Kebolehfahaman Bersama ataupun dalam bahasa Inggeris Mutual Intelligibility ialah sebuah hubungan di mana dua atau lebih penutur bahasa berbeza boleh memahami antara satu sama lain tanpa sebarang usaha khusus. Kebolehfahaman Bersama antara bahasa boleh terjadi dalam keadaan Tak Simetri, penutur satu bahasa lebih mudah memahami bahasa lain berbanding sebaliknya. Berikut adalah antara bahasa di dunia dan kebolehfahaman bersamanya.

Bahasa Romanik adalah antara subkeluarga bahasa Indo-Eropah yang mempunyai kebolehfahaman bersama. Hampir semua penulisan bahasa tersebut mampu memahami antara satu sama lain. Penutur bahasa Portugis lebih mudah memahami penutur bahasa Sepanyol berbanding sebaliknya. Penutur bahasa Sepanyol dan Itali boleh berbual sesama sendiri dengan menggunakan bahasa masing-masing dengan syarat mereka bertutur dalam keadaan perlahan dan tidak melibatkan perkara yang rumit. Kebanyakan penutur bahasa Romanik mempunyai masalah untuk memahami penutur bahasa Perancis dan Romania.

Bahasa Turkik turut mempunyai kebolehfahaman bersama. Penutur bahasa Turki, Azeri, Turkmen dan Tatar di Crimea mampu memahami antara satu sama lain. Begitu juga dengan Kazakh dan Kyrgyz. Penutur bahasa Uzbek dan Uyghur mempunyai persamaan sehingga 70%. Daripada segi penulisan, ada di antara bahasa Turkik yang menggunakan tulisan Latin, Arab dan Sirilik.

Bahasa Austronesia turut mempunyai kebolehfahaman bersama. Penutur bahasa Melayu, Indonesia, dan Minang mampu memahami antara satu sama lain. Penutur bahasa di Taiwan seperti Amis, Yami dan Bunun tidak mampu memahami antara satu sama lain. Kebolehfahaman Bersama turut ditemui dalam kalangan penutur bahasa Tongan dan Niuen. Bahasa Tagalog mampu memahami bahasa Bikol Utara tetapi tidak dengan Bikol Tengah dan Selatan serta bahasa Visaya. Penutur bahasa Cebu boleh memahami bahasa Waray dan Illongo.

Bahasa Jermanik adalah antara subkeluarga bahasa Indo-Eropah yang turut mempunyai kebolehfahaman bersama. Penutur bahasa Norway mampu memahami penutur bahasa Sweden dan Denmark. Penutur bahasa Sweden lebih mudah memahami Norway berbanding Denmark. Walaupun Inggeris, Belanda dan Jerman tiada kebolehfahaman bersama, namun ayat-ayat mudah mempunyai persamaan antara satu sama lain. Penutur bahasa Iceland boleh memahami bahasa Faroe.

Bahasa Arab mempunyai banyak loghat. Penutur bahasa Arab Mesir (Masriyyah) adalah loghat yang paling ramai loghat lain fahami. Kebanyakan penutur Arab mempunyai masalah untuk memahami loghat Maghribi (Darija). Penutur Masriyyah mampu memahami hampir semua loghat Arab. Penutur bahasa Arab Timur Tengah (Syammiyah) yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Perancis mampu memahami bahasa Malta.

Hampir tiada kebolehfahaman bersama dalam Sino-Tibetan. Penutur bahasa Kantonis dan Shanghai tidak mampu memahami antara satu sama lain. Bahasa Teochew dan Hokkien mempunyai sedikit persamaan dalam peringkat ayat mudah. Bahasa Burma dipercayai bahasa yang terhampir dengan Arakan, Achang dan Lhao Vao. Penutur bahasa Dungan mampu memahami penutur Mandarin.

Bahasa Slavik adalah antara subkeluarga bahasa Indo-Eropah yang turut mempunyai kebolehfahaman bersama. Penutur bahasa Serbia, Croatia, Montenegro dan Bosnia mampu memahami antara satu sama lain. Begitu juga dengan bahasa Rusia, Ukraine dan Belarusia. Penutur bahasa Rusia dan Poland boleh faham antara satu sama lain. Begitu juga dengan Czech dengan Slovakia. Penutur bahasa Slovenia dan Poland tidak dapat memahami antara satu sama lain.

 Afrika Selatan mempunyai sebelas (11) bahasa rasmi iaitu Afrikaans, Inggeris, Ndebele, Sotho Utara, Sotho, Swati, Tsonga, Tswana, Venda, Xhosa dan Zulu. Penutur bahasa Zulu, Xhosa, Swati dan Ndebele mampu memahami antara satu sama lain.

Akhir sekali, bahasa Melayu mempunyai banyak loghat. Kami penutur bahasa Melayu Malaysia ataupun bahasa Malaysia mampu memahami loghat Utara Semenanjung Malaysia, Melaka dan Negeri Sembilan serta Terengganu. Kami mempunyai sedikit masalah untuk memahami loghat Kelantan.

Kesimpulan, itu adalah antara bahasa di dunia yang mempunyai kebolehfahaman bersama. Faham atau sebaliknya bergantung kepada banyak perkara seperti pendedahan daripada pelbagai media, jarak geografi dan sebagainya. Apa pendapat anda tentang Kebolehfahaman Bersama dalam pelbagai bahasa? Sila jelaskan di dalam ruangan komen di bawah.

Artikel disumbangkan oleh Alam Bahasa untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.