Malaysia ataupun nama rasminya, “Persekutuan Malaysia” adalah sebuah negara khatulistiwa yang terletak di Asia Tenggara. Negara berpenduduk lebih 32 juta orang serta seluas 330 803 km2 ini bersempadan dengan Thailand, Singapura, Vietnam, Indonesia, Brunei dan Filipina.

Antara negeri yang terdapat di Malaysia adalah Johor. Negeri yang menghadap Selat Melaka, Laut China Selatan dan Selat Tebrau itu bersempadan dengan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri seluas 19 166 km² ini mempunyai penduduk melebihi 3.3 juta orang.

Untuk pengetahuan semua, terdapat sepuluh (10) daerah di Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Daerah tersebut adalah Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Muar, Pontian, Segamat dan Ledang.

Untuk artikel kali ini, kami hendak menyampaikan tentang salah satu daerah di negeri selatan semenanjung Malaysia ini. Daerah yang dimaksudkan adalah “Kluang”. Persoalannya, apakah itu Kluang?

LATARBELAKANG KLUANG?

Kluang adalah sebuah daerah yang terletak di negeri Johor. Daerah seluas 2 852 km² yang berpenduduk lebih 298 ribu orang itu bersempadan dengan Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Pontian dan Segamat. Daerah tersebut dibuka oleh British pada tahun 1915.

Perkataan Kluang (قلواڠ) diambil sempena nama sejenis kelawar buah iaitu “keluang”. Daerah berkenaan masing-masing dikenali sebagai “jūluán (居銮)” , “kirluân (居銮)” dan “Kuḷuvāṅ (குளுவாங்)” dalam Bahasa Mandarin, Hokkien dan Tamil.

Lebih 250 ribu orang adalah warganagera manakala selebihnya adalah bukan warganegara. Kaum Melayu dan Bumiputera mendominasi daerah itu dengan 55.9%. Kaum Cina, India dan lain-lain masing-masing mewakili 34.2%, 9.5% dan 0.46% daripada keseluruhan penduduk.

CADANGAN TEMPAT MAKANAN

Antara tempat makanan yang dicadangkan kami adalah Restoran Lagenda Ujang. Premis tersebut terletak berhampiran dengan Pejabat Pos dan Stesen Keretapi. Premis berkenaan menghidangkan Nasi Ujang iaitu sejenis makanan yang kelihatan seperti daging paprik kicap yang pekat.

Selain itu, Gerai Mee Bandung Bonda adalah antara tempat makanan yang dicadangkan di Kluang. Premis tersebut terletak di Terminal Bas Kluang. Antara makanan yang terdapat di sana adalah Mi Bandung dan Bakso. Mi Bandung dihidangkan bersama beberapa ekor udang yang agak besar.

Di samping itu, Kluang Rail Coffee adalah antara tempat makanan yang dicadangkan di Kluang. Premis tersebut terletak di Stesen Keretapi. Antara makanan yang terdapat di sana adalah Roti Bakar. Bukan itu sahaja, premis itu juga menghidangkan makanan panas seperti mihun goreng.

TEMPAT BERIADAH

Antara tempat riadah yang dicadangkan adalah Gunung Lambak. Puncak di situ adalah setinggi 510 meter. Kawasan tersebut terletak berhampiran dengan hospital kerajaan. Terdapat kemudahan kolam renang berbayar, chalet dan taman permainan.

Selain itu, Gunung Berlumut adalah tempat riadah yang dicadangkan. Puncak di situ adalah setinggi 1010 meter. Sehingga enam jam diperlukan untuk mendaki ataupun menuruni gunung itu. Pengunjung perlu menaiki teksi untuk ke sana.

Di samping itu, Taman Semut Mengkibol adalah tempat riadah yang dicadangkan. Kawasan tersebut terletak di sepanjang salah sebatang sungai di daerah itu. Kawasan itu disediakan taman permainan dan peralatan gimnasium. Peralatan tertentu kelihatan seperti bentuk seekor semut.

