Masyarakat Romani atau lebih dikenali dengan panggilan gipsi merupakan kumpulan etnik minoriti yang terbesar di eropah. Dianggarkan sekitar 15 juta masyarakat eropah sekarang mempunyai susur galur dari etnik ini. Gelaran ‘gipsi’ berasal dari perkataan Egypt (Mesir) kerana masyarakat eropah menyangka etnik ini berasal dari negara mesir sebelum berhijrah dan tiba di timur eropah sekitar abad ke-11 Masihi. Walaubagaimanapun, satu kajian DNA terperinci dari Universiti Oxford, United Kingdom yang diterbitkan jurnal saintifik PloS ONE pada 13 mac 2013 membuat kesimpulan bahawa etnik Romani atau Gipsi ini berasal dari wilayah utara India.

Contoh wanita gipsi di eropah

Kebanyakan kaum ini tinggal secara nomad di dalam kereta kuda yang bergerak secara berkumpulan atau dipanggil kumpanias. Setiap kumpanias akan dipimpin oleh seorang voivode (ketua) yang dilantik dalam kalangan komuniti dalam kumpanias tersebut. Jawatan voivode akan dipegang seumur hidup dan lantikan voicode baru hanya akan dijalankan sekiranya voivode semasa meninggal dunia. Phuri dai pula merupakan satu gelaran yang diberikan kepada wanita tertua dalam sesebuah kumpanias. tugas phuri dai ialah menjaga kebajikan kaum wanita dan kanak-kanak dalam kumpanias itu. Struktur keluarga dalam etnik Romania tidak banyak berbeza dengan bangsa lain. selalunya sesebuah keluarga Romani akan diketuai oleh seorang lelaki dewasa bersama seorang isteri, anak lelaki, menantu perempuan, anak-anak yang masih belum berkahwin dan cucu. Selalunya, anak-anak kaum romani akan diatur berkahwin pada usia seawal 16-17 tahun.

Kaum Romani tidak mempunyai agama yang khusus. Selalunya mereka akan menganuti agama penduduk tempatan seperti Katolik, Protestan, dan Islam. Walaubagaimanapun, setiap kaum romani diajar untuk hidup dalam satu prinsip kehidupan yang dipanggil ‘Rromano’. Prinsip ini meliputi kebersihan, kesucian, kehormatan, dan keadilan. Bahasa utama bagi kaum ini pula dipanggil Rromanes. Bahasa ini merupakan pecahan dari bahasa sanskrit bermakna ia tidak jauh berbeza dengan bahasa-bahasa India yang lain seperti bahasa hindi, punjabi, bengali dan sebagainya.

Contoh keluarga romani yang tinggal di dalam kereta kuda

Sebelum aktiviti perhambaan bangsa Afrika berlaku di Eropah, masyarakat Romani terlebih dahulu menjadi mangsa perhambaan dan diskriminasi oleh masyarakat Eropah. Mereka digambarkan sebagai kumpulan penglipur lara yang suka mencuri harta benda dan berpindah dari satu bandar ke bandar yang lain. Pada tahun 1554, parlimen Inggeris telah meluluskan undang-undang untuk menangkap mana-mana kuam Romani yang tinggal di wilayah mereka untuk dihukum bunuh hanya kerana perbezaan budaya dan warna kulit.

Tidak cukup dengan itu, kaum Romani juga menjadi mangsa kekejaman askar nazi ketika perang dunia ke-2 meletus di Eropah. Rejim Nazi menghantar kaum Romani ke wilayah Jerman untuk dijadikan buruh paksa sebelum dibunuh dengan kejam. Sekurang-kurangnya 10 000 kaum Romani dibunuh oleh tentera Nazi dalam wilayah Jerman dan Soviet manakala hampir 220 000 kaum Romani terkorban dalam Perang Dunia Kedua.

Kebanyakan etnik Romani moden sudah berasimilasi dengan masyarakat eropah

Pada zaman moden ini, masih terdapat sebahagian kaum Romani yang masih mengekalkan kehidupan secara nomad. Cumanya, mereka bertukar dari menggunakan kereta kuda ke kenderaan moden seperti kereta RV, van, dan lain-lain. Pada tahun 2000, Konggres Romani Sedunia ke-5 telah berlangsung. Hasilnya, sebuah negara tidak bertanah (non-territorial nation) diwujudkan khusus kepada etnik romani dan diiktiraf oleh Kesatuan Eropah. Sejak dari itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi menghakis stigma negatif dan menangani isu kemiskinan, kesihatan, pendidikan dan kesamarataan terhadap kaum romani.

Rujukan

  1. https://www.livescience.com/44512-gypsy-culture.html
  2. http://embracingdifferencesff.blogspot.my/2012/02/minorities-in-portugal-gypsies.html
  3. http://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0058633

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.