong ambek kelapa mantan tu bang due bute, nak buwat kue koci”.
Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Baku, ayat tersebut menjadi “Tolong ambilkan kelapa congkel itu dua biji, nak buat kuih koci”.
BELANTOK
Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Johor ialah “belantok”. Perkataan tersebut merujuk kepada makanan bermasak yang tersimpan lama tetapi belum basi.
Contoh ayat dalam loghat tersebut ialah “Sampai ati nasik belantok tu kau suruh aku makan”.
Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Baku, ayat tersebut menjadi “Sampai hati nasi yang sudah tersimpan lama itu engkau suruh aku makan”.
MELENTOI
Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Johor ialah “melentoi”. Perkataan tersebut merujuk kepada terlalu lapar.
Contoh ayat dalam loghat tersebut ialah “Belom masak lagi? Perot dah melentoi ni”.
Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Baku, ayat tersebut menjadi “Belum masak lagi? Perut sudah terasa terlalu lapar”.
SESAH
Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Johor ialah “sesah”. Perkataan tersebut merujuk kepada makan.
Contoh ayat dalam loghat tersebut ialah “Jangan sesah laok tu sampai abes, ingat orang belakang”.
Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Baku, ayat tersebut menjadi “Jangan makan lauk itu hingga habis, ingat orang yang belum makan”.
NEBOK
Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Johor ialah “nebok”. Perkataan tersebut merujuk kepada membuat leher baju, khas untuk baju kurung Johor.
Contoh ayat dalam loghat tersebut ialah “Awak dah nikam, kami nebok pon belom”.
Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Baku, ayat tersebut menjadi “Kamu sudah pun menjahit tulang belut pada leher baju, saya masih belum menebuk leher baju”.
CONGKEL
Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Johor ialah “congkel”. Perkataan tersebut merujuk kepada kelapa yang belum berlemak dan digunakan untuk membuat inti kuih.
Contoh ayat dalam loghat tersebut ialah “Tolong ambek kelapa congkel tu bang due bute, nak buat kue koci”.
Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Baku, ayat tersebut menjadi “Tolong ambilkan kelapa congkel itu dua biji, nak buat kuih koci”.
BEGAH
Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Johor ialah “begah”. Perkataan tersebut merujuk kepada kenyang kerana terlebih makan dan minum.
Contoh ayat dalam loghat tersebut ialah “Macam mane tak begah perot, tige pinggan belom berenti”.
Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Baku, ayat tersebut menjadi “Macam mana perut tidak terlalu kenyang, sudah makan tiga pinggan pun masih belum berhenti”.
BERIGAP
Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Johor ialah “berigap”. Perkataan tersebut merujuk kepada terlalu lama mencari sesuatu.
Contoh ayat dalam loghat tersebut ialah “Berigap kawan carik limau nipes tujoh serangkai, kulu kile, belom jumpe”.
Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Baku, ayat tersebut menjadi “Terlalu lama sudah saya mencari limau nipis tujuh serangkai, ke hulu dan ke hilir, masih belum berjumpa”.
AKHIR KATA
Kesimpulannya, itu adalah contoh perkataan dan penggunaannya dalam Loghat Johor. Ada sebahagian perkataan tersebut digunakan oleh penduduk negeri tersebut, dan begitulah sebaliknya
Kepada orang Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, perkataan apa lagi yang kami lupa dan apakah penggunaanya? Harap berikan maklum balas anda kepada kami di dalam ruangan di bawah.
Kepada orang luar Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, adakah anda dapat memahami loghat ini jika tiada bantuan terjemahan? Harap berikan maklum balas anda kepada kami di dalam ruangan di bawah.
RUJUKAN
Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 12hb Mac 2021 dari https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=155&bul_id=a1d1UTFZazd5ajJiRWFHNDduOXFFQT09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09
Malaysia Map. Dicapai pada 12hb Mac 2021 dari https://www.google.com/url?sa=i&source=web&cd=&ved=2ahUKEwiPsMTooMTpAhVGwTgGHbDOD_gQ3YkBegQIARAE&url=https%3A%2F%2Fwww.mapsofworld.com%2Fmalaysia%2F&psig=AOvVaw1b797uBl2BW_rr9f96Mj12&ust=1590126457776070
Johor @ a Glance. Dicapai pada 12hb Mac 2021 dari https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cone&menu_id=d1dTR0JMK2hUUUFnTnp5WUR2d3VBQT09
Glosari Dialek Johor. Dicapai pada 12hb Mac 2021 dari https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=belum%20&d=15740&…