Mantan presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh terbunuh di Sana’a. Apa yang sedang berlaku sebenarnya?
Kebanyakan penganalisa geopolitik bermentaliti Manichean (hitam-putih), seolah-olah segala pergolakan dunia adalah hasil daripada pertarungan antara Zionis-Amerika-Israel-Saudi dan Russia-Iran-Syria-Great Leader Comrade Kim. Satu di pihak benar, satu di pihak batil.
Tak apa dik, dik layan Justice League lagi. Nanti dah besar sikit nanti dik akan faham “everyone is fighting for power”. Itulah realiti. Itulah realpolitik.
Itulah keadaan sekarang di Yaman. Ada viewpoint pro-Iran kata ini semua konspirasi CIA/Mossad untuk menjahanamkan Yaman, Saudi zalim. Viewpoint pro-Saudi pula kata konflik di Yaman adalah untuk memerangi Houthi Syiah, walhal Ali Abdullah Saleh yang dibunuh itu pun seorang penganut fahaman Syiah Zaidiyah. Masing-masing tidak memahami konteks di sebalik pergolakan (sila baca post lama ini untuk memahami konteks Perang Yaman: https://goo.gl/LfjbRq).
Ada ramai yang berimaginasi bahawa Yaman sebelum perang umpama syurga. Tapi hakikatnya sebelum perang kini yang bermula sejak Mac 2015, Yaman sentiasa bergolak. Perang saudara berlaku pada tahun 1994. Yaman hanya bersatu sejak tahun 1990, sebelum itu Yaman terpisah kepada Yaman Utara dan Yaman Selatan.
Semasa Perang Saudara Yaman Utara (1962-1970), Saudi pernah membantu Raja Yaman (bermazhab Syiah Zaidiyah) untuk melawan pemberontak yang disokong oleh Gamal Abdul Nasser, Presiden Mesir. Di Yaman, hubungan di antara mazhab adalah “fluid” dan sentiasa berubah-ubah, jadi pergolakan kali ini tidak boleh ditafsirkan menerusi naratif Sunni vs. Syiah.
Hubungan kuasa yang “fluid” dan sentiasa berubah-ubah ini menyebabkan Ali Abdullah Saleh membuat perumpamaan bahawa politik Yaman ibarat “menari atas kepala ular” (حكم اليمن بالرقص على رؤوس الثعابين). Saleh bergantung kepada pengimbangan kuasa antara utara (Sana’a) dan selatan (Aden, Hadramawt) dan antara Sunni dan Syiah untuk kekal berkuasa selama 34 tahun sebelum diusir pada tahun 2012.
Selepas Abd Rabbuh Mansur Hadi (Sunni, berasal daripada Aden) mengambil alih sebagai presiden, Saleh berpakat dengan kumpulan militia Houthi yang merupakan musuh ketatnya sejak 2004 untuk mensabotaj kerajaan Hadi. Hadi melarikan diri ke Saudi untuk mendapatkan sokongan Saudi dan geng. Pergelutan kuasa dalaman akhirnya mengundang campur tangan asing dan perang berskala besar meletus.
Saleh sebenarnya mempunyai muslihat. Secara lahir Saleh berpakat dengan Houthi, namun secara rahsia Saleh berunding dengan Saudi dan UAE. Saleh provoke kedua-dua Houthi dan Hadi untuk berperang, supaya kedua-dua akan musnah dalam peperangan, dan dia akan jadi power player tunggal dan kembali berkuasa. Pandai main pak cik ni.
Tapi sepandai-pandai tupat melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sepandai-pandai Saleh menari atas kepala ular, akhirnya dia mati dipatuk ular. Beberapa hari yang lalu, Saleh berpaling tadah daripada Houthi, dan perang meletus antara mereka. Saleh dibunuh sebelumnya sempat melarikan diri keluar daripada Sana’a yang telah dikuasai penuh oleh Houthi.
Ada juga teori alternatif yang mengatakan pembunuhan Saleh ini sebagai konspirasi CIA/Mossad untuk membolehkan Saudi untuk terus menekan Iran (yang dikatakan menyokong Houthi). Walaupun Saleh sendiri pun Syiah, tapi berita mengenai kematian mantan presiden ini cukup untuk menimbulkan persepsi di kalangan orang yang tak tahu hujung pangkal cerita bahawa Houthi adalah pemberontak yang ganas dan kejam.
Bacaan Lanjut:
~ Berita kematian Saleh
[1] The National (UAE): https://
[2] Al-Jazeera (Qatar): http://www.aljazeera.com/
[3] Stratfor (US):
https://
[4] RT (Russia):
https://www.rt.com/news/
~ Perumpamaan “menari atas kepala ular”
[1] Victoria Clark, Yemen: Dancing on the Heads of Snakes (Yale University Press, 2010)
[2] Scott Stewart, “Dancing on the Heads of Snakes”, https://
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih