Kata Pinjaman adalah sebuah perkataan yang diadaptasikan daripada sesuatu bahasa sebelum dimasukkan ke dalam bahasa yang lain tanpa terjemahan. Bahasa Cina adalah sebuah kumpulan bahasa yang dituturkan oleh 1.2 billion orang penutur jati ataupun sekitar 16% daripada populasi dunia. Seperti banyak bahasa di dunia, kosa kata dalam bahasa Cina juga mempunyai kata pinjaman daripada pelbagai bahasa kerana pelbagai peristiwa.

Kata Pinjaman telah memasuki penulisan dan pertuturan bahasa Cina daripada pelbagai sumber termasuk keturunan orang purba yang kini bertutur dalam bahasa itu. Kadangkala, bahasa Cina seperti bahasa Mandarin, bahasa Kantonis dan bahasa Shanghai sering menggunakan kata pinjaman dalam kehidupan mereka.

chànà (), píngguǒ (蘋果) dan nièpán (涅槃) adalah antara kata pinjaman dalam bahasa Cina. Ketiga-tiga perkataan tersebut berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu kṣaṇa (क्षण), bimbā (बिम्बा) dan nirvānā (निर्वाण) yang masing-masing bermaksud saat, buah epal dan Nirvana. Istilah daripada bahasa Sanskrit mula diperkenalkan ketika ajaran agama Buddha mula diperkenalkan merentasi China.

bāzhā (巴扎), bādànmù (巴旦木) dan shīzi (獅子) adalah antara kata pinjaman dalam bahasa Cina. Ketiga-tiga perkataan tersebut berasal daripada bahasa Parsi iaitu bāzār (بازار), bādām (بادام) dan šīr (شیر) yang masing-masing bermaksud pasar, kacang badam dan singa. Istilah daripada bahasa Parsi dipercayai bermula ketika perdagangan antara orang Cina dengan orang Parsi melalui Laluan Sutera sekitar tahun 153 SM – 1453 M.

bǎ shi (把式), zhàn () dan mógū (蘑菇) adalah antara kata pinjaman dalam bahasa Cina. Ketiga-tiga perkataan ini berasal daripada bahasa Mongol iaitu baɣsi, zamč (замч) dan möög (мөөг) yang masing-masing bermaksud kemahiran, stesen dan cendawan. Istilah daripada bahasa Mongol dipercayai berasal daripada pemerintahan Dinasti Yuan pada tahun 1271-1368.

bǎ shi (把式), gégé (格格) dan āgē (阿哥) adalah antara kata pinjaman dalam bahasa Cina. Ketiga-tiga perkataan ini berasal daripada bahasa Manchu iaitu baksi, gege dan age yang masing-masing bermaksud  kemahiran, puteri dan kakak. Istilah daripada bahasa Manchu  dipercayai berasal daripada pemerintahan Dinasti Chin (1636-1912).

kāfēi (咖啡), qǔqí (曲奇), kǒngdōng (), kǔdiédǎ (苦迭打) dan shāfā () adalah antara kata pinjaman dalam bahasa Cina. Kelima-lima perkataan tersebut berasal daripada bahasa Inggeris iaitu coffee, cookie, condom, coup d’état dan sofa yang masing-masing bermaksud kopi, biskut, kondom, rampasan kuasa dan sofa. Istilah daripada bahasa Inggeris dipercayai berlaku ketika tanah besar melakukan perdagangan dengan dunia barat sebelum bermulanya Perang Candu Pertama (1839-1842) dan Perang Candu Kedua (1856-1860).

 Pada masa kini, perniagaan dan barangan asing selalunya bebas untuk memilih transliterasinya yang tersendiri. Selalunya mereka memilih nama-nama asing dengan makna yang baik dan pada masa yang sama mempunyai persamaan bunyi dengan nama asal. Sebagai contoh yíjiā (宜家) dan kěkǒukělè (可口可) yang masing-masing  berasal daripada perkataan IKEA dan Coca-Cola. yíjiā (宜家) dan kěkǒukělè (可口可) masing-masing secara harfiahnya bermaksud “rumah yang betul” dan “lazat dan seronok”.

 Akhir kata, kata pinjaman boleh ditemui dalam bahasa Cina. Daripada pelbagai sebab seperti keagamaan, kebudayaan, perdagangan dan politik menyebabkan kemasukan istilah asing ke dalam bahasa ini. Faktor geografi turut memainkan peranannya sebagai contoh bahasa Cina dialek utara di negara China mempunyai kata pinjam bahasa Manchu dan Mongol yang lebih tinggi kerana terletak berdekatan dengan kawasan penutur bahasa tersebut.

Artikel disumbangkan oleh Alam Bahasa untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.