PUSAT MEMBELI-BELAH

Antara Pusat Membeli-Belah di daerah itu adalah Kluang Mall. Premis tersebut dibuka pada tahun 2008. Kedai yang terdapat di sana adalah H&M, Uniqlo dan Brands Outlet. Di sana juga terdapat Sakae Sushi, Starbucks Coffee dan Boat Noodle.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Selain itu, Aeon Big adalah pusat membeli-belah di daerah Kluang. Tidak silap, premis tersebut dibuka pada tahun 2013. Ketika dalam pembinaan, premis tersebut asalnya adalah Carrefour sebelum ditukar kepada Aeon Big. Barangan elektrik boleh ditemui di sana.

Selain itu, Kluang Parade adalah pusat membeli-belah di daerah Kluang. Tidak silap, premis tersebut dibuka pada tahun 2006. Tempat penginapan yang terdekat di sana adalah Hotel Kluang Parade. Hotel dan premis berkenanan adalah saling bersambung.

TEMPAT PENGINAPAN

Antara tempat penginapan di Kluang adalah Hotel Kontena Kluang. Tempat tersebut terletak di Taman Bersatu. Tempat kemudahan di sana adalah tempat meletak kenderaan, kolam renang dan Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (WiFi).

Selain itu, Hotel Kluang Parade adalah antara tempat penginapan. Tempat tersebut terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah. Penginap boleh berjalan kaki ke Kluang Parade dan Kluang Mall. Premis tersebut juga mempunyai Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (WiFi).

Di samping itu, Homestay adalah antara tempat penginapan di Kluang. Terdapat pelbagai homestay di daerah ini. Sebagai contoh, ImpianaCasa Kluang Homestay. Homestay berkenaan terdiri daripada 1 rumah percutian, 1 bilik tidur, 1 ruang tamu dan 4 buah katil.

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah antara tempat yang menarik di Kluang, Johor. Anda boleh ke sana dengan menaiki bas, teksi, kereta api dan kereta. Untuk kereta api, ia bersambung dengan Padang Besar – Gemas – Johor Bahru.

Pada pendapat anda, apakah yang menarik di daerah Kluang, Johor ini? Harap berikan ulasan anda di dalam ruang ulasan di bawah.

RUJUKAN

Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 12hb Ogos 2020 dari https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column%2FcthemeByCat&cat=155&bul_id=a1d1UTFZazd5ajJiRWFHNDduOXFFQT09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09

Malaysia Map. Dicapai pada 12hb Ogos 2020 dari https://www.google.com/url?sa=i&source=web&cd&ved=2ahUKEwiPsMTooMTpAhVGwTgGHbDOD_gQ3YkBegQIARAE&url=https%3A%2F%2Fwww.mapsofworld.com%2Fmalaysia%2F&psig=AOvVaw1b797uBl2BW_rr9f96Mj12&ust=1590126457776070

Johor @ a Glance. Dicapai pada 12hb Ogos 2020 dari https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column%2Fcone&menu_id=d1dTR0JMK2hUUUFnTnp5WUR2d3VBQT09

CITY POPULATION – statistics, maps & charts. Dicapai pada 12hb Ogos 2020 dari https://www.citypopulation.de/en/malaysia/admin/01__johor/

Tempat Makan Best Di Kluang. Dicapai pada 12hb Ogos 2020 dari https://www.jomjohor.my/tempat-makan-best-di-kluang/

Nami Cob Nobbler. Dicapai pada 12hb Ogos 2020 dari https://m.facebook.com/story/graphql_permalink/?graphql_id=UzpfSTE4NDc0NjIyNzI6MTAyMTMxMzY4Mzc5MzYwNDY%3D

Pusat Internet Felda Rodong. Dicapai pada 12hb Ogos 2020 dari http://feldaredong.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m

Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.