Kisah ini bermula daripada hukuman yang dikenakan ke atas dewa dan dewi kerana berbuat kesalahan di kayangan. Mereka yang masing-masing disumpah menjadi anjing dan babi hutan itu perlu berbuat baik sepanjang hidup di dunia.

Babi hutan jelmaan dewi itu bernama “Wayung Hyang” manakala anjing jelmaan dewa itu bernama Tumang. Wayung Hyang berusaha untuk beramal kebaikan di dalam hutan manakala Tumang menjadi anjing pemburu kepada seorang raja bernama Sumbing Perbangkara.

Pada sua hari, Raja Sumbing Perbangkara pergi memburu ke tempat yang dekat dengan tempat tinggal Wayung Hyang. Di sana, baginda ingin bersungai kecil. Dengan tidak sengaja, buangan itu bertakung di tempurung kelapa. Beberapa ketika kemudian, Wayung Hyang akhirnya hamil selepas meminum air takungan itu akibat kehausan.

Sumbing Perbangkara gemar berburu selama berbulan-bulan. Baginda yang sedang memburu kijang itu terdengar bunyi tangisan bayi. Dengan ditemani Tumang, bayi perempuan itu akhirnya ditemui. Kerana kecomelan bayi itu, Sumbing Perbangkara membawanya menjadi anak angkat dengan nama “Dayang Sumbi”.

Masa berlalu, Dayang Sumbi membesar menjadi puteri yang cantik rupawan. Kecantikannya begitu masyur ke segala arah sehingga menjadi rebutan para raja dan putera. Dayang Sumbi meminta izin bapanya untuk menyendiri kerana tidak tahan dengan rangpe yang terjadi akibat perebutan itu.

Dayang Sumbi membawa diri ke sebuah pondok untuk menjalani kehidupan yang sederhana. Di sana, kegiatannya diisi dengan menenun pakaian. Dayang Sumbi yang mengantuk itu secara tidak sengaja telah menjatuhkan alat penenun itu sehingga pecah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Dayang Sumbi yang malas memungut penenun itu menyumpah yang akan menikahi sesiapapun yang sanggup memungut penenun itu. Tumang yang ditugaskan untuk menemani Dayang Sumbi itu mengemaskan penenun itu lalu menyerahkan kepada Dayang Sumbi. Demi menepati janjinya, Dayang Sumbi berkahwin dengan Tamang.

Raja Sumbing Perbangkara berasa malu dengan hal itu. Puteri cantik itu telah mengandung hasil perkahwinannya dengan anjing. Dayang Sumbi dan Tamang kemudiannya diasingkan ke hutan. Setiap malam bulan penuh, Tumang menjelma menjadi lelaki tampan.

Dayang Sumbi akhirnya telah melahirkan seorang putera yang tampan dengan nama “Sangkuriang”. Sangkuriang berkulit putih dan berambut legam lagikan hitam bagaikan arang. Sangkuriang membesar menjadi anak yang cergas.

Sangkuriang yang mahir memanah itu meminta ibunya untuk memburu. Dayang Sumbi ingin memakan hati rusa. Ditemani Tumang, Sangkuriang memburu di hutan. Di sana, Sangkuriang terlihat babi hutan Wayung Hyang sedang melintas. Belum sempat membidik panah, Wayung Hyang berlari dan bersembunyi.

Tumang diperintahkan untuk mengejar babi hutan itu. Tumang yang mengenali babi hutan itu menolak perintah Sangkuriang. Sangkuriang berasa berang lalu menyebabkan Tumang pergi selama-lamanya secara tidak sengaja kerana terlepas panah pada busurnya.

Dayang Sumbi yang sedang menikmati hati yang disangka rusa sehingga selesai itu teringat akan Tumang. Dayang Sumbi mengamuk kerana anaknya sendiri telah menyebabkan pemergian bapanya. Sangkuriang dibelasah dengan menggunakan senduk nasi.

Dayang Sumbi menyesal kerana anaknya lari atas perbuatannya. Penyesalan Dayang Sumbi diidsi dengan betapa. Hasil pertapaan itu, Dayang Sumbi diberikan umur yang panjang dan awet muda. Pada masa yang sama, Sangkuriang mengembara ke serata tempat lalh menjadi pemuda yang sakti lagikan berkuasa.

Ketika mengembara, Sangkuriang akhirnya bertemu dengan Dayang Sumbi. Mereka saling mencintai. Sangkuriang berniat untuk berkahwin dengan Dayang Sumbi. Dayang Sumbi ternampak parut luka ketika menyisir rambut Sangkuriang lalu mengamati wajahnya. Mereka tidak menyangka yang anak beranak itu akan berkahwin.

Sangkuriang tidak dapat menerima hakikat itu. Dayang Sumbi menolak secara halus pinangan anaknya itu. Sangkuriang diminta untuk membina tasik dengan perahunya dalam masa satu malam. Di luar jangkaan Dayang Sumbi, Sangkuriang berusaha memenuhi permintaannya.

Sepanjang malam, Sangkuriang berusaha menebang pokok. Bekas tebangan itu berubah menjadi bukit bernama Gunung Bukit Tunggul manakala daun, ranting dan kayunya membentuk Gunung Burarang. Selepas perahu siap dibuat, Sangkuriang membuat tasik. Sebagaimana perahu, Sangkuriang meminta makhluk halus untuk membantu.

Dayang Sumbi ketakutan lalu memohon kepada Sangiang Tunggal supaya Sangkuriang gagal. Doanya dimakbulkan lalu kain tenunan Dayang Sumbi yang bertebaran itu bercahaya kemerah-merahan di ufuk timur. Ayam berkokok dan makhluk halus yang membantu Sangkuriang berlari lalu bersembunyi di dalam tanah kerana menyangka telah pagi.

Sangkuriang tetap memenuhi permintaan Dayang Sumbi secara bersendirian. Sangkuriang akhirnya mengamuk kerana usahanya telah gagal. Dengan satu tendangan kaki, perahu buatannya terlempar jauh lalu terlungkup dan jadilah Gunung Tangkuban Perahu. Sangkuriang mengejar Dayang Sumbi yang sedang melarikan diri.

Dayang Sumbi Kemudiannya berdoa kepada Sangiang Tunggal lalu berubahlah menjadi sekuntum bunga. Pada masa yang sama, Sangkuriang terus mengejar Dayang Sumbi lalu tersesat ke alam ghaib.

Artikel ini telah diterjemah, diubahsuai, dipermudah dan dipertambahbaik oleh #AlamBahasa12 dari laman sesawang https://www.google.com/amp/s/histori.id/cerita-sangkuriang-dan-asal-usul-gunung-tangkuban-perahu/amp/ yang dicapai pada hari Isnin bertarikh 17hb Februari 2020.

Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.